Khamis, 7 November 2013

Nasi Ayam

Kalau masak nasi ayam satu periuk pun tak cukup.makan tengah hari pon boleh jadi dua kali dikerjakan anak bujang kat umah ni. Cuma mamanya aje yang kurang rajin..Hee...Jom tengok resepi yang mudah sangat nih.

Bahan perap ayam..

seekor ayam- dibelah empat
2 inci halia              }  tumbuk
2 ulas bawang putih}  lumat
6 sudu besar sos tiram
1/2 cawan gula merah-masak pekat dan tapis(saya guna gula apong saja)

Cara-cara
  1. Potong ayam kepada 4 bahagian. Cuci bersih,toskan.
  2. Gaul rata semua bahan-bahan lain dan perap 1/2 jam.
  3. Goreng dengan minyak yang banyak.


gula apong dari sarawak
Bahan nasi (periuk 1liter)..

beras (4 cawan standart)
4 biji bawang merah }
2 ulas bawang putih }  ditumbuk
1 1/2 inci halia         }
4 batang serai-ketuk
2 helai daun pandan-disimpul
1 sudu kecil serbuk kayu manis-klu tak de guna yg batang je
2 sudu besar majerin
2 ketul kiub ayam
sedikit garam

Caranya:
  1. Basuh beras. Tanak seperti biasa.masukkan kiub ayam.
  2. Dalam kuali,panaskan sedikit minyak, masukkan mentega.
  3. Masukkan pula bahan tumbuk,daun pandan,serai dan kayu manis(jika guna yg batang)
  4. Setelah layu masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi.masukkan juga serbuk kulit kayu manis dan garam.
  5. Kacau sebati,masak seperti biasa.
Kalau sup untuk nasi ayam,suka yang simpel2 saja. Macam kat kedai tuuu...

Bahan sup..

air- kurang lebih 1 liter
seulas bawang putih -tumbuk lumat
seketul kiub ayam
sedikit daun sup/bawang untuk ditabur

Mudah saje nak membuatnya..
  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan lain.Biarkan seketika.
  3. Padam api,tabur daun sup/bawang.
-Kalau nak masukkan sedikit tulang/leher ayam pon ok juga.

Kuah cili pula..

7-8 biji cili merah besar
1 ulas kecil bawang putih
1/4 inci halia
3-4 biji limau kasturi
gula secukup rasa
sedikit air

Yang ni lagi mudah,blend semua bahan hingga hancur. Perasakan dengan gula,da siap.

Hidang nasi bersama salad,hirisan tomato dan timun. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan