Kami ni boleh di kategorikan juga sebagai penggemar no 1 tart nenas ni. Tiap kali raya kompom mesti buat punye. Tak de baju raya x pe, jangan kueh tart yang tak de.
Satu lagi perangai buruk tentang kueh tart ni, kalau pergi raya rumah orang mesti cari kueh tart dulu.Kalau sedap lagi laju la tangan ni mencekup sebiji- sebiji kueh tart dalam balangnya. Tak kira dah kat rumah orang ke kat mana. Asalkan dapat makan. Ish ish ish..buruk sunguh perangai.
Antara tart terap dan tart gulung pula yang menjadi pilihan hati Cik T,semestinya tart terap. Bagi Cik T tart yang menggunakan acuan terap lagi enak rasanya. Padahal resepinya sama saja. Mungkin tart yang menggunakan acuan terap ni lebih garing hasilnya selepas dibakar. Dan lagi satu, jika membuat tart terap ni kebiasaanya Cik T hanya menggunakan majerin biasa sahaja. Jika membuat tart bergulung pula,barulah Cik T akan menggunakan butter. Disebabkan mamanya suka yang terap dan anaknya pula sukakan yang bergulung terpaksalah buat kedua-duanya.
Menghasilkan tart terap ni renyah sedikit kerjanya. Part membuat jaluran dibahangian atas inti amatlah rumit. Mungkin disebabkan itulah kuet tart yang berbentuk terap ini jarang didapati sekarang. Bagi penggemar kueh tradisi ni, di sini Cik T kongsikan tips untuk membuat jaluran dibahagian atas kueh dengan lebih mudah dan cepat. Tapi sebelum tu maaflah ya,kualiti gambar kurang memuaskan, guna handphone je. Kamera cik abang dah kidnap, bawa out station ke Jordan.
Bahan tepung:
250 g mentega
340 g tepung gandum
40 g tepung susu
20 s tepung jagung
1 biji kuning telur
1 s/d teh esen vanila
* 20 g gula icing jika mahu-cik t tak letak
*jika menggunakan unsalted butter tambahkan sedikit garam
Caranya:
- Putar mentega dan gula icing(jika guna) kembang.
- Masukkan kuning telur dan esen vanila. Putar sebentar.
- Masukkan bahan tepung. Adun sebati.
- Setelah doh terbentuk, terap atau paipkan adunan .
- Jika membuat tart gulung sapu bahagian atas kueh dengan kuning telur.
- Bakar 160c 25 minit.
Bahan inti:
1 mangkuk nenas
3/4 mangkuk gula
sedikit kulit kayu manis.
Cara penyediaan:
- Parut atau blender nenas yang telah dibuang kulitnya. Jika menggunakan blender jangan mengisi terlalu banyak air. Cukup 1/2 cawan air sahaja untuk memudahkan proses mengisar.
- Tuang nenas yang telah siap diparut atau blender ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk memudahkan penyukatan gula nanti. Dan jika menggunakan blender, jangan lupa sewaktu menyukat keluarkan kembali 1/2 cawan yang telah dimasukkan. Jangan dibuang airnya,setelah siap disukat nenas dan gula, tuang kesemuanya termasuk kayu manis ke dalam periuk masak hingga airnya kering.
- Setelah kering masukkan gula. Kacau selalu dengan menggunakan api sederhana kecil.
- Setelah kelihatan agak pekat tutup api. Jangan sampai adunan menjadi terlalu kering kerana setelah sejuk inti akan mengeras dengan sendirinya kerana kandungan gula yang terdapat didalamnya.
- Jika setelah sejuk inti masih cair dan sukar untuk dibentukkan kacau sebentar atas api. Dan jika adunan terlalu keras pula, letakkan diaatas api kacau dan masukkan sedikit air.
- Memasak inti tart nenas ni memang memerlukan sedikit kesabaran. Selalunya Cik T pun akan mengalami situasi kerja dua kali, samaada inti terlalu cair atau keras. Kalau nak mudah, beli saja dikedai.
inti yang telah dibulat-bulatkan |
canai doh nipis dan potong mengikut saiz panjang yang diingini |
menggunakan scraper potong sedikit doh tadi |
angkat dan letakkan terus di atas inti tart |
selamat mencuba.. |
Sy pun suka tart tradisional yg terap tu..
BalasPadam