Jumaat, 25 April 2014

Bihun Sup Tumis Air

Salam kasih semua..bihun ni bagai sudah serasi dengan selera tekak Cik t ni. Suka sangat makan bihun ni. Sejak dari kecil lagi bonda kami sering menyediakan masakan ini dikala kami kurang sihat. Dan begitu juga jika beliau sendiri tidak sihat. Bonda lebih gemar jika menggunakan mee sua jika membuat resepi ini.
Kini giliran Cik t pula menyediakannya untuk anak-anak. Bagaikan mewarisi selera mamanya,anak-anak pun amat menggemari bihun sup ini. Amat mudah membuatnya. Yang tak pandai masak pun kalau buat gerenti sedap punya.




Bahan-bahan:
1 keping bihun
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis
2 biji telur
lada sulah secukupnya
garam secukupnya
1 1/2 liter air
bebola ikan secukupnya
sayur kegemaran

Cara-cara:
  1. Tumbuk lumut bawang merah,bawang putih dan ikan bilis.
  2. Panaskan kuali/ periuk. Tuang sedikit minyak dan tumis hingga naik bau.
  3. Tuangkan air. Biar mereneh.
  4. Masukkan bihun. Biar hingga lembut sedikit.
  5. Pecahkan telur. Masukkan sayur dan bebola ikan, biarkan hingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  7. Sedap dihidangkan panas.
  8. Selamat mencuba.

Laksam lagi..

Laksam ni buat Sabtu lepas atas permintaan anak bujang pula. Kebetulan ayahnya tak ada di rumah, molek sangatlah tu. Satu hari kami pulun makan laksam saja. Cik abang Cik T ni bukannya penggemar laksam. Kalau buat sikit pun dia tak toleh. Jadi memang sesuai sangatlah buat time gini. Sakan sungguhlah kami makan. Cik t copy resepi ni dari sini saja, yang sebelum ni pernah Cik t buat.



Bahan tepung:
1 bungkus tepung beras- guna cap teratai lagi molek hasilnya
2 s/b tepung gandum
air secukupnya

Bahan kuah:
7-8 ekor ikan sardin
1.5 liter santan
4-5biji bawang kecil
1/2 inci halia
1s/b lada hitam
4 keping asam keping
garam secukup rasa


Jom masak..

Bahan tepung:
1.Panas kukusan.sapu tudung periuk@loyang dengan minyak masak.
2.Bancuh tepung cair dengan air secukupnya.kacau sebati.
3.Masukkan tudung periuk@loyang tadi ke dalam periuk kukusan.
4.Tuang sedikit adunan ke atas tudung periuk.kukus hingga masak.
5.Setelah masak gulung tepung tadi.ulang hingga habis.

Bahan kuah:
1.Rebus ikan bersama 2 keping asam dan sedikit garam hingga masak. Air jagan terlalu banyak.
2.Asingkan tulang.setelah siap tumbuk isi ikan bersama bawang,halia dan lada hitam.
3.Masukkan ke dalam periuk.Masukan juga santan dan baki 2 keping asam tadi.
4.Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.

Sambal lada kering:
10 tangkai lada kering direndam
1biji bawang kecil
1inci belacan

Cara2
Tumbuk semua bahan lumat. Siap sudah..

Ulam-ulaman:
timun -potong dadu kecil
kubis                      }
kacang panjang      }hiris
sedikit daun kesum }

Potong semua ulam-ulaman tadi. Sedia dihidang. Seedaaapppp.....


Khamis, 24 April 2014

Spagheti Timur Barat Terjun

Baca tajuk je mesti da tau kan ni mesti resepi merapu. Walaupun merapu licin. Sedap anak2 puji.
Kisahnya di suatu petang yang dingin dan gelap ketika itu hujan hampir turun. Biasalah dikala waktu begini mud lapar pun cepatlah sampai. Disebabkan boring yang melampau(nak tengok tv ujan2 ni jangan haraplah nak dapat chanel) Cik t pun merajinkan dir ke dapur. Buka saja pintu kabinet ternampaklah spegheti.
Manfaatkan dari apa yang ada kat dapur tu, maka terhasillah resepi merapu tetapi sedap ni.




Bahan-bahan:

secekak spegheti kering
1/2 cawan sos cili- sos tomato da abis
2 s/besar cili mesin
3 biji bawang merah
1ulas bawang putih 1 helai daun limau purut
1/2 biji capsicum
3 keping keju
sosej secukupnya
garam



Caranya..

  1. Rebus empuk spegheti bersama garam dan sedikit minyak. Setelah lembut angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. 
  3. Setelah agak garing masukkan cili mesin. Tumis lagi hingga garing
  4. Masukkan sos.kacau sebentar.masukkan sosej yang telah dipotong kecil serta garam. Biarkan seketika.
  5. Masukkan spegheti dan kacau. masukkan pula keju dan daun limau yang telah dicincang halus. Kacau lagi. 
  6. Akhir sekali masukkan capsicum.kacau sebentar. Padamkan api.

Kek Karamel

Assalamualaikum semua.. suatu ketika dulu sewaktu wabak kek karamel ni menular memang dasyat penangannya. Sana sini masing-masing sibuk menayangkan hasil tangan yang dihasilkan. Tak ketinggalan juga Cik t pada masa tu. Tapi disebabkan masa tu tak de blog lagi, buat sendiri tayang pada diri sendiri sajalah.
Dan pada waktu itu kerap juga Cik t menerima tempahan membuat kek karamel ni. Tapi bila lahir saja si kecil Dhiya,semuanya stop. Ade pembantu pun susah juga ya. Belum sempat kita buat apa2, dia dulu pegang barang kat dapur. Kite baru bangun nak ke dapur dia da sampai dulu.

Jika diberi pilihan antara membuat kek karamel dan kek marbel, Cik t lagi senang menghasilkan kek karamel ni. Kerana bahan yang digunakan tidak menggunakan mentega seperti membuat kek marbel yang mana haruslah rajin mencuci peralatan yang berminyak diakhirnya nanti. Tetapi disebabkan tekak ni lebih menggemari kek marbel, berminyak ke tidak bila da teragak nak makan buat juga la.

Empunya resepi tak asing lagi adalah dari puan Munirah Baharom. Jika terdengar saja nama beliau pasti dalam kepala dah terbayang kak karamelkan. Cuma disini Cik t sudah menukarkan sukatan timbangan kepada sukatan cawan bagi memudahkan kerja Cik t. Bagi yang kurang faham tu timbang ajelah macam biasa ya. Dan sedikit tambahan pada bahan karamelnya.




(loyang 7/8 inci)
Bahan bahannya:

Gula Hangus:
2 1/2 sudu besar gula pasir 

Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.Ratakan gula dengan menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. 


 Adunan Karamel:
1 tin susu cair 
70 gram gula castor = 1 cup yang berisipadu 50ml + 2 cup yang berisipadu 15ml
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 s/besar tepung jagung
Kacau manja semua bahan hingga gula larut. tapis dan tuang ke atas gula karamel. Ketepikan

Adunan Kek:
70 gram gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
140 gm tepung gandum = 2 cup yang berisipadu 125ml
1 sudu teh baking powder

Cara-Cara:
  1. Pukul kuning telur, minyak dan air sampai gebu dan kembang.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
  4. Masukan sikit-sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga semuanya sebati.
  5. Ketepikan.
Bahan Meringue:
6 biji putih telur - pastikan tiada tercampur sedikit pun kuning telur
70 gram gula castor
1 sudu teh serbuk cream of tartar

p/s: Untuk memudahkan kerja,buat adunan meringue dahulu kemudian baru adunan kek.

Cara-Cara:

  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul hingga berbuih.
  2. Masukkan gula,cream tatar dan pukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan betul- betul kembang.- Jika diterbalikkan bekas adunan tak akan tumpah.
  3. Cedok sedikit-sedikit adunan tepung dan gaul secara kaup balik ke dalam adunan meringue.
  4. Buat hingga habis.
  5. Setelah siap, bahagikan mengikut warna pilihan.
  6. Cedok 2 sudu besar adunan tepung dan letakkan di atas adunan karamel. Adunan akan menjadi terapung dan bergerak sedikit.
  7. Buat berselang seli dengan warna yang ada hingga habis.
  8. Setelah siap bakar pada suhu 165c selama 50 minit menggunakan kaedah steam bath(loyang diletakkan dalam bekas/loyang yang lebih besar dan diisi dengan air panas). Bakar seperti biasa.
  9. Sejukkan dahulu sebelum kek di terbalikkan dan diletakkan di atas redai agar air gula tidak akan bertakung.
  10. Selamat mencuba.Makan sejuk lagi sedap!!!

Puding Karamel

Puding karamel ni kegemaran cik abang Cik t. Anak dara Cik t pun x kalah dengannya. Cik t pun suka juga tapi bila memikirkan kandungan telur didalamnya jadi perlahan la sikit tangan menceduknya.
Kalau buat puding ni Cik t suka guna resepi yang kurang penggunaan telur.
Makan sejuk-sejuk sedap sangat nih..Ummm....




(loyang 8x8 inci)
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
3/4 tin susu pekat
2 s/besar tepung kastard/ jagung
5 biji telur
1 s/teh esen vanila
50 ml air

Untuk gula hangus:
8-10 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Caranya:
  1. Taburkan gula dalam loyang. Masak atas api perlahan hingga gula menjadi hangus. 
  2. Apabila telah hangus, tuangkan air dan kacau laju supaya sebati. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain,campurkan semua bahan. Kacau manja hingga sebati. 
  4. Setelah semuanya larut tapis adunan dan tuang ke dalam loyang berisi gula karamel tadi.
  5. Tutup dengan aluminium foil dan kukus api sederhana kurang lebih 35-40 minit.
  6. Apabila telah masak, sejukkan dahulu baru diterbalikkan. Takot puding akan rosak jika diterbalik panas.
  7. Sedap dihidang sejuk.
  8. Selamat memcuba...



                      


                                   

Selasa, 22 April 2014

Tart Nenas

Salam sejahtera semua.. Tengok tart ni jangan salah anggap ya. Ini bukan biskut sampel atau biskut percubaan Aidil Fitri tau. Maklumlahkan kurang lebih 2 bulan saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Pastinya bagi yang ingin menambah pendapatan sampingan dengan menjual biskut raya, sudah ramai yang telah mengedarkan biskut-biskut contoh untuk dipromosikan.Cik T buat biskut pula kerana ingin memenuhi permintaan anak dara Cik T yang menurun perangai mamanye yang suka sangat makan tart nenas..Ya la kan,mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi..

Kami ni boleh di kategorikan juga sebagai penggemar no 1 tart nenas ni. Tiap kali raya kompom mesti buat punye. Tak de baju raya x pe, jangan kueh tart yang tak de.
Satu lagi perangai buruk tentang kueh tart ni, kalau pergi raya rumah orang mesti cari kueh tart dulu.Kalau sedap lagi laju la tangan ni mencekup sebiji- sebiji kueh tart dalam balangnya. Tak kira dah kat rumah orang ke kat mana. Asalkan dapat makan. Ish ish ish..buruk sunguh perangai.

Antara tart terap dan tart gulung pula yang menjadi pilihan hati Cik T,semestinya tart terap. Bagi Cik T tart yang menggunakan acuan terap lagi enak rasanya. Padahal resepinya sama saja. Mungkin tart yang menggunakan acuan terap ni lebih garing hasilnya selepas dibakar. Dan lagi satu, jika membuat tart terap ni kebiasaanya Cik T hanya menggunakan majerin biasa sahaja. Jika membuat tart bergulung pula,barulah Cik T akan menggunakan butter. Disebabkan mamanya suka yang terap dan anaknya pula sukakan yang bergulung terpaksalah buat kedua-duanya.

Menghasilkan tart terap ni renyah sedikit kerjanya. Part membuat jaluran dibahangian atas inti amatlah rumit. Mungkin disebabkan itulah kuet tart yang berbentuk terap ini jarang didapati sekarang. Bagi penggemar kueh tradisi ni, di sini Cik T kongsikan tips untuk membuat jaluran dibahagian atas kueh dengan lebih mudah dan cepat. Tapi sebelum tu maaflah ya,kualiti gambar kurang memuaskan, guna handphone je. Kamera cik abang dah kidnap, bawa out station ke Jordan.





Bahan tepung:
250 g mentega
340 g tepung gandum
40 g tepung susu
20 s tepung jagung
1 biji kuning telur
1 s/d teh esen vanila
* 20 g gula icing jika mahu-cik t tak letak
*jika menggunakan unsalted butter tambahkan sedikit garam

Caranya:
  1. Putar mentega dan gula icing(jika guna) kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Putar sebentar.
  3. Masukkan bahan tepung. Adun sebati.
  4. Setelah doh terbentuk, terap atau paipkan adunan .
  5. Jika membuat tart gulung sapu bahagian atas kueh dengan kuning telur.
  6. Bakar 160c 25 minit.
Jika membuat tart terap tak perlulah memukul mentega dan telur. Hanya masukkan semua bahan dalam bekas dan adun sebati. Siap untuk diterap.

Bahan inti:
1 mangkuk nenas
3/4 mangkuk gula
sedikit kulit kayu manis.

Cara penyediaan:
  1. Parut atau blender nenas yang telah dibuang kulitnya. Jika menggunakan blender jangan mengisi terlalu banyak air. Cukup 1/2 cawan air sahaja untuk memudahkan proses mengisar.
  2. Tuang nenas yang telah siap diparut atau blender ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk memudahkan  penyukatan gula nanti. Dan jika menggunakan blender, jangan lupa sewaktu menyukat keluarkan kembali 1/2 cawan yang telah dimasukkan. Jangan dibuang airnya,setelah siap disukat nenas dan gula, tuang kesemuanya termasuk kayu manis ke dalam periuk masak hingga airnya kering.
  3. Setelah kering masukkan gula. Kacau selalu dengan menggunakan api sederhana kecil. 
  4. Setelah kelihatan agak pekat tutup api. Jangan sampai adunan menjadi terlalu kering kerana setelah sejuk inti akan mengeras dengan sendirinya kerana kandungan gula yang terdapat didalamnya.
  5. Jika setelah sejuk inti masih cair dan sukar untuk dibentukkan kacau sebentar atas api. Dan jika adunan terlalu keras pula, letakkan diaatas api kacau dan masukkan sedikit air.
  6. Memasak inti tart nenas ni memang memerlukan sedikit kesabaran. Selalunya Cik T pun akan mengalami situasi kerja dua kali, samaada inti terlalu cair atau keras. Kalau nak mudah, beli saja dikedai.


inti yang telah dibulat-bulatkan
canai doh nipis dan potong mengikut saiz panjang yang diingini
menggunakan scraper potong sedikit doh tadi
angkat dan letakkan terus di atas inti tart 

selamat mencuba..



Selasa, 15 April 2014

kek marbel cappucino


Salam sejahtera...Kek marbel lagi. Dah namanya pun hantu kek marbel,berbagai-bagai perasalah hendak dicuba .Kali giliran cappucino pula. Sedap sangat kek ni dengan aroma dan rasa cappucinonya.. Pasti akan ada ulangan lagi nanti. Bagi yang mahu mencuba dipersilakan.


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum     )
1 sudu teh baking powder  ) ayak bersama
1 1/4 cawan gula pasir dimesin halus
1 3/4 cawan mentega6 biji telur
2-3 sudu besar cappucino emulco
1 sudu teh esen vanila
2 titik esen pisang
pewarna kuning



 Cara mengadun..
  1. Putar mentega dan gula hingga betul2 kembang.
  2. Masukkan sebiji telur. Putar hingga betul2 sebati baru masukkan sebiji lagi. Ulang hingga habis.
  3. Masukkan pula susu dan esen vanila. Putar sebentar.
  4. Setelah sebati cedok sedikit2 tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Putar perlahan.Nak guna tangan pun boleh.
  5. Bahagi dua bahagia. Tambahkan cappucino emulco satu bahagia. Satu bahagian lagi  dicampurkan pewarna kuning dan 2 titik esen pisang.
  6. Kacau sebati dan masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega dan ditabur tepung. Marbelkan mengikut citarasa
  7. Bakar 180c selama 50 minit menggunakan api bawah. Cucuk ngan lidi kalau tak masak lagi,tambahkan sedikit masa lagi.

Kek Gula Hangus Lembap

Assamualaikum semua..kalau dulu nampak kek ni sebelah mata pun Cik t tak pandang. Tapi tu duluuu...sekarang ni kalau sebiji ni Cik t sorang je yang habiskan. Tu la,dulu eksen sangat, da terkena sumpahan kek gula hangus baru padan muka. Kikiki

Gini kejadiannya, bermula dua tahun lepas, di majlis kenduri kahwin adik Cik t yang bongsu. Ada la emak saudara sebelah suami kakak Cik t yang sulung sedekahkan kek ni. Entah macam mana agaknya boleh terpanggil nak merasa kek ni. Bukannya sebelum ni Cik t tak pernah makan langsung kek gula hangus ni. Mungkin kek yang pernah Cik t makan tu rasanya agak keras dah lebih kepada kenyal. tu yang terus black list kek ni. Tapi bila merasa saja kek yang emak saudara kakak Cik t ni bagi terus jatuh cinta.

Sedap. Keknya lembut lembap dan tak lah rasa kenyal macam yang pernah Cik t makan dulu. Hinggakan saudara yang datang dari Kedah dan N.9 pun siap minta tapau.. Memang sedaplah keknya. Hinggakan teringat-ingat,angauCik t dibuatnya. Dasyat sungguh penangan kek tu. Kalau nak rasa kena la buat sendiri ya. Disini Cik t sertakan resepinya.





Bahan-bahan:
5 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak - cik t guna sunflower oil
1 s/d teh soda bikarbonat
1 s/d teh esen vanila

1 cwn gula pasir
1cwn air
1/2 cwn mentega

Caranya:

  1. Masak gula hingga perang dengan api yang kecil. Setelah gula cair dan menjadi keemasan, dengan perlahan lahan tuang air. Hati-hati gula hangus boleh memercik sewaktu melakukan proses ini.
  2. Kacau dengan cepat supaya gula tidak membeku. Masukkan mentega. Ketepikan.
  3. Dengan menggunakan whisk pukul sebentar telur bersama esen vanila. 
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
  5. Masukkan susu pekat dan minyak jagung. Kacau rata.
  6. Tuang dalam loyang. Kek ni tak perlu diperap bagai. Terus bakar je. Kalau nak perap juga sejam pun sudah memadai. Tak payan nak tungu 3-4 jam.
  7. Bakar 40-45 minit atau hingga masak dengan suhu 180c.
  8. Selamat mencuba...

Jumaat, 11 April 2014

Agar Agar Milo Cheese Lagi...

Salam hormat semua..Cuaca panas-panas sekarang ni kalau dapat menikmati agar-agar yang sejuk gini gerenti menari-nari anak tekak dalam mulut keriangan. Buat agar-agar ni sekejap aje abis. Ini saja gambar yang sempat dirakam. Itu pun nasib baik sempat.

Masih menggunakan resepi yang pernah Cik t buat sebelum ini disini. Jom cuba..Rugi tak rasa.







 Adunan cheese:
1 s/b agar2 serbuk
1/2 cwn gula
5 keping keju 
300ml air
1tin susu cair

Cara-cara:
1. Masak agar2 bersama 300ml air.
2. Dalam bekas lain cairkan keju bersama susu cair menggunakan api perlahan.
3. Apabila agar2 sudah larut masukkan gula. Masukkan juga adunan keju tadi.
4. Kacau sebentar. Padamkan api.
5. Tuang atas adunan milo tadi.

Adunan milo:
2 s/b agar2 serbuk
1 1/2 cwn milo         
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
400ml santan pekat
1 liter air

Jom masak..
1. Masak agar2 bersama 1 liter air.
2. Apabila agar2 sudah larut,masukkan santan,milo,gula& susu pekat.- Masak api perlahan.
3 .Setelah adunan mendidih tutup api dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian dituang ke dalam loyang.apabila permukaan atas menjadi sedikit mengeras,perlahan-lahan tuangkan adunan keju.(kat atas ni kes x sabar la tu yang jadi cam tu)
5. Ulang cara yang sama pada baki adunan milo tadi. Pastikan adunan milo panas supaya dapat melekat dengan adunan cheese.

Ahad, 6 April 2014

Bubur Candil Jagung Santan Susu Berkastard

Amboiii!!!! panjangnya nama bubur Cik t ni. Nasib baiklah itu saja bahan-bahannya. kalau ada tambah bahan lagi, lagi panjanglah nama bubur ni gamaknye..Kikiki..

Bagi sesiapa yang suka makan bubur segini tetapi tidak mahu menggunakan terlalu banyak santan, bolehlah mencuba bubur candil jagung santan susu berkastard Cik t nih. Namanya saja yang panjang,membuatnya tidak lah sesukar mana. Jom cek resepi...





Bahan-bahan:
(periuk 3.5 liter)
  
1 batang jagung-saiz besar
1/2 biji kelapa
150ml susu cair
3 s/d makan sagu biji
1 s/d makan tepung kastard 
gula secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan
Air secukupnya


Bahan candil:
  
1 cwn tepung pulut
2 s/d makan tepung gandum
sedikit air
pewarna pilihan

  • Campur tepung-tepung. Masukkan air sedikit-sedikit,uli hingga mendapat doh seperti membuat buah melaka. Cuma dilembutkan sedikit. Asingkan mengikut warna pilihan. 
  • Ambil doh bulat-bulatkan kecil dan direbus dalam air mendidih.
  • Apabila doh naik terapung, angkat menggunakan penapis dan masukkan kedalam bekas yang berisi air agar doh tidak melekat. Ketepikan.

Cara membuat bubur:
  1. Potong biji jagung dari batangnya. Masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan kelapa kedalam mesin pengisar untuk mendapatkan santan, tambah sedikit air. Ambil dua kali santan dari kelapa tersebut. 
  3. Tuang santan ke dalam periuk yang berisi jagung. Masukkan daun pandan yang telah disimpul.
  4. Masak atas api sederhana. 
  5. Masukkan juga susu cair,sagu biji,gula dan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemaknya.
  6. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuang ke dalam adunan tadi.
  7. Kacau sentiasa agar santan tidak pecah minyak.
  8. Padamkan api apabila mendidih. Sedap dimakan sejuk.


Jumaat, 4 April 2014

Bun Sosej

Salam semua. Ini adalah bun pertama yang Cik t hasilkan dan alhamdulillah hasilnya sangatlah menggembirakan hati. Maklumlah sebelum2 ni memang tak pernah pun cuba untuk meroti ni . Sebenarnya macam tak percaya pun ada bila tengok hasil bun yang dibuat menjadi dengan jayanya.. Eh! betul ke aku yang buat bun nih? Memang tak percaya sangat dengan hasil kejadian bun tu. Dan macam mana naiknya roti tu macam tu jugak la perasaan Cik t ni apabila mendapat pujian dari mereka yang memberikan komen hee..Suka sangat- sangat ( *_*'

Ribuan terima kasih dari Cik t kepada kak zalinzalina yang sudi berkongsi resepi roti yang sangat-sangat sedap dan lembut ni. Hasinya memang macam roti yang beli kat kedaii...yang paling gembira tentulah anak-anak.  Ya la,anak kecil mana yang tak suka pada bun sosej sebegini. Dan kita sebagai ibu pun akan merasa sangatlah seronok apabila melihat anak-anak makan dengan seleranya.. Resepi ni diambil dari empunya resepi, Kak lin. Terima kasih sekali lagi ya kak. Untuk memahami dengan lebih mudah cara menguli dan membentuk doh, silalah ke dapur kak lin ya. Bun-bun yang dihasilkan pun sangat-sangatlah gebu..


bun terlajak bakar

bun yang sama tetapi dihari yang berbeza

Bahan-bahan:
250gram tepung roti /high protin
50 gram Margerin 
50 gram gula castor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)
 sedikit bijan untuk ditabur







Cara-caranya:
  1. Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan yis naik sedikit.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam satu bekas. Gaul mesra semua bahan.
  3. Tuang campuran yis ke dalam tepung tadi. Gaul rata dan uli kurang lebih 5 minit.
  4. Masukkan doh yang telah diuli kedalam bekas dan tutup menggunakan plastik selama 30 minit atau sehingga doh kembang sekali ganda.
  5. Setelah doh menggembang ambil sedikit doh bulat-bulatkan.  Seperti Kak lin,Cik t juga menimbang 25gram setiap satu untuk mendapatkankan sebanyak 20 biji bun sosej.
  6. Ambil seketul doh canai sedikit dan letakkan kan sosej yang telah dipotong dua. Balut kemas sosej dengan menggunakan doh. Seperti yang telah Cik t beri tau kat atas tadi, untuk lebih memahami step ni silalah ke dapur Kak lin ya. Nak tengok bun versi lilit pun ada.  Comel-comel je bun nya.
  7. Setelah siap letakkan atas loyang dan taburkan bijan. 
  8. Biarkan adunan mengembang sekali lagi. Tutup bun dengan plastik atau bekas agar doh dapat kembang dengan cantiknya. Biarkan selama 1 jam.
  9. Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama kurang lebih 15-20 minit atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing.
  10. sedia untuk dimakan..
  11. Setelah masak, angkat dan terus sapukan permukaan bun dengan butter agar bun kelihatan berkilat.

Donat Coklat

Donat coklat yang lembut gebu dilimpahi pula dengan topping coklat dan ditaburi coklat rice lagi..Tiada siapa mampu menolaknya. Tambahan lagi apabila diberi pada anak-anak. Sebenarnya ingat nak buat donat ni bila dah beli tepung roti nanti. Tapi disebabkan tekak ni dah mengidam sangat nak makan donut,hentam ajelah guna tepung gandum dan tanpa bread improver. Alhamdulillah..molek juga kejadiannya..





Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 s/besar marjerin
2 s/besar susu pekat
1/2 cawan air +/-
1 s/besar yis mauripan}rendam dengan 1/2 cawan air suam 
2 s/besar gula             }
coklat masakkan dan coklat rice secukupnya

Cara-cara:
  1. Campur tepung,marjerin,susu dan pekat. Gaul sebati.
  2. Setelah sebati, tuang sedikit demi sedikit air dan uli hingga mendapat doh yang lembut dan licin
  3. Ambil doh, simpan dalam besen dan tutup dengan kain lembap. Biarkan hingga doh naik sekali ganda lagi. Kurang lebih dalam masa 1 jam.
  4. Apabila doh telah naik,tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
  5. Ambil sedikit doh buat bulat-bulat mengikut saiz yang diingini. Buat sampai habis
  6. Bentukkan menjadi donat. Cik t guna tangan saja sebab nak cepat. Sebab tulah rupanya macam tayar tak cukup angin..kih...kih..kih..
  7. Setelah siap dibentuk, letakkan diatas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga habis. 
  8. Setelah semua doh habis dibentuk ,panaskan minyak. Ambil doh yang pertama sekali dibentuk dan goreng dengan api sederhana kecil. Ikut turutan sewaktu mengambil doh agar yang kemudian dibentuk dapat mengembang sedikit. Jika dibiarkan doh yang telah siap dibentuk terlalu naik, ini akan menyukarkan prose sewaktu hendak mengangkat doh untuk digoreng.
  9. Sejukkan dahulu donat yang telah digoreng. Kemudian bolehlah dicelup dengan coklat yang telah dicairkan dan ditabur dengan coklat rice.