Jumaat, 25 April 2014

Bihun Sup Tumis Air

Salam kasih semua..bihun ni bagai sudah serasi dengan selera tekak Cik t ni. Suka sangat makan bihun ni. Sejak dari kecil lagi bonda kami sering menyediakan masakan ini dikala kami kurang sihat. Dan begitu juga jika beliau sendiri tidak sihat. Bonda lebih gemar jika menggunakan mee sua jika membuat resepi ini.
Kini giliran Cik t pula menyediakannya untuk anak-anak. Bagaikan mewarisi selera mamanya,anak-anak pun amat menggemari bihun sup ini. Amat mudah membuatnya. Yang tak pandai masak pun kalau buat gerenti sedap punya.




Bahan-bahan:
1 keping bihun
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis
2 biji telur
lada sulah secukupnya
garam secukupnya
1 1/2 liter air
bebola ikan secukupnya
sayur kegemaran

Cara-cara:
  1. Tumbuk lumut bawang merah,bawang putih dan ikan bilis.
  2. Panaskan kuali/ periuk. Tuang sedikit minyak dan tumis hingga naik bau.
  3. Tuangkan air. Biar mereneh.
  4. Masukkan bihun. Biar hingga lembut sedikit.
  5. Pecahkan telur. Masukkan sayur dan bebola ikan, biarkan hingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  7. Sedap dihidangkan panas.
  8. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan