Selasa, 31 Disember 2013

Apam Polkadot

Salam sejahtera,
Sebenarnya buat apam ni sebelum pulang bercuti lagi. Tapi disebabkan tak sempat nak mengentrikannya kena la tungu hingga balik sini semula. Masa di kampung nak pegang laptop pon tak dan. Maklumlah sekali sekala pulang bercuti,bermacam2lah aktivitinya. Kembali merindui kampung....

Okeylah cita pasal apam polkadot ni,apam ni sebenarnya dioder oleh kakak C
ik t untuk diberi kepada sebuah majlis kahwin. Pada mulanya berat juga rasa nak membuatnya,maklumlah apam ni kan rumit sikit nak membuatnya, walaupun kerap juga terima tempahan. Tambahan pula bila memikirkan kerenah si kecil lagi yang tak mahu ditinggalkan sendirian. Tapi mujurlah kuantiti apam ni tak di tetapkan. Dia cuma kata berapa2 saja yang sempat dibuat. Cik t pun apa lagi terpaksalah mengapam juga hari tu..Hasilnya,dapatlah kurang lebih 3++.. Tapi yang sempat interfreme ni jelah sebab dah keletihan.



secomel kerenahnya..ni lah baby yang tak bole kena tinggal tu... 1.1.2014 esok genaplah umurnya setahun.sayang anak mama

Cik t tambah sedikit minyak agar apam menjadi  lembut dan tidak mudah pecah apabila dikukus. Jom tengok resepi..

Bahan-bahannya:
3 biji telur
3/4 cawan gula pasir yang dimesin  halus
3/4 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar ovellate
1 s/t esen vanila
20 ml sunflower oil
pewarna pilihan
sedikit filling kegemaran

Cara-cara:
  1. Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih. Balut penutup dengan kain bersih.
  2. Putar semua bahan hingga menjadi putih dan gebu.masa memutar lebih kurang 10 minit.
  3. bBhagikan mengikut warna pilihan.
  4. Sediakan acuan kecil2 dan masukkan cawan kertas kedalamnya.
  5. Masukkan sedikit adunan,kira2 1/4 bahagian dan paipkan filling mengikut cita rasa masing2. Jika hendak mudah, masukkan saja adunan ke dalam paipping bag.
  6. Cedok/paipkan sedikit lagi adunan hingga memenuhi 3/4 paras cawan kertas. Corakkan polkadot diatasnya.
  7. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit. Jika api terlalu kecil apam akan terbantut. 3/4 nisbah kekuatan apinya. Selamat mencuba.

Jumaat, 29 November 2013

Pengat Pisang Bersagu

Mudah saja membuatnya. Tapi disebabkan bahan utamanya menggunakan santan maka jarang-jaranglah dibuat. Sedap dimakan panas atau disejukkan dalam peti sejuk. Masa kecik-kecik dulu kalau nak makan suka patahkan biskut crackers(masa tu panggil biskut lemak je) dan masukkan sekali ke dalam pengat . Terasa lemak-lemak masin dan kerangupan biskut tu yang menambahkan lagi keenakkannya.

Tidak menggunakan sagu mata ikan tetapi sebaliknya menggunakan tepung sagu yang telah dibancuh dengan sedikit air panas. Setelah diuli sebati, canai dan dan gunting doh mengikut saiz dan selera masing-masing. Barulah puas makan. Antara ilmu yang ibunda turunkan. Jom intai resepi..



Bahan-bahan:

santan dari sebiji kelapa
5 biji pisang nangka/ pisang raja
sebiji ubi keledek saiz sederhana -potong dadu
seketul gula melaka
sedikit gula merah- masak dan ditapis
secubit garam

Bahan tepung sagu:

tepung sagu secukupnya
sedikit air panas

Caranya:
 Bancuh tepung sagu dengan air panas. Tuang air panas tu sikit-sikit. takut terlembik pula nanti. Menggunakan sudu,kacau hingga mendapat doh yang kental. Canai doh nipis dan gunting memanjang kecil.


ni lah hasilnya...


Cara membuat pengat pula:
  1. Rebus ubi keledek yang telah dipotong dadu lembut. Jangan terlalu empuk nanti hancur sebab akan dimasak pula bersama santan nanti.
  2. Tuang santan dalam periuk,masukkan pisang,gula melaka dan gula merah. Kacau mesra.
  3. Setelah seketika,masukkan pula keledek.
  4. Apabila hampir mendidih masukkan bancuhan tepung sagu yang telah disiapkan terlebih dahulu.
  5. Kacau hingga mendidih dan warna sagu berubah menjadi sedikit jernih. Masukkan secubit garam untuk menimbulkan rasa lemaknya.
  6. Padam api. Sedia dihidang.


Khamis, 28 November 2013

kek lapis batik milo cheese

Salam sejahtera kepada yang sudi bertandang ke dapur kecil saya nie..Hari ni nak kongsi satu lagi resepi kek yang mudah dan sedap.. sampai menjilat jari anak-anak makan . Siap bagi kawan2nya merasa lagi. Itu lah perangai anak dara mama, Lyana Muslihah..Kalau sesuatu makanan tu kene pada selera dia, pasti hendak diberi juga kepada orang lain untuk merasa. Sampaikan ustazah yang mengajarnya mengaji pun nak diberinya. Kadang-kadang tu kita pula yang berasa segan..

Idea olahan resepi ni datang apabila terpandang gambar antara kek batik milo dan kek lapis persona cheese yang pernah dibuat dulu sini dan disini. Gabungan antara milo dan cheese yang begitu ngam sekali. Oleh kerana kat rumah ni semuanya hantu coklat memang berbaloilah mencubanya. Masa buat kek batik milo dan kek lapis cheese persona dulu,yang milo habis dulu. Manakala yang cheese,tukang buatlah yang jadi mangsa kene perabiskan. Tapi bila dah di gabungkan bersama,mamanya hanya dapat merasa dua tiga ketul saja. Tak mengapa, asalkan anak-anak gembira menikmati hidangan yang telah dihasilkan, itu pun sudah cukup memuaskan hati mamanya. Jom semak resepi...



hanya ini yang diperlukan


Bahan bahannya:

A
250 gram creamcheese
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar air
1 sudu besar ovellat

B
1 cawan milo
1/2 cawan mentega
1/2 cawan susu pekat
Sedikit coklat masakan-lebih kurang sebesar saiz kotak mancis.

Sebungkus biskut deluxe cream crackers Hup Seng- guna separuh saja

Cara caranya:

  1. Alaskan loyang atau bekas yang sesuai dengan plastik bersih.
  2. Satukan kesemua bahan A, pukul kembang, ketepikan
  3. Menggunakan api kecil,kacau semua bahan B menjadi larut.
  4. Setelah semua bahan larut dan menjadi sedikit pekat,matikan api.
  5. Ambil biskut dan susun diatas loyang. Cedok sedikit adunan coklat dan sapu rata diatas permukaan biskut.
  6. Susun lagi biskut diatas lapisan adunan coklat ,sapu rata pula adunan cheese tadi. Untuk memudahkan kerja,saya masukkan adunan cheese ke dalam paiping beg dan picitkan diantara ruang biskut dan sedikit diatas permukaan biskut. Kemudian,ratakan dengan sudu.
  7. Ulang langkah 4 dan 5 hingga habis.akan menghasilkan tiga lapisan coklat dan dua lapisan cheese
  8. Tutup loyang dan simpan didalam peti sejuk semalaman.


Untuk hiasan,saya  menggunakan kokocrunch duo yang diramas hancur. Jika dirumah tiada bijirin cam tu,tak payah la nak berbeli pula.Kalau setakat nak tabur kat atas tu saja boleh juga digantikan dengan bahan lain mengikut kreativiti dan selera masing2. Bahan-bahannya pun mudah saja,rugi kalau tak cuba..

Rabu, 20 November 2013

Kek Span Vanila

Nama resepi asal kek ni adalah kek cheese bersalji. Tetapi disebabkan tiada penggunan cheese, maka Cik t tukarkan namanya menjadi kek span vanila. Harap empunya punya resepi tak marah lah ya. Dan jika ingin melihat versi cheese silalah ke laman tuan tanahnya sheery mz . Rujukan juga semestinya dari dapur sis yatie.

Buat untuk meraikan ulang tahun kami. Saja nak buat sendiri nak tunjuk skill kat cik abang kononnya. Topping hanya menggunakan whipping cream. Dibahagian tengah kek pula disapukan dengan sedikit blueberry filling bagi menimbulkan sedikit rasa masam2 manis. Memang menepati selera.






Bahan-bahan:

6 biji telur ayam - buang 2 putihnya
100 gm gula halus
100 gm tepung hong kong - blue key superfine boleh juga
60 gm tepung jagung 
50 ml air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh ovelet
75 gm mentega -dicairkan


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Dengan kelajuan sederhana,putar sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak dan disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila dah masak biarkan sejuk. Sediakan sedikit benang,dan pastikan ukuran benang dapat mengelilingi kek dan lebihkan sedikit hujung benang agar dapat ditarik.
  6. Ambil benang letakkan mengelilingi kek. Pastikan benang betul2 berada dibahagian tengah2.
  7. Tarik hujung kedua-dua benang hingga kek terbahagi kepada dua bahagian. 
  8. Ambil sedikit blueberry filling dan sapu atas permukaan kek yang telah dibelah tadi. Sapukan juga sedikit whipping krim diatas lapisan blueberry.
  9. Ambil satu lagi bahagian kek dan letak diatasnya kembali.
  10. Sapu keseluruhan kek dengan whipping krim. Hias suka2 hati.
.

Kek Marbel Coklat Mentega Kacang Putih Telur

Sebelum nak bercuti panjang awal Disember ni,eloklah diclearkan dulu apa yang patut kat dapur tu. Tengah dok fikir apa la nak dibuat dengan mentega kacang yang dah berbulan juga terperap kat dalam kabinet tu,tiba-tiba datanglah idea untuk membuat kek dengan menggunakan mentega kacang yang ada. Nasib baiklah masih disimpan lagi. Sebab kalau ikutkan hati ni dah lama kena campak dalam en dustbin.. Fikir2 sayang pula, sebab tarikh luputnya pun lambat lagi. Bukannya tak makan,tapi disebabkan ada mentega kacang yang bercampur coklat, yang biasa pun jadi tak nampak la. Tapi elok jugalah tu..dapat Cik T buat sedikit eksperiman dengan mentega kacang tersebut.. Dan kebetulan stok putih telor pun banyak dalam peti sejuk, maka terlahirlah kek recycle nih. Tak membazirkan.Walaupun baru pertama kali mencuba, nasib bik elok saja kejadiannya.




Rasa keknya pun tak kurang sedapnya. Bagi penggemar mentega kacang,bolehlah mencubanya. Asyik dimakan bersama roti saja,apa kata sekali sekala ubah selera. Kalau nak guna enam biji telur pun boleh. Cik T guna putih telur ni pun sebab kes nak perabiskan stok putih telur kat dalam peti sejuk tu. Resepi sama saja macam resepi kek marbel disini,cuma gantikan saja dengan mentega kacang. Jom semak resepi.


Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum     )
1 sudu teh baking powder  ) ayak bersama
2 cawan majerin
1 1/4 cawan gula pasir dimesin halus
2 biji telur 
4 biji putih telur
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar mentega kacang
4 sudu besar serbuk coklat


Cara nak mengadun..
  1. Putar mentega dan gula hingga betul2 kembang.
  2. Masukkan sebiji telur.putar hingga betul2 sebati baru masukkan sebiji lagi.Ulang hingga habis.
  3. Masukkan pula susu dan esen vanila.Putar sebentar.
  4. Setelah sebati cedok sedikit2 tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi.putar perlahan.(guna tangan aje pon ok juga).
  5. Setelah sebati ambil sedikit adunan masukkan dalam mangkuk. Masukkan mentega kacang dan adun sebati.
  6. Baki adunan yang tinggal, dicampurkan dengan serbuk coklat. Sebatikan.
  7. Masukkan ke dalam telah disapu dengan mentega dan ditabur tepung. Selang selikan antara adunan coklat dan mentega kacang.
  8. Bakar 180c selama 50 minit menggunakan api bawah. Cucuk ngan lidi, kalau tak masak ,tambahkan sedikit masa lagi.

Selasa, 19 November 2013

Ketam Nipah Ala Rendang

Sebelum2 ni asyik la dok ingat ketam ni tak boleh dimakan. Bila cik abang bawa, balik terus tanya kat dia,' boleh makan ke ketam ni?'.' Ketam ni la sedap,harga pun mahal dari ketam bunga tu' jawapnya.. oOoo...gitu rupanya. Mana la kita tau sebab tak pernah makan. Dah la sepitnya besar, tengok warna kulitnya hitam aje. Nak pegang pun takut. Jenuh juga la dok fikir nak masak apa.

Tapi bila da dimasak,,,uUuuummm.. Sedap sungguh isi ketam ni. Puas menikmati isinya yang sungguh lumayan tu. Cuma bagi sesetengah orang yang tak biasa makan (macam saya laa..),akan terasa sedikit mabuk/pening2 lalat selepas makan ketam ni. Tak tau la pula kalau masa tu kot dah terlajak kenyang sebab jadi cam tu. Itu la masa makan tak ingat2. Bila dah terasa mabuk tu,perut pon dah kenyang,apa lagi mula la tangkap mata pula..Aduii seksa sungguh akibat dari makan ketam ni.

Walaupun dah jadi cam tu,tetap tak kan serik menikmati mr.crab yang sedap ni. Di masak apa pon pasti dapat menambat selera. Bagi kami sekeluarga, masak ala rendang ni saja yang dapat memenuhi citarasa kami,terutamanya si tukang beli, cik abang saya la. Jom semak resepi dan cara hendak mematikan ketam pula saya rujuk di sini. Terima kasih ya sis  lina kerana berkongsi tips yang sangat berguna ni.






lihatlah potongan badanku..


Bahan-bahan:

3 ekor ketam nipah- dicuci bersih
1/2 biji kelapa parut-ambil pati santan sahaja
5 biji bawang merah kecil }
2 ulas bawang putih         }
1/2 inci halia                    }
1/2 inci kunyit                  } kisar
4 batang serai                  } halus
1 inci lengkuas                 }
5-10 biji cili padi             }
sehelai daun kunyit
sedikit garam

Cara nak masak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. tumis semua bahan kisar. Kacau rata.
  2. Setelah bahan tumisan pecah minyak,masukkan santan. Kacau lagi.
  3. Masukkankan pula ketam yang telah dibersihkan.
  4. Biarkan hingga ketam masak dan kuah menjadi sedikit kering. Masukkan daun kunyit dan garam.
  5. Untuk mengelakkan ketam menjadi terlebih masak,angkat dahulu ketam yang telah dimasak jika kuah tadi masih banyak. Apabila kuah hampir kering masukkan semula ketam dan gaul sebati


sekawan ketam segar dari mersing

Isnin, 18 November 2013

Nasi Goreng Cili Padi Kaw'

Buat untuk sarap pagi nih. Dah namanya pun nasi goreng cili padi, mesti la kalau makan sampai tahap berair hidung baru betul namanya nasi goreng cili padi. Kalau buat nasi goreng merah tak berapa mendapat sambutan kat rumah ni. Dan sudah menjadi kebiasaan kalau makan nasi goreng, kawannya mesti ada,keropok ikan. Rasa macam tak lengkap aje jika tidak dimakan bersama keropok ikan.

 Bagi yang belum pernah menikmati nasi goreng bersama keropok ikan,bolehlah mencuba. Bagi yang tak tahan pedas pula, boleh la kurangkan sedikit cili padi. Jom intai resepi.




Bahan-bahan:

2 cawan nasi
2 biji bawang merah kecil }
2 ulas bawang merah       } tumbuk
15-20 biji cili akar/cili padi} kasar
2 sudu besar ikan bilis      }
1/4 inci belacan(klu suka)
garam

Bahan sampingan:
  • sedikit ikan bilis yang telah digoreng asing dan ditumbuk kasar.



Caranya:
  1. Panaskan minyak.tumis bahan tumbuk hingga naik garing.Masukkan juga belacan.
  2. Setelah garing,masukkan nasi dan garam. Kacau rata.
  3. Kacau seketika.Padamkan api. 
  4. Tabur ikan bilis yang telah digoreng asing dan ditumbuk kasar tadi.
  5. Hidang bersama keropok ikan.Memang best

Biskut Green Peas

Pertama kali makan biskut ni pada hari raya yang lepas ketika berkunjung ke rumah jiran. Sebelum tu ada juga nampak sis yatie tayang biskut ni,memang nampak menyelerakan. Disebabkan masa tu belum lagi merasai keenakan biskut ni, KIV la dulu resepinya. Tapi bila dah merasai keenakannya,teringat-ingat lah pulak.tak boleh jadi nih,terus ke kedai kek cari tepung kacang peas. Bila dah dibeli, terperaplah pula dalam kabinet,lama juga la. Nasib tak 'berpenunggu' tepungnya.

 Setuju sangat dengan sis yatie,klu buat banyak pun memang berbaloi-baloi sangat.Lembut dan gebu saja biskutnya.Sedap tu sudah semestinyalah...anak2 siap cakap 'sedaplah biskut ni mama...macam keropok,nanti buat lagi eaa...'. Dan mulai dari tu dengan rasminya bertukarlah nama dari biskut green peas ke biskut keropok.hee.comel juga nama tu.. Resepi oleh AlongRoz dan macam biasa resepi dicopy dari blog sis yatie. Cuma ade sedikit perubahan mengikut stok bahan yang ada. Banyak juga resepi yang telah dicopy dari blog sis yatie,suka tengok blognya dan macam2 ada. Harap tuan tanahnya izinkan.Terima kasih ya sis.Bagi yang nak mencuba,bahan2nya pon mudah sahaja. Jom tengok resepinya.



lihatlah kegebuannya

Bahan-Bahan:

  • 1 cwn Tepung Kcg Peas
  • 1 cwn Tepung Gandum (guna tepung biskut)
  • 1/2 cwn Gula Aising
  • 1/2 st Baking Powder
  • 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
  • 1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning (x letak)
Cara-Cara:
  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.

Sabtu, 16 November 2013

Rainbow Cake

Satu lagi entri kek yang dah lama terperap. Kek ni pun di buat masa zaman tak de blog dolu-dolu,untuk meraikan ulang tahun nenek dan atuk. Tapi cucu2 la yang terlajak seronok bila saja nampak kek dipotong,'hwaaaa.....' terlopong mulut masing2. Copy resepi dari blog kak nor. Terima kasih juga kepada Madiha dan penyumbang resepi krim, Ayu.








RAINBOW CAKE
resipi asal : Kaitlin Flannery
sumber : Madiha@Ratna & K.Nor

Bahan2:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA (dan k.nor juga) alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, (K.Nor juga)

~ reminder utk k.nor : sukatan gula - 1 1/4 cawan sahaja
~ setiap kaler lebih kurang 141gm
~ k.nor lebih suka guna resipi frosting dibawah ni (resipi dr Mas Duniaku.. mekasih Mas :)
~ tip dari k.zai@teratak impian : bakar dgn suhu 15C (20 min) ~ menghasilkan kek yg tak berkerak/garing dan cantik 

Resepi Krim Cheese : (boleh juga digunakan sbg frosting RV cake/cupcake)
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea (k.nor tambah 125gm lg utk bg lebihkan rasa cheese)
60 grm gula icing ~ k.nor guna 50gm jer
110 grm butter ~ k.nor guna 100gm jer
2 titik lemon paste


Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

CREAM CHEESE FROSTING
source : Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredient
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar- (Ayu used 1/4 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon- (Ayu used 1 lime juice)

Method 
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice. 

TERIMA KASIH KAK NOR..

Jumaat, 15 November 2013

Apam Mentega

Sebenarnya tak ada perancangan pun nak buat kuih ni. Tengah dok pikir2 apa nak dibuat dengan baki santan yang dok teperap kat dalam peti sejuk tu,tiba2 muncul la idea derhaka ni.Nak simpan lama2 pon bukannya tahan. Daripada di buang,baik buat apa yang patut.
Maaf ya sis sofea, adik terderhakan sikit resepi ni. Cuma tukar susu cair kepada santan sahaja. Yang lain semuanya sama saja. Versi original pun dah selalu buat. Awalnya takut juga kot tak jadi ke.Alhamdulillah naik juga apam deharka ni. Cuma permukaannya saja tak berapa nak licin. Resepi copy dari sis yatie. Thanks ya sis. 

Resepi by: Sofea@after6am

Rujukan : yatiememories





Bahan-bahan ( +-50 biji )

Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit2)
  • 250 gm mentega
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila




Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  6. Selamat Mencuba.......

Khamis, 14 November 2013

Si Baldu Merah

Salam hormat..menawan sungguh si baldu merah ni telan air liur dibuatnya.Bila tengok kegebuan kek hasil tangan sis hasue dan bermacam versi kek ni dicuba membuatkan hati ni terpanggil untuk mencuba juga.
Dah lama juga sebenarnya mengintai resepi ni,masa dok baca tu rasa cam leceh je nak buat kek ni.Tapi bila da try,mudah je rupanya,rasanya pun memikat selera.Maksudnya bole try lagilah lain kali.Copy resepi Kek Baldu Merah ni dari blog sis hasue. Memang gebu kek yang dihasilkan . Minta diizin ya sis.Dan kredit juga untuk tuan tanah, kak zai..







Buat kek ni masa zaman tak berblogging lagi,tak terpikir la pulak masa tu nak amek gambar bila kek dah di dipotong.Ruginya rasa,tengok bahagian luar aje lah ye.



hasil keras tangan ku..hehee




 Red Velvet Cake
Sumber: Kak Zai@Teratak Impian
Rujukan/Copy:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - kak zai guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
500gram blueberry filling

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk


Topping:
30biji coklat feraro-tak letak

Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Sabtu, 9 November 2013

Nasi Lemak

Hujan-hujan ni kena nasi lemak panas-panas, memang laju jew makan. Kene time cuti lagi. Pastu sorongkan pulak bantal..Memang best. Dah kenyang apa lagi tido je la. Dapat juga membantu mempercepatkan proses penambahan lemak2 kat badan. Arrrrgghhh....yang tu tak maw.......






Jom masak nasi dulu..
3 cawan standart beras
2 cawan santan
2 helai daun pandan-disimpul
sedikit garam

Caranya..

  1. Basuh beras bersih.masukkan santan dan daun pandan,kalau santan tak cukup tambah air biasa.
  2. Perasakan dengan garam tanak seperti biasa.
Sambal pulak:

Kat umah ni kalau tengok sambal merah je kalenya memang tak jalan la jawapnya. cik abang cakap macam cili tak masak.mungkin dah biasa dengan sambal kalenya gelap agaknye.anak2 pun pandai memilih..memasak sambal ni memang memerlukan masa yang agak lama,dengan menggunakan api yang kecil dan sentiasa dikacau, tumis hingga cili betul2 garing.

Bahan sambal
2 cawan cili kering       }
5 biji bawang merah    } kisar
2 sudu besar ikan bilis } bersama
sedikit belacan          
sebiji bawang besar
sedikit garam
1 sudu besar gula.
1 sudu kecil asam jawa /mengikut selera masing2 -bancuh dengan sedikit air.

Cara nak tumis..

  1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.tumis bawang besar menjadi perang.masukkan belacan.
  2. Kacau sebentar,masukkan pula bahan kisar tadi. Tumis dengan api yang kecil. Jika menggunakan api yang besar cili tidak akan menjadi betul2 garing. Ni yang akan menentukan kale sambal tu nanti.
  3. Bila dah betul2 garing(seakan membuat sambal goreng) kuatkan api sedikit,terus masukkan air asam jawa tadi. Masukkan juga garam dan gula.kacau sebentar.
  4. Perlahankan semula api dapur dan terus mengacau hingga sambal menjadi sebati dengan minyak.
  5. Padamkan api. saya mengambil masa hampir sejam untuk memasak sambal sebanyak ini. Memang mengambil masa yang agak lama.tapi hasilnya amat memuaskan.
Bila sambal pun dah masak bolehlah dihidangkan bersama telur rebus,timun,ikan bilis goreng dan wajib juga ada kacang tanah yang telah digoreng.nak sedap lagi tambahkan sedikit ikan perda masin. Uuummm...memang layan.

Jumaat, 8 November 2013

Kek Marbel Santan Serbuk

Kek marbel santan serbuk rasanya yang lemak-lemak dan bau wangi hasil dari penggunaan serbuk santan amat menggoda,terasa mencucuk2 hidung ni. Bila denga je bunyi 'ting..' dari oven tanda dah masak,geram je rasa nak potong. Biasanya anak yang tak sabar,penangan kek ni mamanya pulak yang terlajak lebih. Setiap kali buat kek ni, macam tu lah perasaanya. Rugi kalu tak cuba, bahan2 nya pon mudah saja...Jom buat...





Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum     )
1 sudu teh baking powder  ) ayak bersama
2 @ 1 1/2 cawan majerin- Cik t letak 2 cwn
1 1/4 cawan gula pasir dimesin halus
6 biji telur
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1 bungkus serbuk santan
pewarna hijau,purple,oren,biru dan 1-2 sudu besar serbuk coklat


Cara nak mengadun..
  1. Putar mentega dan gula hingga betul2 kembang.
  2. Masukkan sebiji telur.putar hingga betul2 sebati baru masukkan sebiji lagi. Ulang hingga habis.
  3. Masukkan pula susu dan esen vanila. Putar sebentar.
  4. Setelah sebati cedok sedikit2 tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Putar perlahan.(guna tangan aje pon ok juga).
  5. Masukkan pula santan serbuk. Adun sebati.
  6. Bahagi mengikut warna pilihan.
  7. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega dan ditabur tepung.
  8. Bakar 180c selama 50 minit menggunakan api bawah.cucuk ngan lidi kalau tak masak lagi,tambahkan  sedikit masa lagi.
  • Simpan semalaman lagi sedap (kalau boleh tahanlah godaannya)..  ^_^




Sup Kijang

Salam hormat semua.tiap2 hari kalau memikirkan apa yang nak dimasak memang memeningkan kepala. Jawapan yang paling mudah sup ajelah sudahnya.takkan muak dan jelak menghirup sup. Dapat pula sup yang pedas2,lagi laju menghirup. Tambahan lagi apabila terhidu pula aroma dari rempah sup babas yang harum menyelerakan tu.  Tak sabar rasa nak menghirup sup. Bagi yang belum pernah merasai keenakan rempah sup babas, bolehlah mencubanya, takkan menghampakan anda.




Bahan bahan:
1 kg daging campur tulang kijang-rebus empuk
3 ulas bawang putih }
5 biji bawang merah } blender
2 inci halia               }  halus
sebatang serai          }
satu bungkus sup bunjut tulang
3 sudu besar rempah sup babas
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
1 biji bawang kuning-potong memanjang
sebiji tomato-potong baji
cili akar secukupnya-ketuk (dalam 10 biji utk periuk kecil)
daun sup/bawang secukupnya utk ditabur

Cara masak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan blender dan masukkan juga rempah tumis yang terdapat  didalam bungkusan sup bunjut, tumis hingga naik bau.
  2. Setelah agak garing masukkan rempah sup. Kacau rata.
  3. Setelah garing,masukkan air secukupnya-dalam 2 liter.
  4. Masukkan sup bunjut biar merenih seketika. Masukkan pula daging
  5.  Kacau sebati.perasan dengan garam dan gula.
  6. Setelah mendidih padamkan api.
  • Bila nak makan,cedok sup secukupnya dan masukkan ke dalam periuk kecil.masukkan juga 1/2 biji  dari tomato yang dipotong baji,didihkan dahulu.biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan bawang dan cili akar yang telah diketuk 2-3 saat sahaja.padamkan api.
  • Setiap kali nak makan Cik t akan buat macam tu.sebab apabila nak makan kita akan panaskan sup. Jika mencampurkan sekali cili padi dan bawang ketika masak akan menyebabkan bawang layu, rasa kepedasan dan aroma cili padi pun akan hilang.( Hasil pemerhatian Cik t ketika makan dikedai, cili dan bawang mereka masih fresh setiap kali dihidang).anak2 nak makan pun mudah.tak perlu asing2kan lagi.
Setelah siap tabur daun sup/bawang. Selamat mencuba..

Khamis, 7 November 2013

Nasi Kari Daging

Buatnya dah lama tapi baru dapat masuk entri. Resepi baru yang memikat selera kami sekeluarga.tambah2 lagi anak bujang yang menggemari nasi yang berperisa macam nih. Buat hari ni esok dia tanya lagi 'masak nasi kuning lagi ke..'.ayoo pengsan la kalau hari2 kari. Sebelum2 ni selalu juga buat nasi beriani,tapi bila dah cuba saja resepi ni da tak payah susah2 nak buat nasi beriani.mudah sikit nasi kari ni. Rasa lebih kurang saja. Jom layan...

Mula-mula sediakan dulu karinya..

Bahan-bahan kari :
3-400gram daging- didadu -potong jangan terlalu kecil-rebus empuk
4 biji bawang kecil   }
2 ulas bawang putih } tumbuk
1 inci halia               }
1 batang serai         } titik
3 sudu besar serbuk kari
1 cawan santan
garam
2 tangkai daun kari
2 inci kayu manis untuk menumis

Cara-cara..

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk.masukkan daun kari, kayu manis dan serai.
  2. Apabila telah garing,masukkan serbuk kari.tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan daging yang telah direbus empuk. Kacau rata,biarkan seketika.
  4. mMsukkan santan. Perisakan dengan garam. Masak hingga kari menjadi sedikit kering. Ketepikan.
Bahan nasi pula(periuk 1 liter) :
2 cawan standart beras basmati
sebiji tomato potong dadu
sebatang serai-titik
2 inci kayu manis
sedikit butter untuk menumis
sedikit garam

Cara memasak..

  1. Basuh beras. Tanak seperti biasa.
  2. Dalam kuali,panaskan butter. Tumis semua bahan hingga layu.
  3. Masukkan dalam periuk nasi tadi.
Cara masukkan kari daging..
Setelah nasi hampir kering,ceduk kari daging dan letakkan di bahagian tengah-tengah nasi. Tutup tudung periuk. Biarkan masak.

Setelah nasi masak bolehlah dihidang bersama telur rebus yang telah digoreng,papadom dan sayur kegemaran. Cik t hidangkan bersama pucuk paku goreng cili.

Pucuk paku goreng cili :
2 ikat pucuk paku
3-4 biji cili merah*
5-6 biji cili padi*
2 sudu besar ikan bilis*
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
garam

Caranya..

  1. Tumbuk semua bahan *  lumat.
  2. Tumis garing.masukkan sayur pucuk paku. Perisakan dengan garam.
  3. Kacau hingga masak.










































Nasi Ayam

Kalau masak nasi ayam satu periuk pun tak cukup.makan tengah hari pon boleh jadi dua kali dikerjakan anak bujang kat umah ni. Cuma mamanya aje yang kurang rajin..Hee...Jom tengok resepi yang mudah sangat nih.

Bahan perap ayam..

seekor ayam- dibelah empat
2 inci halia              }  tumbuk
2 ulas bawang putih}  lumat
6 sudu besar sos tiram
1/2 cawan gula merah-masak pekat dan tapis(saya guna gula apong saja)

Cara-cara
  1. Potong ayam kepada 4 bahagian. Cuci bersih,toskan.
  2. Gaul rata semua bahan-bahan lain dan perap 1/2 jam.
  3. Goreng dengan minyak yang banyak.


gula apong dari sarawak
Bahan nasi (periuk 1liter)..

beras (4 cawan standart)
4 biji bawang merah }
2 ulas bawang putih }  ditumbuk
1 1/2 inci halia         }
4 batang serai-ketuk
2 helai daun pandan-disimpul
1 sudu kecil serbuk kayu manis-klu tak de guna yg batang je
2 sudu besar majerin
2 ketul kiub ayam
sedikit garam

Caranya:
  1. Basuh beras. Tanak seperti biasa.masukkan kiub ayam.
  2. Dalam kuali,panaskan sedikit minyak, masukkan mentega.
  3. Masukkan pula bahan tumbuk,daun pandan,serai dan kayu manis(jika guna yg batang)
  4. Setelah layu masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi.masukkan juga serbuk kulit kayu manis dan garam.
  5. Kacau sebati,masak seperti biasa.
Kalau sup untuk nasi ayam,suka yang simpel2 saja. Macam kat kedai tuuu...

Bahan sup..

air- kurang lebih 1 liter
seulas bawang putih -tumbuk lumat
seketul kiub ayam
sedikit daun sup/bawang untuk ditabur

Mudah saje nak membuatnya..
  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan lain.Biarkan seketika.
  3. Padam api,tabur daun sup/bawang.
-Kalau nak masukkan sedikit tulang/leher ayam pon ok juga.

Kuah cili pula..

7-8 biji cili merah besar
1 ulas kecil bawang putih
1/4 inci halia
3-4 biji limau kasturi
gula secukup rasa
sedikit air

Yang ni lagi mudah,blend semua bahan hingga hancur. Perasakan dengan gula,da siap.

Hidang nasi bersama salad,hirisan tomato dan timun. Selamat mencuba.

Kek Lapis Cheese Persona

Tengah dok intai-intai blog sis yatie terpandang la pulak kek lapis cheese persona yang sungguh mempersonakan ni. Setelah mencuba hasilnya memang tak menghampakan. Sedap sangat kek ni. tapi bila teringatkan stok lemak yang sudah terlebih cukup kat badan ni rasa takut pula nak makan banyak. Ada juga resepi yang seakan resepi kek ni tapi menggunakan biskut cheese. Khabarnya biskut tu hanya terdapat di sarawak. Nampaknya pulang cuti hujung tahun ni bermula la misi mencari biskut cheese yang diperkatakan tu. Apa pon terima kasih kepada penyumbang asal resepi kek ni Ryo.








Kek Lapis Cheese Persona 
by: ryo@ryoazhar.blogspot.comhttp://ryoazhar.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-cheese-persona.html
Rujukan: yatiememories

(A)
1 bungkus biskut merie perasa kopi/coklat
400ml susu segar/cair-suam(saya guna kurang lebih 250ml saja,tuang dlm cawan)

(B)
500gm cream cheese
20ml susu segar/cair
1/2 cawan gula halus


Caranya

1. Satukan cream cheese dan gula halus. Pukul sebati.
2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Jangan sampai adunan terlalu cair.
3.  Pukul lagi hingga kembang dan sebati. Ketepikan dahulu.
4. Sediakan bekas yang dialas dengan plastik.
5. Panaskan seketika susu segar menjadi suam.-saya tak buat.
6. Ambil sekeping biskut dan celup ke dalam susu tadi,terus susun dalam bekas.
7. Dah siap,sapukan cream cheese di atasnya dan ratakan.
8. Ulangi proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
9. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
10.Ramas hancur baki biskut dan tabur diatas lapisan keju yang terakhir tadi.
11.Tekan2 sikit permukaannya.masukkan dalam peti sejuk. Biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Kek Batik Milo

Sebelum ni dah kongsi kek lapis cheese persona. Kali ni nak kongsi pula kek batik coklat yang menjadi kegemaran kami sekeluarga memang best kek nih. Setuju dengan hasue.. Kalau nak tahu keenakan menikmati kek ni kene la cuba buat sendiri. Bagi penggemar coklat macam kami ni memang sesuai sangat. Rujukan resepi ni dari blog hasue. Boleh juga lihat resepi asal  disini cuma ada sedikit penambahan bahan-bahan mengikut selera kami. Minta diampun ya tuan empunya resepi..


Kek Batik Milo bersama Kek Lapis Persona...

Bahan-bahan:
  • 200gm milo-guna 1 cawan
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko-ganti dengan 80-100gm coklat compaund(agak2 jer)
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • biskut marie secukupnya
  • walnut cincang secukupnya-saya tambah 

Jom buat:
  1. Sediakan bekas yang dialas dengan plastik bersih.
  2. Cairkan butter dalam periuk menggunakan api kecil.
  3. Setelah cair masukkan susu.
  4. Masukkan milo sikit-sikit.Kacau hingga hancur.
  5. Setelah itu masukkan pula coklat compaund yang telah dipotong kecil. Kacau hingga coklat cair .
  6. Setelah pekat, susun biskut marie dalam bekas hingga menutupi permukaan dasar bekas dan tabur walnut cincang diantara ruangan biskut .Ambil sedikit adunan coklat dan ratakan atas susunan biskut.
  7. Ulangi proses melapis hingga habis.
  8. Biarkan adunan coklat mengakhiri lapisan kek dan tabur seluruh permukaan kek dengan walnut.
  9. Setelah sejuk masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman.

Rabu, 6 November 2013

Terung Goreng Cili

Sedap dimakan bersama nasi panas..



Bahan-bahan:
4 biji terung bersaiz kecil
5 biji cili merah           }
5 biji cili padi              } tumbuk
2 biji bawang merah   } lumat
1 ulas bawang putih    }
1 sudu besar ikan bilis}
garam secukup rasa

Cara-caranya..

  1. Terung dibelah dua dan dipotong kecil.
  2. Dah siap,panaskan sedikit minyak dan goreng kesemua terung tadi.
  3. Setelah terung menjadi lembut,angkat. Ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama tumis bahan tumbuk hingga garing.- Jika minyak terlalu
    banyak kurangkan sedikit.
  5. Masukkan terung yang telah digoreng dan garam. Kacau rata
  6. Jika terlalu kering,masukkan sedikit air.