Isnin, 26 Januari 2015

Kek Coklat Barbie

   Assalammualaikumm dan selamat malam buat semua..Lamanya rasa tak jengah ke dapur sendiri..Sungguh pantas masa berlalu pejam celik pejam celik tak terasa sudah hampir ke penghujung bulan Januari sudah kita ditahun ini. Sejak kebelakangan ini payah benar rasanya nak curi waktu untuk update blog.. Nak update guna handfon memanglah boleh tapi kualiti gambarnya kurang memuaskan..Sakit mata Cik T ni apabila memandang gambarnya seperti gambar resepi ikan parang goreng cili sama peria dan apam susu tempoh hari...Gambarnya kurang jelas dan sedikit kabur.

      Tetapi disebabkan terlalu banyak gambar yang terperuk kat dalam pendrive ni akibat tak cukup masa nak update(kononnya..heee....)maka banyak jugalah gambar yang disimpan hilang. kemana perginya..Cik T pon tak taw...Berazam nak postkan tiga resepi kek malam ni. Tapi kalau berjaya masukkan satu pun kira ok jugalah ya...Oklah terus kepada cerita kek kita,tentu ramai yang dah perasankan kek Cik T ni ada unsur unsur kacukkan Barbie dan kartun Frozen tu..Heee inilah hasilnya jika buat kek tiada perancangan awal..Maka dengan itu terhasilah kek yang Cik T gelar sebagai "kek barbie pinjam baju frozen"...sesuai sangatlah dengan hasil keknya. Kalau korang nak gelak ketawa tertonggeng tonggeng sekali pon Cik T tak marah...Sebab kami sendiri pun geli hati melihat hasilnya..

     Sebenarnya Cik T buat kek ni semperna menyambut ulang tahun anak dara kecik Cik T yang genap usianya 2 tahun pada 1.1.1015 lepas. Memang tak da planning pun nak buat kek ni pada awalnya tapi bila ayahnya ngajak balik ke rumah neneknya pada petang hari itu, maka dengan pantas dan semangat kreatifnya,menggunakan segala apa yang hanya ada didalam rumah Cik T pun ke dapur untuk menghasilkan sebiji kek apabila teringatkan anak anak saudara yang jaga ada pulang pada hari tu. Dan dari itulah terhasilnya kek kacukkan ini. Yala kan budak ni kalau tengok kek mesti gembira. Cam kita kecik kecik dulu jugalah :-)
Tapi serious Cik T cakap kek coklat ni memang sedap..Rugi tak cuba.




Bahan bahan:
170gm mentega- Cik T guna butter Anchor
125gm gula perang
125gm gula kastor
225gm tepung gandum
40gm serbuk koko
1 s/teh serbuk penaik
1/2 s/teh soda bicarbonat
1 s/teh esen vanila
3 biji telur A
200ml susu perisa coklat
1s/teh air panas
1/2 s/teh nescafe

Cara cara:

  1. Panaskan oven170c. Griskan loyang 8 inci dengan butter dan tepung. Alas loyang menggunakan kertas baking.
  2. Ayak tepung,serbuk koko,soda bicarbonat dan baking powder.Kalau rajin ayak tiga kali.kalau tak sekali pon dah cukup.
  3. Bancuh 1 s/teh air panas bersama serbuk nescafe.
  4. Pukul mentega,gula perang dan gula castor hingga gebu. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul sempurna setiap kali telur dimasukan.
  5. Bahagikan tepung kepada tiga bahagian. Mulakan dengan memasukkan tepung berselang seli dengan cecair dan pastikan diakhiri dengan tepung .
  6. Akhir sekali masukkan esen vanila dan bancuhan nescafe. Pukul lebih kurang seminit.
  7. Masukkan dalam loyang bakar 50 ke 60 minit.atau cucuk kek menggunakan lidi dibahagian tengah kek.
  8. Kek masak apabila adunan tidak melekat pada lidi.
Untuk bahan toppingnya tu Cik T cuma campurkan fresh cream dan sedikit cream cheese yang diputar hingga kental...SELAMAT MENCUBA....

*rasa cam ngantuk je mata ni...nampaknya dua lagi resepi kek tu lain kali lah ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan