Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan

Selasa, 26 Januari 2016

Lasagna Roti Lazat

Assalamualaikum,salam dipagi Ahad. Jom dipagi cuti hari ni kita sediakan sarapan untuk menjamu suami dan anak anak. Suami dan anak anak Cik t memang suka sangat lasagna roti ni.Resepi yang cukup ringkas mudah dan cepat ni memang sangat sedap. Gerenti licin hingga menjilat jari...hehehee

12 kpg roti potong
1 ulas bawang putih
1 labu bawang kuning
3 biji cili padi
2 biji cili merah
1/2 tin sos prego mushroom
1 s/besar sos lada hitam
8 keping keju cheedar
Keju parut secukupnya
200ml susu segar
2 biji telur

Panaskan oven. Tumis bawang kuning layu. Masukkan sos prego.
Kacau rata,hancurkan daging oblong dan masukkan sekali.
Tambah pula bawang putih,cili padi dan Cili merah.
Setelah agak kering ketepikan. Bancuh susu dan telur sebati.
Ambil roti celup kedua dua permukaan dan susun dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu.
Cedok inti,ratakan atas roti. Ambil keju,susun hingga menutupi inti tadi. Ambil lagi roti dan celup kedalaman bancuhan susu.
Ulang proses yang sama hingga menghasilkan 3 lapisan roti 2 lapisan inti. Tuang lebihan bancuhan susu keatas roti jika ada. Tabur keju parut. Bakar 185c selama 40 minit.

Isnin, 5 Oktober 2015

Puding Roti Blueberry cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera... hari ni rajin tak rajin terpaksalah Cik T merajinkan juga diri membuat puding roti untuk dijadikan sarapan kami empat beranak pagi ni. Anak anak masih bercuti akibat kesan jerebu yang melanda negara sekarang ni. Lagi pon sayang juga bila terpandang sebuku roti  yang dibeli sebelum pergi ke Mersing jumaat lepas masih belum terusik..jom tngk resepi

Bahan:
7 keping roti potong
3 biji telur
1 tin susu sejat
4 sudu besar gula
1 s/t esen vanila
Blueberry filling secukupnya
Cheedar cheese secukupnya
Serbuk kayu manis- opsyen

Cara:
1.Panaskan ketuhar.
2.Campurkan susu sejat,gula,telur dan             e.vanila. Kacau sebati.
3. Potong roti menjadi kepingan kecil menjadi 16 bahagian. Masukkan dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu.
4. Ambil sehelai plastik yang telah dipotong sedikit muncungnya. Masukkan blueberry filling dan paipkan sedikit sedikit dia atas dan dicelah celah potongan roti.
5. Setelah siap tuang adunan susu kedalam loyang berisi roti tadi.
6. Tekan tekan sedikit supaya roti terendam sepenuhnya.
7.Sagatkan keju cheedar secukupnya.
8. Bakar 180- 200c atau hingga masak.
9. Sedap hidang panas atau sejuk.

Ahad, 1 Februari 2015

Roti Sarang Lebah

Salam petang dihari minggu. Petang ni Cik T nak ada plan nak kemana mana. Jadi daripada dibazirkan masa tu baiklah jengah ke blog sekejap. Dapat juga update apa yang patut. Semalam buat pertama kalinya setelah lama tak meroti Cik T cuba membuat roti sarang lebah yang popular sangat dalam tahun lepas kalau tak salah. First time nampak roti tu ditayang kat rumah Kak Izah Daud.. Memanag nampak sedap sangat. Telan air liur Cik T masa tengok kak izah tayang gambar roti tu. Dari sehari ke sehari nak buat tapi hajat tak kesampaian. Hinggalahlah semalam, alhamdulillah tertunai juga hajat anak tekak ni nak merasa roti yang sedap bersama sos karamel dan kekacang mewah yang ditaburi diatasnya. Memang sedap sekelip mata saja dah licin. Suka sangat anak dara Cik T makan. kita pun jadi gembira juga bila ada yang beri respon positif terhadap masakan kita. Rugi kepada sesiapa yang belum cuba. Cik T copy jew resepi ni dari rumah kak Izah. Terima kasih atas perkongsian tersebut dan Cik T minta izin copy disini pula.




ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut


DOH                                                                                                                                                          
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti- cik t guna tepung roti kesemuanya
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Isnin, 26 Mei 2014

Roti Kentang

Kali pertama cuba buat roti kentang..Alhamdulillah menjadi walaupun tak segebu roti yang Che Mat Gebu hasilkan. Hasilnya segebu panggilan namanya.Jika ingin melihat hasilnya silalah kedapur beliau .. Cik t copy resepi dari dapur beliau. Harap Che Mat halalkan ya!!
Bagi yang teringin nak mencuba tu silalah ya. Pas ni da tak payah nak beli kat shoping lagi. Buat sendiri makan panas-panas lagi sedap...



 Bahan Doh :-)                                                                                                                                            
3/4 ca135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)

60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...
TERIMA KASIH CHE  MAT....

Jumaat, 4 April 2014

Bun Sosej

Salam semua. Ini adalah bun pertama yang Cik t hasilkan dan alhamdulillah hasilnya sangatlah menggembirakan hati. Maklumlah sebelum2 ni memang tak pernah pun cuba untuk meroti ni . Sebenarnya macam tak percaya pun ada bila tengok hasil bun yang dibuat menjadi dengan jayanya.. Eh! betul ke aku yang buat bun nih? Memang tak percaya sangat dengan hasil kejadian bun tu. Dan macam mana naiknya roti tu macam tu jugak la perasaan Cik t ni apabila mendapat pujian dari mereka yang memberikan komen hee..Suka sangat- sangat ( *_*'

Ribuan terima kasih dari Cik t kepada kak zalinzalina yang sudi berkongsi resepi roti yang sangat-sangat sedap dan lembut ni. Hasinya memang macam roti yang beli kat kedaii...yang paling gembira tentulah anak-anak.  Ya la,anak kecil mana yang tak suka pada bun sosej sebegini. Dan kita sebagai ibu pun akan merasa sangatlah seronok apabila melihat anak-anak makan dengan seleranya.. Resepi ni diambil dari empunya resepi, Kak lin. Terima kasih sekali lagi ya kak. Untuk memahami dengan lebih mudah cara menguli dan membentuk doh, silalah ke dapur kak lin ya. Bun-bun yang dihasilkan pun sangat-sangatlah gebu..


bun terlajak bakar

bun yang sama tetapi dihari yang berbeza

Bahan-bahan:
250gram tepung roti /high protin
50 gram Margerin 
50 gram gula castor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)
 sedikit bijan untuk ditabur







Cara-caranya:
  1. Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan yis naik sedikit.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam satu bekas. Gaul mesra semua bahan.
  3. Tuang campuran yis ke dalam tepung tadi. Gaul rata dan uli kurang lebih 5 minit.
  4. Masukkan doh yang telah diuli kedalam bekas dan tutup menggunakan plastik selama 30 minit atau sehingga doh kembang sekali ganda.
  5. Setelah doh menggembang ambil sedikit doh bulat-bulatkan.  Seperti Kak lin,Cik t juga menimbang 25gram setiap satu untuk mendapatkankan sebanyak 20 biji bun sosej.
  6. Ambil seketul doh canai sedikit dan letakkan kan sosej yang telah dipotong dua. Balut kemas sosej dengan menggunakan doh. Seperti yang telah Cik t beri tau kat atas tadi, untuk lebih memahami step ni silalah ke dapur Kak lin ya. Nak tengok bun versi lilit pun ada.  Comel-comel je bun nya.
  7. Setelah siap letakkan atas loyang dan taburkan bijan. 
  8. Biarkan adunan mengembang sekali lagi. Tutup bun dengan plastik atau bekas agar doh dapat kembang dengan cantiknya. Biarkan selama 1 jam.
  9. Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama kurang lebih 15-20 minit atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing.
  10. sedia untuk dimakan..
  11. Setelah masak, angkat dan terus sapukan permukaan bun dengan butter agar bun kelihatan berkilat.