Memaparkan catatan dengan label kek lapis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek lapis. Papar semua catatan

Jumaat, 25 September 2015

Kek Lapis Batik Milo Cheese

Salam sejahtera,jom melapis kita..tapi lapis yang senang2 je...mudah, senang dan yang paling penting...uummmpphhh sedappp..Jom kepada siapa yang belum pernah cuba..

Bahan bahannya:
A
250 gram creamcheese
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar air
1 sudu besar ovellat
B
1 cawan milo
1/2 cawan mentega
1/2 cawan susu pekat
Sedikit coklat masakan-lebih kurang sebesar saiz kotak mancis.
Sebungkus biskut deluxe cream crackers Hup Seng- guna separuh saja

Cara caranya:
1.Alaskan loyang atau bekas yang sesuai dengan plastik bersih.
2.Satukan kesemua bahan A, pukul kembang, ketepikan.
3.Menggunakan api kecil,kacau semua bahan B menjadi larut. Setelah semua bahan larut dan menjadi sedikit pekat,matikan api.
4.Ambil biskut dan susun diatas loyang. 5.Cedok sedikit adunan coklat dan sapu rata diatas permukaan biskut.
6.Susun lagi biskut diatas lapisan adunan coklat ,sapu rata pula adunan cheese tadi.
7.Untuk memudahkan kerja,saya masukkan adunan cheese ke dalam paiping beg dan picitkan diantara ruang biskut dan sedikit diatas permukaan biskut.
8.Kemudian,ratakan dengan sudu.
Ulang langkah 4 dan 5 hingga habis
,dan akan menghasilkan tiga lapisan coklat dan dua lapisan cheese.
9.Tutup loyang dan simpan didalam peti sejuk semalaman.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Kek Lapis Evergreen Cheese

Assalamualaikum..hari ni nk postkan balik resepi yang Cik t pon tak perasan entah bila terpost.. Buka blog tadi baru perasan rupanya resepi tu x complete lg..maaf ya kalau ada sesiapa yang dah terbaca sebelum ni.
Resepi dari kak dayang jack..tapi copy dari blog hasue...tq all...

Bahan-bahan :
Loyang 8" x 8"
10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla
150g cream cheese- Cik t tambah

Cara -cara :
1.Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
2.Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
3.Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. 4.Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla.
5.Kacau hingga betul-betul sebati. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. 6.Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
7.Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas).
8.Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
9.Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Untuk membuat lapis evergreen cheese :
Ambil dalam 2 senduk adunan yang telah siap putar dengan 150g cream cheese hingga sebati.
Masukkan dalam plastik bag paip berselang seli dengan adunan asal.
Rujuk gambar diatas.

Cara-cara menyimpan kek :
Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Selasa, 27 Januari 2015

kek lapis strawberi coklat rice

     Salam kembali dihari yang sama..Tengahhari tadi da postkan entri kek lapis pelangi petang ni nak share pula resepi Kek Lapis Strawberi Coklat Rice ni sementara ada masa..Resepi kek lapis ni Cik T ambil dari buku Kek Lapis Sarawak jilid 3 dan tentunyalah dari  ratu kek sarawak,siapa lagi kalau bukan Puan Rabiah Amit.
Amat menarik sekali koleksi resepi kek lapis dari buku beliau. Tetapi kebiasaan dalam resepi kek lapisnya jumlah telur yang digunakan agak banyak. Stulah hanya dua ke tiga resepi dari dua buah koleksi buku darinya yang Cik T pernah buat. sukatan bahan bahannya telah pun CikT kurangkan sedikit kerana kek menjadi terlalu tinggi jika dibuat menggunakan loyang 7x7inci dan sukatan auns telah ditukar kepada gram. Jom tengok bahan bahannya.




(loyang 7x7 inci)
Bahan bahan:
455g Mentega~ *360g
200g Gula kastor~ *160g
200g Tepung hongkong~ *160g
150g Susu tepung nespray~ *120g
150g Horlicks~ *120g
10 biji Telur
1 s/teh Serbuk penaik
1 s/teh Ovallate
1 s/teh Esen vanila
2 s/makan Perisa strawberi-Cik T tambah
Pewarna merah muda
Sedikit pewarna kuning
Coklat rice untuk ditabur
*sukatan yang telah dikurangkan

Cara membuat:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan ovallate putar lagi. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  2. Masukkan esen vanila dan bahan yang telah diayak. Putar sebati.
  3. Setelah siap bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu merah muda dan satu lagi kuning cair. 
  4. Cedok empat sudu makan dan ratakan didalam loyang menggunakan sudu. 
  5. Lapis 3 lapisan bagi setiap warna. Dimulakan dengan adunan yang berwarna kuning.
  6. Babur coklat rice diatas setiap lapisan adunan strawberi. Bakar menggunakan api atas selama 2-3 minit menggunakan suhu anatara 200c-220c bergantung pada suhu kepanasan oven masing masing.(jika proses membakar terlalu lama akan menyebabkan kek menjadi kering).
  7. Apabila lapisan atas keperangan angkat dan tekan permukaan kek menggunakan penekan khas untuk kek lapis. Jika ingin kek yang lembap,sapu sedikit butter pada setiap lapisan yang telah dibakar.
  8. Ulangi proses melapis hingga habis mengikut turutan warna.

kek lapis pelangi

        Salam tengahhari semua..Dah siap masak? Apa menu ari ni?...Bila dengar soalan apa menu hari ni mesti ramai yang pening fikir apa menu menarik yang hendak disediakan untuk orang yang tersayangkan.. Eemmmm....sebenarnya soalan tu memang cukup famous dikalangan para isteri dan kadang kadang tu boleh bikin steress. Mana taknya bila dah plan nak masak lauk tu teringat pula ada yang tak makan. Macam Cik T lah hari ni masak asam pedas ikan pari,anak anak Cik T suka sangat makan asam pedas ikan pari ni. Yang si abang suka bendir,yang si adik suka terung,campurkan dua dua..hah meriah seperiuk bendir n terung aje terapung kat atas. Lain pula cik abang Cik T yang tidak berapa gemar makan ikan pari. Nasiblah hari ni cik abang tak ada sebab out station jadi tak adalah Cik T kena masak asam pedas sampai dua periuk. Satu periuk asam pedas ikan pari dan lagi satu periuk ikan kembung atau parang. Tapi tak apa asalkan mereka suka kita lagi gembira bila lihat mereka makan hasil dari air tangan mama dan isteri sendiri..
          Eh panjang pula ceirtakan...nak masukkan resepi kek lapis tapi cerita lain pula yang panjang lebar. Ok lah sebenarnya dah lama Cik T buat kek lapis ni,tapi masa nak mengupdate blog terhad jadi dari tak masuk lansung biar lambat asal dapat dipostkan. Betul tak??? Pada yang berminat jomlah tengok resepi.




Bahan A:
360gm Butter anchor/scs/golden churn
320gm Susu pekat

Bahan B:
10 biji Telur
128gm Gula castor
136gm Serikaya
160gm Tepung hong kong } ayak
40gm Horlicks                  }bersama
40gm Serbuk santan        }
1 s/teh Esen vanila
1 s/besar Ovellate

(loyang 7x7inci)
Cara cara:

  1. Panaskan oven 200-210c mengikut suhu oven masing masing. Griskan loyang alas dengan kertas baking. Proses membakar kek lapis ni memerlukan suhu oven yang tinggi supaya kek tidak memerlukan masa yang terlalu lama dimasak untuk mengelakkan kek menjadi kering.
  2. Pukul bahan A hingga kembang putih dan gebu. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain,putar telur,gula,ovellate dan esen vanila.putar hingga adunan kembang.
  4. Apabila telah kembang masukkan bahan yang telah diayak dan bahan A. Pukul menggunakan speed perlahan,akhiri dengan kelajuan tinggi
  5. Setelah siap bahagi kepada warna pilihan. Timbang adunaa supaya sama rata. Pastikan setiap warna mendapat lapan sudu besar agar setiap warna dapat menghasilkan dua lapisan warna.
  6. Cedok empat sudu makan dan ratakan didalam loyang menggunakan sudu. Bakar menggunakan api atas selama 2-3 minit bergantung pada suhu kepanasan oven.(jika proses membakar terlalu lama akan menyebabkan kek menjadi kering).
  7. Apabila lapisan atas keperangan angkat dan tekan permukaan kek menggunakan penekan khas untuk kek lapis. Jika ingin kek yang lembap,sapu sedikit butter pada setiap lapisan yang telah dibakar.
  8. Ulangi proses melapis hingga habis mengikut turutan warna dengan penuh sabar ya. Seperti sedia maklum membuat kek lapis memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

          Selamat mencuba dan selamat berjaya....