Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan

Isnin, 1 Disember 2014

Apam Susu

Salam semua,sana sini dok menggila apam susu..Cik t pon apalagi tak nak  juga ketinggalan dari mencuba resepi  yang mudah ni.. Kalau nak diikutkan resepinya lebih kurang sama saja macam apam polkadot yang pernah meletup satu ketika dulu.. Cuma untuk resepi ini, susu pekat digunakan bagi menggantikan susu cair. X boleh nak cerita banyak, ni pon curi curi masa pegang handfone nak update blog. Sapa yang nak rasa jom cuba...
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 s/d kecil baking powder
1 s/d besar ovellate
1 s/d kecil esen vanila
4 biji telur
4 s/d besar susu pekat
4 s/d besar minyak~  Cik t guna sunflower oil
Pewarna pilihan
Caranya:
1. Panaskan kukusan. Balut tudung periuk dengan kain bersih. Sapu acuan dengan minyak agar tidak melekat.
2. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
3. Putar telur dan gula hingga kembang dan gebu. Setelah kembang masukkan ovallate dan putar lagi hingga kembang dan putih.
4. Setelah siap masukkan tepung sikit-sikit dan kacau menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
5. Bahagi mengikut pewarna pilihan.
6. Masukkan dalam loyang. Kukus 45 minit menggunakan api sederhana. (Untuk ingatan Cik T sendiri, jika kukus menggunakan dapur induction kukus apam pada tahap 800w).
7. Selamat mencuba... :-)

Rabu, 28 Mei 2014

Kuih Puteri Ayu

Selamat pagi semua..Pagi-pagi gini kalau dapat 3-4 ketul kuih puteri ayu buat sarapan memang sedap. Cik t buat kuih ni petang semalam. Kira minum petang merangkap sarapan pagilah ni. Orang tak rajin ginilah caranya. Heheee...
Cik t ambil dan copy resepi kuih ni dari dapur Kak Yatie yang sangat rajin tu. Kagum ngan kerajinan Kak Yatie ni. Kalau nak cari apa-apa resepi terutama resepi kuih Cik t suka rujuk ke dapur beliau. Jomlah ke dapur beliau jika ingin melihat kuih puteri ayu yang pelbagai warna dan rasa. Izinkan saya kongsi resepinya disini pula ya.



 Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )
  • 4 biji telor 
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran
Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
INTI KELAPA - 
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

TERIMA KASIH KAK YATIE...

Sabtu, 8 Februari 2014

Apam Mekar

Semekar panggilannya begitu jugalah mekarnya didalam hati apabila melihat kuih apam yang dibuat mekar setaman ketika tudung periuk kukusan dibuka. Ketika masuk ke dalam mulut pula terasa kelembutan dan kegebuannya mencair didalam mulut. Ini merupakan antara kuih pilihan yang Cik t akan buat jika ada majlis kenduri di kawasan kejiranan kami untuk disedekahkan kepada mereka.

Agak mudah membuatnya kerana itu ia menjadi pilihan Cik t. Cuma mengambil sedikit masa dan kesabaran sewaktu mengukus. Kuih ini juga adalah yang sering mendapat tempahan selain dari kek marbel. Ramai juga yang pernah Cik t dengar mengadu apabila membuat kuih ini apam tidak pecah. Bagi Cik t telur dan gula haruslah dipukul hingga betul-betul kembang. Masukkan ovellate dan pukul lagi hingga adunan menjadi kental. Ada yang mengatakan penggunaan telur dan aiskrim soda sejuk adalah penyebab mengapa apam tidak pecah. Bagi Cik t itu bukanlah satu masalah kerana biasa juga membuat apam ini ketika air soda baru dikeluarkan dari di dalam peti sejuk. Apa yang penting teknik membuatnya betul dan resepinya tepat!!



                                   

Bahan-bahan:

3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir dikisar halus
3/4 cawan aiskrim soda
1 s/d besar ovellate
2-3 titik esen pisang/ 1 s/t esen vanila
pewarna kegemaran
mangkuk kertas secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan periuk kukusan. Tutup tudung periuk dengan kain bersih.
  2. Putar gula dan telur hingga kembang gebu.
  3. Masukkan ovellate putar lagi hingga adunan menjadi kembang,kental dan kaku.
  4. Tambahkan esen pisang. 2-3 titik saja tau. Kalau terlebih kuat pula baunya nanti. Pada pengalaman Cik t jika menggunakan esen vanila, bau hanyir telur masih tidak hilang.
  5. Putar sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan air soda hingga habis.
  6. Setelah habis,putar sebentar kurang lebih selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
  7. Bahagikan mengikut warna. Cik t cuma ambil 2 senduk dan letakkan 2 pewarna pada setiap satu bahagian. Masukkan ke dalam plastik yang digunting bucunya agar mudah dipaipkan saja nanti. Yang selebihnya dibiarkan warna asal.
  8.  Sudukan sedikit kurang lebih 3/4 adunan warna asal dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. 
  9. Paipkan sedikit adunan berwarna tadi. Kukus 10-12 minit menggunakan api besar.

     Apam senyum-senyum kerang tu, sekali pandang dah macam cookies monsters dalam sesame street pon ada.. :-D



Selasa, 31 Disember 2013

Apam Polkadot

Salam sejahtera,
Sebenarnya buat apam ni sebelum pulang bercuti lagi. Tapi disebabkan tak sempat nak mengentrikannya kena la tungu hingga balik sini semula. Masa di kampung nak pegang laptop pon tak dan. Maklumlah sekali sekala pulang bercuti,bermacam2lah aktivitinya. Kembali merindui kampung....

Okeylah cita pasal apam polkadot ni,apam ni sebenarnya dioder oleh kakak C
ik t untuk diberi kepada sebuah majlis kahwin. Pada mulanya berat juga rasa nak membuatnya,maklumlah apam ni kan rumit sikit nak membuatnya, walaupun kerap juga terima tempahan. Tambahan pula bila memikirkan kerenah si kecil lagi yang tak mahu ditinggalkan sendirian. Tapi mujurlah kuantiti apam ni tak di tetapkan. Dia cuma kata berapa2 saja yang sempat dibuat. Cik t pun apa lagi terpaksalah mengapam juga hari tu..Hasilnya,dapatlah kurang lebih 3++.. Tapi yang sempat interfreme ni jelah sebab dah keletihan.



secomel kerenahnya..ni lah baby yang tak bole kena tinggal tu... 1.1.2014 esok genaplah umurnya setahun.sayang anak mama

Cik t tambah sedikit minyak agar apam menjadi  lembut dan tidak mudah pecah apabila dikukus. Jom tengok resepi..

Bahan-bahannya:
3 biji telur
3/4 cawan gula pasir yang dimesin  halus
3/4 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar ovellate
1 s/t esen vanila
20 ml sunflower oil
pewarna pilihan
sedikit filling kegemaran

Cara-cara:
  1. Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih. Balut penutup dengan kain bersih.
  2. Putar semua bahan hingga menjadi putih dan gebu.masa memutar lebih kurang 10 minit.
  3. bBhagikan mengikut warna pilihan.
  4. Sediakan acuan kecil2 dan masukkan cawan kertas kedalamnya.
  5. Masukkan sedikit adunan,kira2 1/4 bahagian dan paipkan filling mengikut cita rasa masing2. Jika hendak mudah, masukkan saja adunan ke dalam paipping bag.
  6. Cedok/paipkan sedikit lagi adunan hingga memenuhi 3/4 paras cawan kertas. Corakkan polkadot diatasnya.
  7. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit. Jika api terlalu kecil apam akan terbantut. 3/4 nisbah kekuatan apinya. Selamat mencuba.

Jumaat, 15 November 2013

Apam Mentega

Sebenarnya tak ada perancangan pun nak buat kuih ni. Tengah dok pikir2 apa nak dibuat dengan baki santan yang dok teperap kat dalam peti sejuk tu,tiba2 muncul la idea derhaka ni.Nak simpan lama2 pon bukannya tahan. Daripada di buang,baik buat apa yang patut.
Maaf ya sis sofea, adik terderhakan sikit resepi ni. Cuma tukar susu cair kepada santan sahaja. Yang lain semuanya sama saja. Versi original pun dah selalu buat. Awalnya takut juga kot tak jadi ke.Alhamdulillah naik juga apam deharka ni. Cuma permukaannya saja tak berapa nak licin. Resepi copy dari sis yatie. Thanks ya sis. 

Resepi by: Sofea@after6am

Rujukan : yatiememories





Bahan-bahan ( +-50 biji )

Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit2)
  • 250 gm mentega
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila




Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  6. Selamat Mencuba.......