Memaparkan catatan dengan label nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mei 2014

Nasi Ayam Rasa Saya...

Salam 1 Malaysia semua.. Sudah masuk dua kali dalam seminggu ni Cik t membuat nasi ayam.. Masa buat itu hari rasa cam tak puas makan pula. Tu yang Cik t balas dendam buat lagi sekali tu.
Jom layan resepi...



Penyediaan ayam:
  • Seekor ayam dipotong empat dan dibersihkan.
  • Setelah itu campakkan 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang diketuk. Rebus kurang lebih 5-10 minit api sederhana. 
  • Biarkan ayam masak tapi jangan terlalu lama. Agak agak nampak da masak tu angkat dan toskan.
  • Perap ayam bersama sedikit gula melaka dan sos tiram. Jika mahu lebih mudah gunakan saja kicap abc.
  • Perap dalam 1/2 jam.
  • Setelah itu goreng ayam dalam minyak yang banyak. Jangan goreng ayam terlalu lama untuk menggelakkan ayam menjadi keras. Cukup sekadar menggelapkan bahagian luarnya sahaja.
  • Baki bahan perapan ayam jangan dibuang, gunakan sewaku membuat kuah kicap nanti.
Bahan nasi:
3 cawan beras
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia -diketuk
3 batang serai -diketuk
2 helai daun pandan -disimpul
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 ketul kiub ayam
1 cawan air rebusan ayam-yg selebihnya tambah air biasa
Sedikit mentega dan minyak masak.

Caranya:
  1. Cuci bersih beras. masukkan 1 cawan air rebusan ayam dan tambah air biasa. Sukat seperti masak nasi biasa.
  2. Dalam kuali panaskan minyak.masukkan mentega. Apabila panas, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  3. Tumiskan juga halia, serai yang diketuk dan daun pandan yang disimpul.
  4. Apabila bahan tumis garing padam api dan curahkan semuanya ke dalam periuk nasi.
  5. Setelah siap, masukkan juga serbuk kayu manis,kiub ayam dan garam.
  6. Biarkan masak.
Sup ayam: 
2 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih   }dimayang
Air rebusan ayam
1inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 kiub ayam
Daun bawang/ sup secukupnya

Caranya:
  1. Didihkan air rebusan ayam.
  2. Tambahkan 1 inci kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang.
  3. Masukkan juga 1/2 ketul kuib ayam.
  4. Perasakan dengan garam, padam api.
  5. Apabila hendak makan tabur daun sup dan daun bawang.
Kuah cili:
5-6 biji cili merah
3-4 biji cili padi
1/4 inci halia
1 ulas bawang putih
Garam gula secukup rasa

Cara- cara:
  1. Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar.
  2. Kisar hancur dan sesuaikan mengikut citarasa.
Kuah kicap: 
  • Ambil bahan perap ayam tadi tambahkan 3-4 sudu besar sos tiram.
  • Masak semua bahan atas api.
  • Sesuaikan mengikut rasa. Siap.
  • Selamat mencuba..seeedaappp...

Isnin, 26 Mei 2014

Nasi Lemak Sama Stik Pelanduk dan Sos Black Paper

Salam sayang dipagi hari..semperna cuti Wesak minggu lepas berkesempatan Cik t menyediakan hidangan nasi lemak bersama dengan stik pelanduk beserta sos black papernye sekali. Alhamdulilah sedap sekali gabungan kedua-dua hidangan ini. Pada awalnya bercadang nak goreng kunyit saja daging pelanduk tu. Entah macam agaknye timbul pula idea untuk membuat stik. Walaupun kelam kabut sedikit kerana mengejar masa siap juga hidangan hari tu..

Lama juga Cik t simpan pelanduk ni,menunggu masa yang sesuai untuk dimasak..Hampir 2 bulan juga la Cik t menyimpannya. Bersemparna dengan kepulangan suami tersayang dari Jordan Cik t pun mengambil kesempatan untuk memasaknya. Walaupun telah lama disimpan, rasa kemanisan dagingnye masih terasa seperti daging baru..Alhamdulilah sedap sangat!!!

Resepi nasi lemak Cik t seperti biasa saja dan bagi resepi stik pelanduk juga pernah Cik t masukkan dulu disini dahulu. Tapi Cik t copykan lagi disini..






Bahan perap:
2 keping paha kancil
4 s/besar sos tiram
1 s/besar soscili/tomato
1 s/besar lada hitam biji@ 4 s/besar sos lada hitam
1 s/kecil sos perasa meggi-x letak pon x pe
2 ulas bawang putih

Jom buat..
1. Cuci bersih dan tos daging.
2. Campurkan semua bahan dlam satu bekas.
3. Masukkan daging rusa dan perap paling kurang 1/2 jam.
4. Panaskan pan pembakar.renjiskan sedikit minyak. Setelah panas masukkan daging yang diperap tadi. Tutup pan pembakar. Masak kurang lebih 15mnt. Balik-balikkan.
5. Setelah masak hidang bersama sos lada hitam. 

Sos lada hitam:
2 s/besar butter
2 s/besar tepung gandum
2-3 cawan susu segar
segenggam lada hitam-tumbuk kasar
2 s/besar hirisan cendawan butang
2 s/besar kicap pekat
seketul kiub ayam
garam

Cara-cara:
1. Cairkan butter dalam periuk.setelah cair masukkan tepung.
2. Apabila kelihatan sudah berbuih masukkan susu,lada hitam,cendawan,kiub ayam,kicap pekat dan garam.
3. Kacau pekat. Matikan api.

Selasa, 21 Januari 2014

Nasi Kari Ayam Kampung

Salam hormat, nasi kari yang ke berapa kali pun dah tak sempat Cik t nak kira. Nasi ni dibuat dua minggu lepas, tetapi disebabkan rutin harian yang agak sibuk, tak sempatlah cik t nak entrikan. Tambahan lagi ada si kecil Dhiya,kita belum sempat nak taip jari jemari comel dia yang sampai dulu.

Berbalik pada kisah nasi kari, ini antara hidangan febret keluarga kami. Lepas buat nasi kari ayam kampung ni, minggu berikutnya,Cik t buat pula nasi kari daging untuk menjamu keluarga yang datang ke rumah semperna cuti Maulidur Rasul yang lepas. Licin satu periuk beso ko...hehee. Seronok tengok mereka makan. Masih menggunakan resepi yang sama seperti sebelum ni. Cuma ada sedikit +/- dari segi penggunaan bahan. Bagi penggemar kari bolehlah mencubanya. Rugi jika tidak merasai keenakannya. Selamat mencuba..




kiri: bahan untuk nasi   kanan :bahan untuk kari ayam
bawah : bahan untuk sayur


 Mula-mula sediakan dulu karinya..

Bahan-bahan kari :
seekor ayam- dibersih dan potong kecil2 biji bawang kecil   }2 ulas bawang putih } tumbuk
1 inci halia               }
2 batang serai         } titik
3 sudu besar serbuk kari
1 cawan santan pekat
garam
2 tangkai daun kari
2 inci kayu manis untuk menumis
 bunga lawang

Cara-cara:                                                                                                                                          
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk. Masukkan daun kari, kayu manis dan serai.
  2. Apabila sudah garing,masukkan serbuk kari. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam. Kacau rata,biarkan seketika.
  4. Masukkan santan. Perisakan dengan garam. Masak hingga kari menjadi sedikit kering. Ketepikan.




Bahan nasi pula(periuk 1 liter) :
2 cawan standart beras basmati
sebiji tomato- potong dadu
1/2 biji bawang holand - potong dadu
2 batang serai -titik
2 ulas bawang putih -hiris
1 inci halia  -hiris
2 inci kayu manis
sedikit butter untuk menumis
sedikit garam

Cara memasak..
  1. Basuh beras. Tanak seperti biasa.
  2. Dalam kuali,panaskan butter.Tumis semua bahan hingga layu.
  3. Masukkan dalam periuk nasi tadi.
Cara masukkan kari ayam..
Setelah nasi hampir kering,ceduk kari ayam dan letakkan di bahagian tengah-tengah nasi. Tutup tudung periuk.biarkan hingga masak. Setelah masak biarkan nasi selama setengah jam barulah dikacau rata.
Boleh dihidang bersama telur rebus,papadom dan sayur kegemaran. Tapi kali ni Cik t gantikan telur rebus dengan terubuk masin. Tetap meletop...

Isnin, 18 November 2013

Nasi Goreng Cili Padi Kaw'

Buat untuk sarap pagi nih. Dah namanya pun nasi goreng cili padi, mesti la kalau makan sampai tahap berair hidung baru betul namanya nasi goreng cili padi. Kalau buat nasi goreng merah tak berapa mendapat sambutan kat rumah ni. Dan sudah menjadi kebiasaan kalau makan nasi goreng, kawannya mesti ada,keropok ikan. Rasa macam tak lengkap aje jika tidak dimakan bersama keropok ikan.

 Bagi yang belum pernah menikmati nasi goreng bersama keropok ikan,bolehlah mencuba. Bagi yang tak tahan pedas pula, boleh la kurangkan sedikit cili padi. Jom intai resepi.




Bahan-bahan:

2 cawan nasi
2 biji bawang merah kecil }
2 ulas bawang merah       } tumbuk
15-20 biji cili akar/cili padi} kasar
2 sudu besar ikan bilis      }
1/4 inci belacan(klu suka)
garam

Bahan sampingan:
  • sedikit ikan bilis yang telah digoreng asing dan ditumbuk kasar.



Caranya:
  1. Panaskan minyak.tumis bahan tumbuk hingga naik garing.Masukkan juga belacan.
  2. Setelah garing,masukkan nasi dan garam. Kacau rata.
  3. Kacau seketika.Padamkan api. 
  4. Tabur ikan bilis yang telah digoreng asing dan ditumbuk kasar tadi.
  5. Hidang bersama keropok ikan.Memang best

Sabtu, 9 November 2013

Nasi Lemak

Hujan-hujan ni kena nasi lemak panas-panas, memang laju jew makan. Kene time cuti lagi. Pastu sorongkan pulak bantal..Memang best. Dah kenyang apa lagi tido je la. Dapat juga membantu mempercepatkan proses penambahan lemak2 kat badan. Arrrrgghhh....yang tu tak maw.......






Jom masak nasi dulu..
3 cawan standart beras
2 cawan santan
2 helai daun pandan-disimpul
sedikit garam

Caranya..

  1. Basuh beras bersih.masukkan santan dan daun pandan,kalau santan tak cukup tambah air biasa.
  2. Perasakan dengan garam tanak seperti biasa.
Sambal pulak:

Kat umah ni kalau tengok sambal merah je kalenya memang tak jalan la jawapnya. cik abang cakap macam cili tak masak.mungkin dah biasa dengan sambal kalenya gelap agaknye.anak2 pun pandai memilih..memasak sambal ni memang memerlukan masa yang agak lama,dengan menggunakan api yang kecil dan sentiasa dikacau, tumis hingga cili betul2 garing.

Bahan sambal
2 cawan cili kering       }
5 biji bawang merah    } kisar
2 sudu besar ikan bilis } bersama
sedikit belacan          
sebiji bawang besar
sedikit garam
1 sudu besar gula.
1 sudu kecil asam jawa /mengikut selera masing2 -bancuh dengan sedikit air.

Cara nak tumis..

  1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.tumis bawang besar menjadi perang.masukkan belacan.
  2. Kacau sebentar,masukkan pula bahan kisar tadi. Tumis dengan api yang kecil. Jika menggunakan api yang besar cili tidak akan menjadi betul2 garing. Ni yang akan menentukan kale sambal tu nanti.
  3. Bila dah betul2 garing(seakan membuat sambal goreng) kuatkan api sedikit,terus masukkan air asam jawa tadi. Masukkan juga garam dan gula.kacau sebentar.
  4. Perlahankan semula api dapur dan terus mengacau hingga sambal menjadi sebati dengan minyak.
  5. Padamkan api. saya mengambil masa hampir sejam untuk memasak sambal sebanyak ini. Memang mengambil masa yang agak lama.tapi hasilnya amat memuaskan.
Bila sambal pun dah masak bolehlah dihidangkan bersama telur rebus,timun,ikan bilis goreng dan wajib juga ada kacang tanah yang telah digoreng.nak sedap lagi tambahkan sedikit ikan perda masin. Uuummm...memang layan.

Khamis, 7 November 2013

Nasi Kari Daging

Buatnya dah lama tapi baru dapat masuk entri. Resepi baru yang memikat selera kami sekeluarga.tambah2 lagi anak bujang yang menggemari nasi yang berperisa macam nih. Buat hari ni esok dia tanya lagi 'masak nasi kuning lagi ke..'.ayoo pengsan la kalau hari2 kari. Sebelum2 ni selalu juga buat nasi beriani,tapi bila dah cuba saja resepi ni da tak payah susah2 nak buat nasi beriani.mudah sikit nasi kari ni. Rasa lebih kurang saja. Jom layan...

Mula-mula sediakan dulu karinya..

Bahan-bahan kari :
3-400gram daging- didadu -potong jangan terlalu kecil-rebus empuk
4 biji bawang kecil   }
2 ulas bawang putih } tumbuk
1 inci halia               }
1 batang serai         } titik
3 sudu besar serbuk kari
1 cawan santan
garam
2 tangkai daun kari
2 inci kayu manis untuk menumis

Cara-cara..

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk.masukkan daun kari, kayu manis dan serai.
  2. Apabila telah garing,masukkan serbuk kari.tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan daging yang telah direbus empuk. Kacau rata,biarkan seketika.
  4. mMsukkan santan. Perisakan dengan garam. Masak hingga kari menjadi sedikit kering. Ketepikan.
Bahan nasi pula(periuk 1 liter) :
2 cawan standart beras basmati
sebiji tomato potong dadu
sebatang serai-titik
2 inci kayu manis
sedikit butter untuk menumis
sedikit garam

Cara memasak..

  1. Basuh beras. Tanak seperti biasa.
  2. Dalam kuali,panaskan butter. Tumis semua bahan hingga layu.
  3. Masukkan dalam periuk nasi tadi.
Cara masukkan kari daging..
Setelah nasi hampir kering,ceduk kari daging dan letakkan di bahagian tengah-tengah nasi. Tutup tudung periuk. Biarkan masak.

Setelah nasi masak bolehlah dihidang bersama telur rebus yang telah digoreng,papadom dan sayur kegemaran. Cik t hidangkan bersama pucuk paku goreng cili.

Pucuk paku goreng cili :
2 ikat pucuk paku
3-4 biji cili merah*
5-6 biji cili padi*
2 sudu besar ikan bilis*
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
garam

Caranya..

  1. Tumbuk semua bahan *  lumat.
  2. Tumis garing.masukkan sayur pucuk paku. Perisakan dengan garam.
  3. Kacau hingga masak.










































Nasi Ayam

Kalau masak nasi ayam satu periuk pun tak cukup.makan tengah hari pon boleh jadi dua kali dikerjakan anak bujang kat umah ni. Cuma mamanya aje yang kurang rajin..Hee...Jom tengok resepi yang mudah sangat nih.

Bahan perap ayam..

seekor ayam- dibelah empat
2 inci halia              }  tumbuk
2 ulas bawang putih}  lumat
6 sudu besar sos tiram
1/2 cawan gula merah-masak pekat dan tapis(saya guna gula apong saja)

Cara-cara
  1. Potong ayam kepada 4 bahagian. Cuci bersih,toskan.
  2. Gaul rata semua bahan-bahan lain dan perap 1/2 jam.
  3. Goreng dengan minyak yang banyak.


gula apong dari sarawak
Bahan nasi (periuk 1liter)..

beras (4 cawan standart)
4 biji bawang merah }
2 ulas bawang putih }  ditumbuk
1 1/2 inci halia         }
4 batang serai-ketuk
2 helai daun pandan-disimpul
1 sudu kecil serbuk kayu manis-klu tak de guna yg batang je
2 sudu besar majerin
2 ketul kiub ayam
sedikit garam

Caranya:
  1. Basuh beras. Tanak seperti biasa.masukkan kiub ayam.
  2. Dalam kuali,panaskan sedikit minyak, masukkan mentega.
  3. Masukkan pula bahan tumbuk,daun pandan,serai dan kayu manis(jika guna yg batang)
  4. Setelah layu masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi.masukkan juga serbuk kulit kayu manis dan garam.
  5. Kacau sebati,masak seperti biasa.
Kalau sup untuk nasi ayam,suka yang simpel2 saja. Macam kat kedai tuuu...

Bahan sup..

air- kurang lebih 1 liter
seulas bawang putih -tumbuk lumat
seketul kiub ayam
sedikit daun sup/bawang untuk ditabur

Mudah saje nak membuatnya..
  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan lain.Biarkan seketika.
  3. Padam api,tabur daun sup/bawang.
-Kalau nak masukkan sedikit tulang/leher ayam pon ok juga.

Kuah cili pula..

7-8 biji cili merah besar
1 ulas kecil bawang putih
1/4 inci halia
3-4 biji limau kasturi
gula secukup rasa
sedikit air

Yang ni lagi mudah,blend semua bahan hingga hancur. Perasakan dengan gula,da siap.

Hidang nasi bersama salad,hirisan tomato dan timun. Selamat mencuba.