Rabu, 20 November 2013

Kek Marbel Coklat Mentega Kacang Putih Telur

Sebelum nak bercuti panjang awal Disember ni,eloklah diclearkan dulu apa yang patut kat dapur tu. Tengah dok fikir apa la nak dibuat dengan mentega kacang yang dah berbulan juga terperap kat dalam kabinet tu,tiba-tiba datanglah idea untuk membuat kek dengan menggunakan mentega kacang yang ada. Nasib baiklah masih disimpan lagi. Sebab kalau ikutkan hati ni dah lama kena campak dalam en dustbin.. Fikir2 sayang pula, sebab tarikh luputnya pun lambat lagi. Bukannya tak makan,tapi disebabkan ada mentega kacang yang bercampur coklat, yang biasa pun jadi tak nampak la. Tapi elok jugalah tu..dapat Cik T buat sedikit eksperiman dengan mentega kacang tersebut.. Dan kebetulan stok putih telor pun banyak dalam peti sejuk, maka terlahirlah kek recycle nih. Tak membazirkan.Walaupun baru pertama kali mencuba, nasib bik elok saja kejadiannya.




Rasa keknya pun tak kurang sedapnya. Bagi penggemar mentega kacang,bolehlah mencubanya. Asyik dimakan bersama roti saja,apa kata sekali sekala ubah selera. Kalau nak guna enam biji telur pun boleh. Cik T guna putih telur ni pun sebab kes nak perabiskan stok putih telur kat dalam peti sejuk tu. Resepi sama saja macam resepi kek marbel disini,cuma gantikan saja dengan mentega kacang. Jom semak resepi.


Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum     )
1 sudu teh baking powder  ) ayak bersama
2 cawan majerin
1 1/4 cawan gula pasir dimesin halus
2 biji telur 
4 biji putih telur
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar mentega kacang
4 sudu besar serbuk coklat


Cara nak mengadun..
  1. Putar mentega dan gula hingga betul2 kembang.
  2. Masukkan sebiji telur.putar hingga betul2 sebati baru masukkan sebiji lagi.Ulang hingga habis.
  3. Masukkan pula susu dan esen vanila.Putar sebentar.
  4. Setelah sebati cedok sedikit2 tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi.putar perlahan.(guna tangan aje pon ok juga).
  5. Setelah sebati ambil sedikit adunan masukkan dalam mangkuk. Masukkan mentega kacang dan adun sebati.
  6. Baki adunan yang tinggal, dicampurkan dengan serbuk coklat. Sebatikan.
  7. Masukkan ke dalam telah disapu dengan mentega dan ditabur tepung. Selang selikan antara adunan coklat dan mentega kacang.
  8. Bakar 180c selama 50 minit menggunakan api bawah. Cucuk ngan lidi, kalau tak masak ,tambahkan sedikit masa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan