Jumaat, 4 April 2014

Bun Sosej

Salam semua. Ini adalah bun pertama yang Cik t hasilkan dan alhamdulillah hasilnya sangatlah menggembirakan hati. Maklumlah sebelum2 ni memang tak pernah pun cuba untuk meroti ni . Sebenarnya macam tak percaya pun ada bila tengok hasil bun yang dibuat menjadi dengan jayanya.. Eh! betul ke aku yang buat bun nih? Memang tak percaya sangat dengan hasil kejadian bun tu. Dan macam mana naiknya roti tu macam tu jugak la perasaan Cik t ni apabila mendapat pujian dari mereka yang memberikan komen hee..Suka sangat- sangat ( *_*'

Ribuan terima kasih dari Cik t kepada kak zalinzalina yang sudi berkongsi resepi roti yang sangat-sangat sedap dan lembut ni. Hasinya memang macam roti yang beli kat kedaii...yang paling gembira tentulah anak-anak.  Ya la,anak kecil mana yang tak suka pada bun sosej sebegini. Dan kita sebagai ibu pun akan merasa sangatlah seronok apabila melihat anak-anak makan dengan seleranya.. Resepi ni diambil dari empunya resepi, Kak lin. Terima kasih sekali lagi ya kak. Untuk memahami dengan lebih mudah cara menguli dan membentuk doh, silalah ke dapur kak lin ya. Bun-bun yang dihasilkan pun sangat-sangatlah gebu..


bun terlajak bakar

bun yang sama tetapi dihari yang berbeza

Bahan-bahan:
250gram tepung roti /high protin
50 gram Margerin 
50 gram gula castor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)
 sedikit bijan untuk ditabur







Cara-caranya:
  1. Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan yis naik sedikit.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam satu bekas. Gaul mesra semua bahan.
  3. Tuang campuran yis ke dalam tepung tadi. Gaul rata dan uli kurang lebih 5 minit.
  4. Masukkan doh yang telah diuli kedalam bekas dan tutup menggunakan plastik selama 30 minit atau sehingga doh kembang sekali ganda.
  5. Setelah doh menggembang ambil sedikit doh bulat-bulatkan.  Seperti Kak lin,Cik t juga menimbang 25gram setiap satu untuk mendapatkankan sebanyak 20 biji bun sosej.
  6. Ambil seketul doh canai sedikit dan letakkan kan sosej yang telah dipotong dua. Balut kemas sosej dengan menggunakan doh. Seperti yang telah Cik t beri tau kat atas tadi, untuk lebih memahami step ni silalah ke dapur Kak lin ya. Nak tengok bun versi lilit pun ada.  Comel-comel je bun nya.
  7. Setelah siap letakkan atas loyang dan taburkan bijan. 
  8. Biarkan adunan mengembang sekali lagi. Tutup bun dengan plastik atau bekas agar doh dapat kembang dengan cantiknya. Biarkan selama 1 jam.
  9. Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama kurang lebih 15-20 minit atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing.
  10. sedia untuk dimakan..
  11. Setelah masak, angkat dan terus sapukan permukaan bun dengan butter agar bun kelihatan berkilat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan