Sabtu, 21 November 2015
Kek Minyak
Isnin, 9 November 2015
Isnin, 5 Oktober 2015
Puding Roti Blueberry cheese
Assalamualaikum dan salam sejahtera... hari ni rajin tak rajin terpaksalah Cik T merajinkan juga diri membuat puding roti untuk dijadikan sarapan kami empat beranak pagi ni. Anak anak masih bercuti akibat kesan jerebu yang melanda negara sekarang ni. Lagi pon sayang juga bila terpandang sebuku roti yang dibeli sebelum pergi ke Mersing jumaat lepas masih belum terusik..jom tngk resepi
Bahan:
7 keping roti potong
3 biji telur
1 tin susu sejat
4 sudu besar gula
1 s/t esen vanila
Blueberry filling secukupnya
Cheedar cheese secukupnya
Serbuk kayu manis- opsyen
Cara:
1.Panaskan ketuhar.
2.Campurkan susu sejat,gula,telur dan e.vanila. Kacau sebati.
3. Potong roti menjadi kepingan kecil menjadi 16 bahagian. Masukkan dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu.
4. Ambil sehelai plastik yang telah dipotong sedikit muncungnya. Masukkan blueberry filling dan paipkan sedikit sedikit dia atas dan dicelah celah potongan roti.
5. Setelah siap tuang adunan susu kedalam loyang berisi roti tadi.
6. Tekan tekan sedikit supaya roti terendam sepenuhnya.
7.Sagatkan keju cheedar secukupnya.
8. Bakar 180- 200c atau hingga masak.
9. Sedap hidang panas atau sejuk.
Jumaat, 25 September 2015
Kek Lapis Batik Milo Cheese
Salam sejahtera,jom melapis kita..tapi lapis yang senang2 je...mudah, senang dan yang paling penting...uummmpphhh sedappp..Jom kepada siapa yang belum pernah cuba..
Bahan bahannya:
A
250 gram creamcheese
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar air
1 sudu besar ovellat
B
1 cawan milo
1/2 cawan mentega
1/2 cawan susu pekat
Sedikit coklat masakan-lebih kurang sebesar saiz kotak mancis.
Sebungkus biskut deluxe cream crackers Hup Seng- guna separuh saja
Cara caranya:
1.Alaskan loyang atau bekas yang sesuai dengan plastik bersih.
2.Satukan kesemua bahan A, pukul kembang, ketepikan.
3.Menggunakan api kecil,kacau semua bahan B menjadi larut. Setelah semua bahan larut dan menjadi sedikit pekat,matikan api.
4.Ambil biskut dan susun diatas loyang. 5.Cedok sedikit adunan coklat dan sapu rata diatas permukaan biskut.
6.Susun lagi biskut diatas lapisan adunan coklat ,sapu rata pula adunan cheese tadi.
7.Untuk memudahkan kerja,saya masukkan adunan cheese ke dalam paiping beg dan picitkan diantara ruang biskut dan sedikit diatas permukaan biskut.
8.Kemudian,ratakan dengan sudu.
Ulang langkah 4 dan 5 hingga habis
,dan akan menghasilkan tiga lapisan coklat dan dua lapisan cheese.
9.Tutup loyang dan simpan didalam peti sejuk semalaman.
Cucur Susu Lemak Manis
Assalamualaikum..salam pagi..jom sarap cucur kita..
Bahan-bahan :
1 1/4 cawan tepung gandum -
1/2 sk baking powder -ayak bersama
1/2 sk bicarbonate soda -
6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
1/2 cawan susu segar @ cair
garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1.Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.
2.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
3.Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan.
4.Untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.
5.Angkat cucur dan hidangkan. Sedap dimakan bersama sambal tumis.
Cucur tetap sedap walaupun pon setelah semalaman.
Snow Cheese Cake
Assalamualaikum...buat cheese kek Cik T hari ni...dah lama sebenarnya nak mencuba,simpan resepi pon da bertahun2..akhirnya menjadi juga hari ni. Kek yang memang sangat sedap,tapi bila teringat cheese tu...eeerrrr tak sanggup rasa nak makan.. Macam biasa Cik T ambil resepi dari dapur kak yatie,blog yang menjadi pilihan utama apabila ingin mencari sesuatu resepi..suka sangat tengok hasil tangan beliau..
Bahan-bahan :
(loyang 4 segi 8 inci)
150gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
150 gm gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
1 sudu teh esen vanila- Cik T tambah
Pewarna dan pandan paste secukupnya- Cik T tambah
Cara-cara :
1.Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2.Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3.Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 4.Gaul sebati semuanya.
5.Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
6.Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
7.Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
8.Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. Kalau tak hias pun takpe.
UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Jumaat, 21 Ogos 2015
Kek Lapis Evergreen Cheese
Assalamualaikum..hari ni nk postkan balik resepi yang Cik t pon tak perasan entah bila terpost.. Buka blog tadi baru perasan rupanya resepi tu x complete lg..maaf ya kalau ada sesiapa yang dah terbaca sebelum ni.
Resepi dari kak dayang jack..tapi copy dari blog hasue...tq all...
Bahan-bahan :
Loyang 8" x 8"
10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla
150g cream cheese- Cik t tambah
Cara -cara :
1.Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
2.Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
3.Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. 4.Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla.
5.Kacau hingga betul-betul sebati. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. 6.Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
7.Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas).
8.Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
9.Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Untuk membuat lapis evergreen cheese :
Ambil dalam 2 senduk adunan yang telah siap putar dengan 150g cream cheese hingga sebati.
Masukkan dalam plastik bag paip berselang seli dengan adunan asal.
Rujuk gambar diatas.
Cara-cara menyimpan kek :
Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Rabu, 18 Mac 2015
Udang Sanggul
Jom menyanggul udang..sedapnye udang ni..tapi nak buat memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membuatnye.. Nak makan sedapkan kena seksa la sikit. Tapi hasilnye cukup berbaloi... Jom sapa nak cuba....
Udang secukupnya
Kulit popia bersaiz besar- digunting memanjang selebar 1 cm.
Tepung gandum untuk menyalut udang-sebagai ejan pelekat
Garam
-Bersihkan udang. Kopek kulit tapi tinggalkan sedikit dibahagian ekornya.
-Setelah siap gaul garam secukup rasa.
-Ambil seekor celup kedalam tepung yang dibancuh cair.
- Balut udang dengan kulit popia sesempurnanya.
- Goreng keperangan. Angkat dan toskan.
Karipap pusing
Salam dipetang hari.. Dah lama sebanar nye berhajat nak buat karipap pusing ni. Hinggalah petang kelmari tertunai juga hajat dihati.. Google punya google,terjumpalah resepi dari umah kak yatie.Resepi asal dari Shiela..tq kakak2 berdua..
BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin
CARA-CARA:
1.Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. 2.Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.
BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)
CARA-CARA Untuk doh B :
1.panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.
2.Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.
3.Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.
4.Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.
CARA MEMBUAT NYA:
1.Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .
2.Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis.
3.Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi.
4.Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
5.Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja.
6.Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
7.Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...
BAHAN INTI:
8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada ayam atau daging di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu serbuk cili/cili kisar
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA
1.Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
3.Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
4.Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.
Ahad, 1 Februari 2015
Roti Sarang Lebah
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Jumaat, 30 Januari 2015
Kerepek ngaku@arrow head
Assalamualaikum..dah berapa hari ni asyik tengok kawan kawan dok tayang kerepek ngaku je.. Tak bole jadi, nak kena cuba juga ni. Pagi tadi pergilah Cik T mencari ngaku. Alhamdulillah ada rezki,jumpa juga di Econsave.
Inilah baru pertama kali Cik T merasa kerepek ni. Ngaku ni biasanya akan muncul dengan banyaknya apabila tiba perayaan Tahun Baru Cina. Sibuk kaum cina membeli untuk membuat persiapan perayaan mereka,kita pun sama sibuk memilih nak buat kerepek. Lemak rasa kerepek ngaku ni. Kalau nak rasa silalah buat sendiri.Heee...Buat ngonyel ngoyel sambil duduk depan tv pun ok juga.
Apa yang perlu:
Ngaku secukupnya
Sedikit majerin
Air garam- ikut kadar kemasinan yang diingini
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
1.Kupas ngaku. Jangan dibuang jambul yang ada pada buah ngaku. Jika dibuang akan menyukarkan semasa proses menyagat nanti. Bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak. Parut ngaku dalam anggaran untuk sekali digoreng. Jika dibiarkan terlalu lama setelah diparut akan menyebabkan ngaku melekat sesama sendiri.
3. Pada permulaan,gunakan api perlahan. Kacau agar kerepek masak sekata.
4. Apabila nampak kerepek sudah sedikit kecut ,kuatkan sedikit api dan ceduk sesudu air garam. Biarkan ia masak sambil sentiasa dikacau.
5. Setelah kerepek kelihatan hampir garing masukkan kurang lebih sesudu marjerin.
6. Kacau sebati. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Selamat menikmati kerepek ngaku....
Selasa, 27 Januari 2015
kek lapis strawberi coklat rice
Amat menarik sekali koleksi resepi kek lapis dari buku beliau. Tetapi kebiasaan dalam resepi kek lapisnya jumlah telur yang digunakan agak banyak. Stulah hanya dua ke tiga resepi dari dua buah koleksi buku darinya yang Cik T pernah buat. sukatan bahan bahannya telah pun CikT kurangkan sedikit kerana kek menjadi terlalu tinggi jika dibuat menggunakan loyang 7x7inci dan sukatan auns telah ditukar kepada gram. Jom tengok bahan bahannya.
Bahan bahan:
455g Mentega~ *360g
200g Gula kastor~ *160g
200g Tepung hongkong~ *160g
150g Susu tepung nespray~ *120g
150g Horlicks~ *120g
10 biji Telur
1 s/teh Serbuk penaik
1 s/teh Ovallate
1 s/teh Esen vanila
2 s/makan Perisa strawberi-Cik T tambah
Pewarna merah muda
Sedikit pewarna kuning
Coklat rice untuk ditabur
*sukatan yang telah dikurangkan
Cara membuat:
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan ovallate putar lagi. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
- Masukkan esen vanila dan bahan yang telah diayak. Putar sebati.
- Setelah siap bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu merah muda dan satu lagi kuning cair.
- Cedok empat sudu makan dan ratakan didalam loyang menggunakan sudu.
- Lapis 3 lapisan bagi setiap warna. Dimulakan dengan adunan yang berwarna kuning.
- Babur coklat rice diatas setiap lapisan adunan strawberi. Bakar menggunakan api atas selama 2-3 minit menggunakan suhu anatara 200c-220c bergantung pada suhu kepanasan oven masing masing.(jika proses membakar terlalu lama akan menyebabkan kek menjadi kering).
- Apabila lapisan atas keperangan angkat dan tekan permukaan kek menggunakan penekan khas untuk kek lapis. Jika ingin kek yang lembap,sapu sedikit butter pada setiap lapisan yang telah dibakar.
- Ulangi proses melapis hingga habis mengikut turutan warna.
kek lapis pelangi
360gm Butter anchor/scs/golden churn
320gm Susu pekat
10 biji Telur
128gm Gula castor
136gm Serikaya
160gm Tepung hong kong } ayak
40gm Horlicks }bersama
40gm Serbuk santan }
1 s/teh Esen vanila
1 s/besar Ovellate
(loyang 7x7inci)
Cara cara:
- Panaskan oven 200-210c mengikut suhu oven masing masing. Griskan loyang alas dengan kertas baking. Proses membakar kek lapis ni memerlukan suhu oven yang tinggi supaya kek tidak memerlukan masa yang terlalu lama dimasak untuk mengelakkan kek menjadi kering.
- Pukul bahan A hingga kembang putih dan gebu. Ketepikan.
- Dalam bekas lain,putar telur,gula,ovellate dan esen vanila.putar hingga adunan kembang.
- Apabila telah kembang masukkan bahan yang telah diayak dan bahan A. Pukul menggunakan speed perlahan,akhiri dengan kelajuan tinggi
- Setelah siap bahagi kepada warna pilihan. Timbang adunaa supaya sama rata. Pastikan setiap warna mendapat lapan sudu besar agar setiap warna dapat menghasilkan dua lapisan warna.
- Cedok empat sudu makan dan ratakan didalam loyang menggunakan sudu. Bakar menggunakan api atas selama 2-3 minit bergantung pada suhu kepanasan oven.(jika proses membakar terlalu lama akan menyebabkan kek menjadi kering).
- Apabila lapisan atas keperangan angkat dan tekan permukaan kek menggunakan penekan khas untuk kek lapis. Jika ingin kek yang lembap,sapu sedikit butter pada setiap lapisan yang telah dibakar.
- Ulangi proses melapis hingga habis mengikut turutan warna dengan penuh sabar ya. Seperti sedia maklum membuat kek lapis memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Isnin, 26 Januari 2015
Kek Coklat Barbie
Tetapi disebabkan terlalu banyak gambar yang terperuk kat dalam pendrive ni akibat tak cukup masa nak update(kononnya..heee....)maka banyak jugalah gambar yang disimpan hilang. kemana perginya..Cik T pon tak taw...Berazam nak postkan tiga resepi kek malam ni. Tapi kalau berjaya masukkan satu pun kira ok jugalah ya...Oklah terus kepada cerita kek kita,tentu ramai yang dah perasankan kek Cik T ni ada unsur unsur kacukkan Barbie dan kartun Frozen tu..Heee inilah hasilnya jika buat kek tiada perancangan awal..Maka dengan itu terhasilah kek yang Cik T gelar sebagai "kek barbie pinjam baju frozen"...sesuai sangatlah dengan hasil keknya. Kalau korang nak gelak ketawa tertonggeng tonggeng sekali pon Cik T tak marah...Sebab kami sendiri pun geli hati melihat hasilnya..
Sebenarnya Cik T buat kek ni semperna menyambut ulang tahun anak dara kecik Cik T yang genap usianya 2 tahun pada 1.1.1015 lepas. Memang tak da planning pun nak buat kek ni pada awalnya tapi bila ayahnya ngajak balik ke rumah neneknya pada petang hari itu, maka dengan pantas dan semangat kreatifnya,menggunakan segala apa yang hanya ada didalam rumah Cik T pun ke dapur untuk menghasilkan sebiji kek apabila teringatkan anak anak saudara yang jaga ada pulang pada hari tu. Dan dari itulah terhasilnya kek kacukkan ini. Yala kan budak ni kalau tengok kek mesti gembira. Cam kita kecik kecik dulu jugalah :-)
Tapi serious Cik T cakap kek coklat ni memang sedap..Rugi tak cuba.
170gm mentega- Cik T guna butter Anchor
125gm gula perang
125gm gula kastor
225gm tepung gandum
40gm serbuk koko
1 s/teh serbuk penaik
1/2 s/teh soda bicarbonat
1 s/teh esen vanila
3 biji telur A
200ml susu perisa coklat
1s/teh air panas
1/2 s/teh nescafe
Cara cara:
- Panaskan oven170c. Griskan loyang 8 inci dengan butter dan tepung. Alas loyang menggunakan kertas baking.
- Ayak tepung,serbuk koko,soda bicarbonat dan baking powder.Kalau rajin ayak tiga kali.kalau tak sekali pon dah cukup.
- Bancuh 1 s/teh air panas bersama serbuk nescafe.
- Pukul mentega,gula perang dan gula castor hingga gebu. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul sempurna setiap kali telur dimasukan.
- Bahagikan tepung kepada tiga bahagian. Mulakan dengan memasukkan tepung berselang seli dengan cecair dan pastikan diakhiri dengan tepung .
- Akhir sekali masukkan esen vanila dan bancuhan nescafe. Pukul lebih kurang seminit.
- Masukkan dalam loyang bakar 50 ke 60 minit.atau cucuk kek menggunakan lidi dibahagian tengah kek.
- Kek masak apabila adunan tidak melekat pada lidi.
*rasa cam ngantuk je mata ni...nampaknya dua lagi resepi kek tu lain kali lah ya...