Jumaat, 29 November 2013

Pengat Pisang Bersagu

Mudah saja membuatnya. Tapi disebabkan bahan utamanya menggunakan santan maka jarang-jaranglah dibuat. Sedap dimakan panas atau disejukkan dalam peti sejuk. Masa kecik-kecik dulu kalau nak makan suka patahkan biskut crackers(masa tu panggil biskut lemak je) dan masukkan sekali ke dalam pengat . Terasa lemak-lemak masin dan kerangupan biskut tu yang menambahkan lagi keenakkannya.

Tidak menggunakan sagu mata ikan tetapi sebaliknya menggunakan tepung sagu yang telah dibancuh dengan sedikit air panas. Setelah diuli sebati, canai dan dan gunting doh mengikut saiz dan selera masing-masing. Barulah puas makan. Antara ilmu yang ibunda turunkan. Jom intai resepi..



Bahan-bahan:

santan dari sebiji kelapa
5 biji pisang nangka/ pisang raja
sebiji ubi keledek saiz sederhana -potong dadu
seketul gula melaka
sedikit gula merah- masak dan ditapis
secubit garam

Bahan tepung sagu:

tepung sagu secukupnya
sedikit air panas

Caranya:
 Bancuh tepung sagu dengan air panas. Tuang air panas tu sikit-sikit. takut terlembik pula nanti. Menggunakan sudu,kacau hingga mendapat doh yang kental. Canai doh nipis dan gunting memanjang kecil.


ni lah hasilnya...


Cara membuat pengat pula:
  1. Rebus ubi keledek yang telah dipotong dadu lembut. Jangan terlalu empuk nanti hancur sebab akan dimasak pula bersama santan nanti.
  2. Tuang santan dalam periuk,masukkan pisang,gula melaka dan gula merah. Kacau mesra.
  3. Setelah seketika,masukkan pula keledek.
  4. Apabila hampir mendidih masukkan bancuhan tepung sagu yang telah disiapkan terlebih dahulu.
  5. Kacau hingga mendidih dan warna sagu berubah menjadi sedikit jernih. Masukkan secubit garam untuk menimbulkan rasa lemaknya.
  6. Padam api. Sedia dihidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan