Ahad, 6 April 2014

Bubur Candil Jagung Santan Susu Berkastard

Amboiii!!!! panjangnya nama bubur Cik t ni. Nasib baiklah itu saja bahan-bahannya. kalau ada tambah bahan lagi, lagi panjanglah nama bubur ni gamaknye..Kikiki..

Bagi sesiapa yang suka makan bubur segini tetapi tidak mahu menggunakan terlalu banyak santan, bolehlah mencuba bubur candil jagung santan susu berkastard Cik t nih. Namanya saja yang panjang,membuatnya tidak lah sesukar mana. Jom cek resepi...





Bahan-bahan:
(periuk 3.5 liter)
  
1 batang jagung-saiz besar
1/2 biji kelapa
150ml susu cair
3 s/d makan sagu biji
1 s/d makan tepung kastard 
gula secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan
Air secukupnya


Bahan candil:
  
1 cwn tepung pulut
2 s/d makan tepung gandum
sedikit air
pewarna pilihan

  • Campur tepung-tepung. Masukkan air sedikit-sedikit,uli hingga mendapat doh seperti membuat buah melaka. Cuma dilembutkan sedikit. Asingkan mengikut warna pilihan. 
  • Ambil doh bulat-bulatkan kecil dan direbus dalam air mendidih.
  • Apabila doh naik terapung, angkat menggunakan penapis dan masukkan kedalam bekas yang berisi air agar doh tidak melekat. Ketepikan.

Cara membuat bubur:
  1. Potong biji jagung dari batangnya. Masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan kelapa kedalam mesin pengisar untuk mendapatkan santan, tambah sedikit air. Ambil dua kali santan dari kelapa tersebut. 
  3. Tuang santan ke dalam periuk yang berisi jagung. Masukkan daun pandan yang telah disimpul.
  4. Masak atas api sederhana. 
  5. Masukkan juga susu cair,sagu biji,gula dan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemaknya.
  6. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuang ke dalam adunan tadi.
  7. Kacau sentiasa agar santan tidak pecah minyak.
  8. Padamkan api apabila mendidih. Sedap dimakan sejuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan