Jumaat, 25 April 2014

Laksam lagi..

Laksam ni buat Sabtu lepas atas permintaan anak bujang pula. Kebetulan ayahnya tak ada di rumah, molek sangatlah tu. Satu hari kami pulun makan laksam saja. Cik abang Cik T ni bukannya penggemar laksam. Kalau buat sikit pun dia tak toleh. Jadi memang sesuai sangatlah buat time gini. Sakan sungguhlah kami makan. Cik t copy resepi ni dari sini saja, yang sebelum ni pernah Cik t buat.



Bahan tepung:
1 bungkus tepung beras- guna cap teratai lagi molek hasilnya
2 s/b tepung gandum
air secukupnya

Bahan kuah:
7-8 ekor ikan sardin
1.5 liter santan
4-5biji bawang kecil
1/2 inci halia
1s/b lada hitam
4 keping asam keping
garam secukup rasa


Jom masak..

Bahan tepung:
1.Panas kukusan.sapu tudung periuk@loyang dengan minyak masak.
2.Bancuh tepung cair dengan air secukupnya.kacau sebati.
3.Masukkan tudung periuk@loyang tadi ke dalam periuk kukusan.
4.Tuang sedikit adunan ke atas tudung periuk.kukus hingga masak.
5.Setelah masak gulung tepung tadi.ulang hingga habis.

Bahan kuah:
1.Rebus ikan bersama 2 keping asam dan sedikit garam hingga masak. Air jagan terlalu banyak.
2.Asingkan tulang.setelah siap tumbuk isi ikan bersama bawang,halia dan lada hitam.
3.Masukkan ke dalam periuk.Masukan juga santan dan baki 2 keping asam tadi.
4.Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.

Sambal lada kering:
10 tangkai lada kering direndam
1biji bawang kecil
1inci belacan

Cara2
Tumbuk semua bahan lumat. Siap sudah..

Ulam-ulaman:
timun -potong dadu kecil
kubis                      }
kacang panjang      }hiris
sedikit daun kesum }

Potong semua ulam-ulaman tadi. Sedia dihidang. Seedaaapppp.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan