Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan

Rabu, 8 Oktober 2014

Bingka Labu

Salam kembali..dah terlanjur ada kelapangan malam ni Cik T nak masukkan entri ketiga pula..Jika ditangguh tangguh lagi alamat makin banyak la gambar yang terperam kat dalam pendrive tu nanti...Kali ni nak kongsi resepi bingka labu yang lembut dan cukup terasa lemak manisnya. Jom tengok resepi..







Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum

2 s/besar tepung jagung
2 cawan labu lecek
2 biji telur
1 cawan gula
1 3/4 cawan santan
2 sudu besar butter/ minyak sapi
1 s/teh esen vanila
secubit garam
sedikit bijan

Caranya:

  1. Bersihkan labu. Rebus empuk. Setelah empuk toskan airnya.
  2. Lecek labu hancur. Boleh juga jika hendak menggunakan pengisar makanan.
  3. Setelah siap,pukul gula bersama telur dengan menggunakan whisk sebentar.
  4. Masukkan tepung tepung,minyak sapi,santan,esen vanila dan garam. Kacau sebati.
  5. Apabila adunan telah sebati campurkan labu yang telah dilecek bersama.
  6. Kacau dan tuang dalam acuan yang telah digriskan dengan mentega.
  7. Tabur bijan..Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 1jam dengan menggunakan suhu 200c atau mengikut kepanasan oven masing masing.
  8. Cucuk bingka menggunakan lidi. Jika tiada lagi tepung yang melekat padanya bolehlah diangkat.
  9. Potong kuih apabila telah betul betul sejuk..

Jumaat, 4 April 2014

Donat Coklat

Donat coklat yang lembut gebu dilimpahi pula dengan topping coklat dan ditaburi coklat rice lagi..Tiada siapa mampu menolaknya. Tambahan lagi apabila diberi pada anak-anak. Sebenarnya ingat nak buat donat ni bila dah beli tepung roti nanti. Tapi disebabkan tekak ni dah mengidam sangat nak makan donut,hentam ajelah guna tepung gandum dan tanpa bread improver. Alhamdulillah..molek juga kejadiannya..





Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 s/besar marjerin
2 s/besar susu pekat
1/2 cawan air +/-
1 s/besar yis mauripan}rendam dengan 1/2 cawan air suam 
2 s/besar gula             }
coklat masakkan dan coklat rice secukupnya

Cara-cara:
  1. Campur tepung,marjerin,susu dan pekat. Gaul sebati.
  2. Setelah sebati, tuang sedikit demi sedikit air dan uli hingga mendapat doh yang lembut dan licin
  3. Ambil doh, simpan dalam besen dan tutup dengan kain lembap. Biarkan hingga doh naik sekali ganda lagi. Kurang lebih dalam masa 1 jam.
  4. Apabila doh telah naik,tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
  5. Ambil sedikit doh buat bulat-bulat mengikut saiz yang diingini. Buat sampai habis
  6. Bentukkan menjadi donat. Cik t guna tangan saja sebab nak cepat. Sebab tulah rupanya macam tayar tak cukup angin..kih...kih..kih..
  7. Setelah siap dibentuk, letakkan diatas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga habis. 
  8. Setelah semua doh habis dibentuk ,panaskan minyak. Ambil doh yang pertama sekali dibentuk dan goreng dengan api sederhana kecil. Ikut turutan sewaktu mengambil doh agar yang kemudian dibentuk dapat mengembang sedikit. Jika dibiarkan doh yang telah siap dibentuk terlalu naik, ini akan menyukarkan prose sewaktu hendak mengangkat doh untuk digoreng.
  9. Sejukkan dahulu donat yang telah digoreng. Kemudian bolehlah dicelup dengan coklat yang telah dicairkan dan ditabur dengan coklat rice.

Isnin, 3 Februari 2014

Kuih Bakar Daging Warisan Versi Sukatan

Salam hormat pembaca semua. Dulu Cik t pernah kongsikan resepi ini disini tetapi tiada sukatan yang tepat dapat Cik t berikan pada waktu itu. Tapi kali ni insyallah Cik t akan berikan resepi yang telah Cik t catat sukatannya ketika membuatnya tempoh hari. Dapat juga dijadikan rujukan buat Cik t nanti. Kuih warisan ni memang tak dapat disangkalkan lagi keenakkannya. Bagi yang ingin mencuba doa Cik t mengiringi lagkah anda. Selamat mencuba dan berjaya.





yummyy..

 Bahan inti :

300g daging dipotong kiub-kecil22 bj bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 s/besar serbuk kari
    sedikit air

1. Tumbuk bawang kecil,bawang putih dan halia lumat. Tumis hingga naik bau.
2. Masukan rempah kari.tumis hingga pecah minyak. Masukan pula daging. Kacau sebati.biar seketika.
3. Masukkan sedikit air. Masak hingga daging empuk dan kering sedikit. Ketepikan.

bahan inti dan bahan untuk ditabur

Adunan tepung :

2 1/2 cawan tepung
600ml santan- Cik t ambil dari 1/2 biji kelapa
4 biji telur- gred A
1 s/besar jintan manis- rendam seketika
sedikit garam

Cara membancuh:

1. Masukkan tepung,telur,garam dan juga santan ke dalam blender. Kisar hingga adunan sebati.
2. Setelah sebati tuang adunan kedalam jug untuk memudahkan adunan tepung dituang ke dalam periuk acuan dan masukkan jintan manis yg direndam seketika tadi. Kacau sabati.
3. Satu adunan dapat menghasilkan tiga biji kuih.



sukatan minyak yang diperlukan


setelah semua bahan diletakkan


proses memasak


Cara menyediakan kuih:

1. Panaskan minyak dalam acuan kuih bingka. Agak2 minyak dapat meneggelami adunan tepung tadi. Eh,satu lagi nak pesan jangan lupa alaskan acuan dengan besi pengalas yang sedia ada tu. Untuk mengelakkan kuih cepat hangit.
2. Setelah minyak panas, tuang adunan tepung tadi. Agak2 lah
jgn terlalu tebal/nipis.
3. Sudukan inti tadi mengelilinggi kuih mengikut selera.
4. Tabur daun sup/bawang. Tak lupa juga cili merah tadi. Setelah siap tutup acuan menggunakan penutupnya sendiri.
5. Masak api sederhana. Kurang lebih 7-8 minit atau hingga bahagian bawahnya sedikit garing.
6. Dengan kemahiran dan bakat yang anda ada, dengan menggunakan 2 batang sudip angkat dan keluarkan kuih dengan cermat. Takut terpatah 2 da x jadi cam pizza. ^-^..

Selamat mencuba..

Sabtu, 11 Januari 2014

Bingka Kacang Hijau

Salam hormat semua. Petang2 gini kalau dapat sepotong kuih bingka kacang hijau ni bersama secawan teh panas alagkah nikmatnya. Cuba bayangkan.. a'..a'..a'..aaa...', ada yang dah tertelan air liur tu.  Kalau gitu kena la rajin2kan diri ke dapur ya. Kalau ngadap laptop je alamatnya dapat tengok gambar je la.

Cik t buat kuih ni petang semalam. Lepas awal2 pagi lagi dah ternampak kak yatie kita tayang kuih bingka kacang hijau ni. Tak baik tau kak,buat meleleh air liur je. Tu yang terus je terasa nak buat. Kebetulan pula memang dah dua tiga hari ni dok pikir apalah nak dibuat dengan kacang hijau baki dari projek sains sekolah anak bujang tu. Biasalah eksperiment yang paling tip top dari dulu sampailah sekarang,semai pokok tauge.

Bagi yang nak merasa keenakan kuih ni, rajin-rajinlah ke dapur ya. Dan tak sangka pula kali ni mendapat sambutan dari suami dan anak-anak. Kalau sebelum-sebelum ni tukang buatlah yang jadi mangsa kena perabis. Resepi dari dapur popular, kak yatie. Untuk gambar yang lebih menggiurkan,jemput-jemputlah ke dapur beliau. Pasti anda pun akan tergoda. Minta diizin copy resepi ya kak dan terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap sangat  nih. Cuma ada sedikit perubahan iaitu saya guna loyang 8x8 agar kuih lebih tinggi dan tidak menggunakan perisa pandan tetapi masukkan 2-3 helai daun pandan ketika mengacau pekat kuih. Selamat mencuba.



Bahan-Bahan- (loyang 9x9 inci atau acuan pecah 8)

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • 2 cawan kacang hijau yg telah di rebus- (bahagi dua)
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kcng hijau dan kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan 1 cwn kacang hijau yg tidak di kisar tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Ahad, 27 Oktober 2013

Kuih Bakar Daging Resepi Warisan


Menu tradisi keluarga. Suka buat kuih ni sebab gerenti licin pinggan setiap kali  membuat.
Kalau bagi kat jiran2 pula ada yang kata 'macam pizza la kuih ni'.. Kira bole dikategorikan sebagai pizza melayu la ni. Hehee. Bagi penggemar daging bole la mencubanya.. Jom layan resepi.


Bahan inti :
300g daging dipotong kiub-kecil2
2 bj bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 s/besar serbuk kari
    sedikit air

1. Tumbuk bawang kecil,bawang putih dan halia lumat. Tumis hingga naik bau.
2. Masukan rempah kari.tumis hingga pecah minyak. Masukan pula daging. Kacau sebati.biar seketika.
3. Masukkan sedikit air. Masak hingga daging empuk dan kering sedikit. Ketepikan.

Adunan tepung:
tepung gandum
1 biji kelapa
6 biji telo
1 s/besar jintan manis-rendam seketika
garam

1. Masukkan tepung,telo,garam dan juga santan dari sebiji kelapa tadi ke dalam blender.agak2 la ye tepung tu jgn terlalu banyak. Masukkan dalam 2 cawan dulu. Jika cair tambah sedikit lagi. Buat kuih ni memang tak pernah sukat. Maklumla kuih orang2 lama,campak2 je jadi. Magikkan.
2. Setelah adunan sebati tuang dalam mangkuk dan masukkan jintan manis yg direndam seketika tadi. Kacau sabati.
3. Satu jug blender adunan tepung diatas dapat menghasilkan 3 biji kuih.

Bahan untuk tabur atas kuih:
daun sup
daun bawang
cili merah
hiris kesemua bahan

Cara menyediakan kuih:
1. Panaskan minyak dalam acuan kuih bingka. Agak2 minyak dapat meneggelami adunan tepung tadi. Eh,satu lagi nak pesan jangan lupa alaskan acuan dengan besi pengalas yang sedia ada tu. Untuk mengelakkan kuih cepat hangit.
2. Setelah minyak panas, tuang adunan tepung tadi. Agak2 lah
jgn terlalu tebal/nipis.
3. Sudukan inti tadi mengelilinggi kuih mengikut selera.
4. Tabur daun sup/bawang. Tak lupa juga cili merah tadi.setelah siap tutup acuan menggunakan penutupnya sendiri.
5. Masak api sederhana. Kurang lebih 7-8 minit atau hingga bahagian bawahnya sedikit garing.
6. Dengan kemahiran dan bakat yang ada dengan menggunakan 2 batang sudip angkat dan keluarkan kuih dengan cermat. Takut terpatah 2 da x jadi cam pizza. ^-^..

7. Letak atas pinggan yang dialas dengan tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Selamat mencuba.......