Sabtu, 8 Februari 2014

Apam Mekar

Semekar panggilannya begitu jugalah mekarnya didalam hati apabila melihat kuih apam yang dibuat mekar setaman ketika tudung periuk kukusan dibuka. Ketika masuk ke dalam mulut pula terasa kelembutan dan kegebuannya mencair didalam mulut. Ini merupakan antara kuih pilihan yang Cik t akan buat jika ada majlis kenduri di kawasan kejiranan kami untuk disedekahkan kepada mereka.

Agak mudah membuatnya kerana itu ia menjadi pilihan Cik t. Cuma mengambil sedikit masa dan kesabaran sewaktu mengukus. Kuih ini juga adalah yang sering mendapat tempahan selain dari kek marbel. Ramai juga yang pernah Cik t dengar mengadu apabila membuat kuih ini apam tidak pecah. Bagi Cik t telur dan gula haruslah dipukul hingga betul-betul kembang. Masukkan ovellate dan pukul lagi hingga adunan menjadi kental. Ada yang mengatakan penggunaan telur dan aiskrim soda sejuk adalah penyebab mengapa apam tidak pecah. Bagi Cik t itu bukanlah satu masalah kerana biasa juga membuat apam ini ketika air soda baru dikeluarkan dari di dalam peti sejuk. Apa yang penting teknik membuatnya betul dan resepinya tepat!!



                                   

Bahan-bahan:

3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir dikisar halus
3/4 cawan aiskrim soda
1 s/d besar ovellate
2-3 titik esen pisang/ 1 s/t esen vanila
pewarna kegemaran
mangkuk kertas secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan periuk kukusan. Tutup tudung periuk dengan kain bersih.
  2. Putar gula dan telur hingga kembang gebu.
  3. Masukkan ovellate putar lagi hingga adunan menjadi kembang,kental dan kaku.
  4. Tambahkan esen pisang. 2-3 titik saja tau. Kalau terlebih kuat pula baunya nanti. Pada pengalaman Cik t jika menggunakan esen vanila, bau hanyir telur masih tidak hilang.
  5. Putar sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan air soda hingga habis.
  6. Setelah habis,putar sebentar kurang lebih selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
  7. Bahagikan mengikut warna. Cik t cuma ambil 2 senduk dan letakkan 2 pewarna pada setiap satu bahagian. Masukkan ke dalam plastik yang digunting bucunya agar mudah dipaipkan saja nanti. Yang selebihnya dibiarkan warna asal.
  8.  Sudukan sedikit kurang lebih 3/4 adunan warna asal dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. 
  9. Paipkan sedikit adunan berwarna tadi. Kukus 10-12 minit menggunakan api besar.

     Apam senyum-senyum kerang tu, sekali pandang dah macam cookies monsters dalam sesame street pon ada.. :-D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan