Salam sejahtera...Kek marbel lagi. Dah namanya pun hantu kek marbel,berbagai-bagai perasalah hendak dicuba .Kali giliran cappucino pula. Sedap sangat kek ni dengan aroma dan rasa cappucinonya.. Pasti akan ada ulangan lagi nanti. Bagi yang mahu mencuba dipersilakan.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum )
1 sudu teh baking powder ) ayak bersama
1 1/4 cawan gula pasir dimesin halus
1 3/4 cawan mentega6 biji telur
2-3 sudu besar cappucino emulco
1 sudu teh esen vanila
2-3 sudu besar cappucino emulco
1 sudu teh esen vanila
2 titik esen pisang
pewarna kuning
Cara mengadun..
- Putar mentega dan gula hingga betul2 kembang.
- Masukkan sebiji telur. Putar hingga betul2 sebati baru masukkan sebiji lagi. Ulang hingga habis.
- Masukkan pula susu dan esen vanila. Putar sebentar.
- Setelah sebati cedok sedikit2 tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Putar perlahan.Nak guna tangan pun boleh.
- Bahagi dua bahagia. Tambahkan cappucino emulco satu bahagia. Satu bahagian lagi dicampurkan pewarna kuning dan 2 titik esen pisang.
- Kacau sebati dan masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega dan ditabur tepung. Marbelkan mengikut citarasa
- Bakar 180c selama 50 minit menggunakan api bawah. Cucuk ngan lidi kalau tak masak lagi,tambahkan sedikit masa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan