Khamis, 23 Januari 2014

Aiskrim Potong Kacang Merah

Ais kacang..Ais kacang..Ais kacang...Sapa mau ais kacang... huhuhuu...Tapi ini bukanlah ais kacang macam zaman dulu-dulu. Ais yang dikisar dan ditabur kacang tanah tumbuk tu. Ini adalah aiskrim potong kacang merah. Masa mula-mula dapat idea nak buat aiskrim ni, ada juga terfikir nak ke rakyat kat dalam rumah Cik t ni makan aiskrim tu nanti. Takut juga kalau dah buat nanti tak ada pula orang yang nak menghabiskannya. Dan akhirnya, Cik t lah juga yang jadi tong kitar semula lagi.. Aaarrrggh tak rela.

Alhamdulillah, setelah keesokan harinya, aiskrim pun telah mengeras, bukan main laju lagi tangan anak-anak mencedok aiskrim masukkan ke dalam cawan. " Mama buat aiskrim potong ke?? Sedaplah aiskrim ni mama,macam beli dekat kedai. Nanti mama buat lagi ea.." Komen yang sangat membina dari anak dara Cik t. Hehehee.. apalagi, dengar saja komen dari anak dara tu,berbunga-bungalah hati Cik t. Terus berkata dalam hati "ade can nak buat lagi lepas nih.." *-*) Ok la tak mo cerita panjang jom lihat resepi. Kalau nak tengok versi tiga rasa, jagung,coklat dan strawberi jemputlah ke sini.






Bahan-bahannya:

A
sebiji telur
satu tin susu pekat(505g)
satu tin air suam
1/2 tin susu segar
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar overlate

B
250 gram kacang merah
sepeket serbuk santan
:


Cara-caranya:
  1. Rebus kacang merah hingga lembut dan kering airnya.-seperti hendak membuat kuih rengas/kasturi
  2. Satukan semua bahan A kedalam mangkuk besar.- Adunan akan naik berkali ganda.
  3. Pukul hingga kembang, pekat, likat dan gebu. Kurang lebih 15-20 minit.
  4. Masukkan kacang merah yang telah direbus empuk dan serbuk santan. Putar lagi hingga sebati.
  5. Cedok dan masukkan dalam bekas dan bekukan semalaman.
  6. Setalah membeku bolehlah dinikmati mengikut serela masing-masing.Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan