Khamis, 28 November 2013

kek lapis batik milo cheese

Salam sejahtera kepada yang sudi bertandang ke dapur kecil saya nie..Hari ni nak kongsi satu lagi resepi kek yang mudah dan sedap.. sampai menjilat jari anak-anak makan . Siap bagi kawan2nya merasa lagi. Itu lah perangai anak dara mama, Lyana Muslihah..Kalau sesuatu makanan tu kene pada selera dia, pasti hendak diberi juga kepada orang lain untuk merasa. Sampaikan ustazah yang mengajarnya mengaji pun nak diberinya. Kadang-kadang tu kita pula yang berasa segan..

Idea olahan resepi ni datang apabila terpandang gambar antara kek batik milo dan kek lapis persona cheese yang pernah dibuat dulu sini dan disini. Gabungan antara milo dan cheese yang begitu ngam sekali. Oleh kerana kat rumah ni semuanya hantu coklat memang berbaloilah mencubanya. Masa buat kek batik milo dan kek lapis cheese persona dulu,yang milo habis dulu. Manakala yang cheese,tukang buatlah yang jadi mangsa kene perabiskan. Tapi bila dah di gabungkan bersama,mamanya hanya dapat merasa dua tiga ketul saja. Tak mengapa, asalkan anak-anak gembira menikmati hidangan yang telah dihasilkan, itu pun sudah cukup memuaskan hati mamanya. Jom semak resepi...



hanya ini yang diperlukan


Bahan bahannya:

A
250 gram creamcheese
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar air
1 sudu besar ovellat

B
1 cawan milo
1/2 cawan mentega
1/2 cawan susu pekat
Sedikit coklat masakan-lebih kurang sebesar saiz kotak mancis.

Sebungkus biskut deluxe cream crackers Hup Seng- guna separuh saja

Cara caranya:

  1. Alaskan loyang atau bekas yang sesuai dengan plastik bersih.
  2. Satukan kesemua bahan A, pukul kembang, ketepikan
  3. Menggunakan api kecil,kacau semua bahan B menjadi larut.
  4. Setelah semua bahan larut dan menjadi sedikit pekat,matikan api.
  5. Ambil biskut dan susun diatas loyang. Cedok sedikit adunan coklat dan sapu rata diatas permukaan biskut.
  6. Susun lagi biskut diatas lapisan adunan coklat ,sapu rata pula adunan cheese tadi. Untuk memudahkan kerja,saya masukkan adunan cheese ke dalam paiping beg dan picitkan diantara ruang biskut dan sedikit diatas permukaan biskut. Kemudian,ratakan dengan sudu.
  7. Ulang langkah 4 dan 5 hingga habis.akan menghasilkan tiga lapisan coklat dan dua lapisan cheese
  8. Tutup loyang dan simpan didalam peti sejuk semalaman.


Untuk hiasan,saya  menggunakan kokocrunch duo yang diramas hancur. Jika dirumah tiada bijirin cam tu,tak payah la nak berbeli pula.Kalau setakat nak tabur kat atas tu saja boleh juga digantikan dengan bahan lain mengikut kreativiti dan selera masing2. Bahan-bahannya pun mudah saja,rugi kalau tak cuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan