Selasa, 27 Januari 2015

kek lapis strawberi coklat rice

     Salam kembali dihari yang sama..Tengahhari tadi da postkan entri kek lapis pelangi petang ni nak share pula resepi Kek Lapis Strawberi Coklat Rice ni sementara ada masa..Resepi kek lapis ni Cik T ambil dari buku Kek Lapis Sarawak jilid 3 dan tentunyalah dari  ratu kek sarawak,siapa lagi kalau bukan Puan Rabiah Amit.
Amat menarik sekali koleksi resepi kek lapis dari buku beliau. Tetapi kebiasaan dalam resepi kek lapisnya jumlah telur yang digunakan agak banyak. Stulah hanya dua ke tiga resepi dari dua buah koleksi buku darinya yang Cik T pernah buat. sukatan bahan bahannya telah pun CikT kurangkan sedikit kerana kek menjadi terlalu tinggi jika dibuat menggunakan loyang 7x7inci dan sukatan auns telah ditukar kepada gram. Jom tengok bahan bahannya.




(loyang 7x7 inci)
Bahan bahan:
455g Mentega~ *360g
200g Gula kastor~ *160g
200g Tepung hongkong~ *160g
150g Susu tepung nespray~ *120g
150g Horlicks~ *120g
10 biji Telur
1 s/teh Serbuk penaik
1 s/teh Ovallate
1 s/teh Esen vanila
2 s/makan Perisa strawberi-Cik T tambah
Pewarna merah muda
Sedikit pewarna kuning
Coklat rice untuk ditabur
*sukatan yang telah dikurangkan

Cara membuat:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan ovallate putar lagi. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  2. Masukkan esen vanila dan bahan yang telah diayak. Putar sebati.
  3. Setelah siap bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu merah muda dan satu lagi kuning cair. 
  4. Cedok empat sudu makan dan ratakan didalam loyang menggunakan sudu. 
  5. Lapis 3 lapisan bagi setiap warna. Dimulakan dengan adunan yang berwarna kuning.
  6. Babur coklat rice diatas setiap lapisan adunan strawberi. Bakar menggunakan api atas selama 2-3 minit menggunakan suhu anatara 200c-220c bergantung pada suhu kepanasan oven masing masing.(jika proses membakar terlalu lama akan menyebabkan kek menjadi kering).
  7. Apabila lapisan atas keperangan angkat dan tekan permukaan kek menggunakan penekan khas untuk kek lapis. Jika ingin kek yang lembap,sapu sedikit butter pada setiap lapisan yang telah dibakar.
  8. Ulangi proses melapis hingga habis mengikut turutan warna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan