Khamis, 24 April 2014

Kek Karamel

Assalamualaikum semua.. suatu ketika dulu sewaktu wabak kek karamel ni menular memang dasyat penangannya. Sana sini masing-masing sibuk menayangkan hasil tangan yang dihasilkan. Tak ketinggalan juga Cik t pada masa tu. Tapi disebabkan masa tu tak de blog lagi, buat sendiri tayang pada diri sendiri sajalah.
Dan pada waktu itu kerap juga Cik t menerima tempahan membuat kek karamel ni. Tapi bila lahir saja si kecil Dhiya,semuanya stop. Ade pembantu pun susah juga ya. Belum sempat kita buat apa2, dia dulu pegang barang kat dapur. Kite baru bangun nak ke dapur dia da sampai dulu.

Jika diberi pilihan antara membuat kek karamel dan kek marbel, Cik t lagi senang menghasilkan kek karamel ni. Kerana bahan yang digunakan tidak menggunakan mentega seperti membuat kek marbel yang mana haruslah rajin mencuci peralatan yang berminyak diakhirnya nanti. Tetapi disebabkan tekak ni lebih menggemari kek marbel, berminyak ke tidak bila da teragak nak makan buat juga la.

Empunya resepi tak asing lagi adalah dari puan Munirah Baharom. Jika terdengar saja nama beliau pasti dalam kepala dah terbayang kak karamelkan. Cuma disini Cik t sudah menukarkan sukatan timbangan kepada sukatan cawan bagi memudahkan kerja Cik t. Bagi yang kurang faham tu timbang ajelah macam biasa ya. Dan sedikit tambahan pada bahan karamelnya.




(loyang 7/8 inci)
Bahan bahannya:

Gula Hangus:
2 1/2 sudu besar gula pasir 

Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.Ratakan gula dengan menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. 


 Adunan Karamel:
1 tin susu cair 
70 gram gula castor = 1 cup yang berisipadu 50ml + 2 cup yang berisipadu 15ml
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 s/besar tepung jagung
Kacau manja semua bahan hingga gula larut. tapis dan tuang ke atas gula karamel. Ketepikan

Adunan Kek:
70 gram gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
140 gm tepung gandum = 2 cup yang berisipadu 125ml
1 sudu teh baking powder

Cara-Cara:
  1. Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan kembang.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
  4. Masukan sikit-sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga semuanya sebati.
  5. Ketepikan.
Bahan Meringue:
6 biji putih telur - pastikan tiada tercampur sedikit pun kuning telur
70 gram gula castor
1 sudu teh serbuk cream of tartar

p/s: Untuk memudahkan kerja,buat adunan meringue dahulu kemudian baru adunan kek.

Cara-Cara:

  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul hingga berbuih.
  2. Masukkan gula,cream tatar dan pukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan betul- betul kembang.- Jika diterbalikkan bekas adunan tak akan tumpah.
  3. Cedok sedikit-sedikit adunan tepung dan gaul secara kaup balik ke dalam adunan meringue.
  4. Buat hingga habis.
  5. Setelah siap, bahagikan mengikut warna pilihan.
  6. Cedok 2 sudu besar adunan tepung dan letakkan di atas adunan karamel. Adunan akan menjadi terapung dan bergerak sedikit.
  7. Buat berselang seli dengan warna yang ada hingga habis.
  8. Setelah siap bakar pada suhu 165c selama 50 minit menggunakan kaedah steam bath(loyang diletakkan dalam bekas/loyang yang lebih besar dan diisi dengan air panas). Bakar seperti biasa.
  9. Sejukkan dahulu sebelum kek di terbalikkan dan diletakkan di atas redai agar air gula tidak akan bertakung.
  10. Selamat mencuba.Makan sejuk lagi sedap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan