Jumaat, 4 April 2014

Donat Coklat

Donat coklat yang lembut gebu dilimpahi pula dengan topping coklat dan ditaburi coklat rice lagi..Tiada siapa mampu menolaknya. Tambahan lagi apabila diberi pada anak-anak. Sebenarnya ingat nak buat donat ni bila dah beli tepung roti nanti. Tapi disebabkan tekak ni dah mengidam sangat nak makan donut,hentam ajelah guna tepung gandum dan tanpa bread improver. Alhamdulillah..molek juga kejadiannya..





Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 s/besar marjerin
2 s/besar susu pekat
1/2 cawan air +/-
1 s/besar yis mauripan}rendam dengan 1/2 cawan air suam 
2 s/besar gula             }
coklat masakkan dan coklat rice secukupnya

Cara-cara:
  1. Campur tepung,marjerin,susu dan pekat. Gaul sebati.
  2. Setelah sebati, tuang sedikit demi sedikit air dan uli hingga mendapat doh yang lembut dan licin
  3. Ambil doh, simpan dalam besen dan tutup dengan kain lembap. Biarkan hingga doh naik sekali ganda lagi. Kurang lebih dalam masa 1 jam.
  4. Apabila doh telah naik,tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
  5. Ambil sedikit doh buat bulat-bulat mengikut saiz yang diingini. Buat sampai habis
  6. Bentukkan menjadi donat. Cik t guna tangan saja sebab nak cepat. Sebab tulah rupanya macam tayar tak cukup angin..kih...kih..kih..
  7. Setelah siap dibentuk, letakkan diatas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga habis. 
  8. Setelah semua doh habis dibentuk ,panaskan minyak. Ambil doh yang pertama sekali dibentuk dan goreng dengan api sederhana kecil. Ikut turutan sewaktu mengambil doh agar yang kemudian dibentuk dapat mengembang sedikit. Jika dibiarkan doh yang telah siap dibentuk terlalu naik, ini akan menyukarkan prose sewaktu hendak mengangkat doh untuk digoreng.
  9. Sejukkan dahulu donat yang telah digoreng. Kemudian bolehlah dicelup dengan coklat yang telah dicairkan dan ditabur dengan coklat rice.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan