Rabu, 28 Mei 2014

Perfect' Kek Marbel

Kek marbel lagi...tapi kali ni lain sikit cara penyediaannye..Cik T menggunakan telur yang telah disejukkan terlebih dahulu. Cam tu lah jadi kalau dah namanya hantu kek marbel ni, macam-macam cara nak dicubanya. Walaupun menggunakan telur yang telah sejuk, kek yang dihasilkan molek saja kejadiannya. Dan dari pemerhatian Cik T hasil kek marbel kali ni lebih halus tekturnya..lembut je terasa bila masuk ke dalam mulut...uUmmm sedap... Cik t memang suka kek segini. Memang menepati citarasa anak tekak ni.. Bagi yang nak merasa silakan lah ya mencuba sendiri..



Bahan- bahan:
2 cawan tepung        } ayak
1 s/t baking powder} bersama
1 3/4 cawan mentega
6 biji telur-sejuk dari peti ais
1 1/4 cawan gula pasir- kisar halus
2 s/b susu pekat
1 s/t esen vanila
2-3 titik esen pisang
2 s/b serbuk koko




Cara cara:
1. Putar mentega & gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur 1 per 1. Setelah sebati masukan susu pekat dan esen vanila. Putar lagi 3-4 mnt.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Setelah siap, putar adunan selama 1-2 minit menggunakan kelajuan paling rendah.
4. Bahagikan  tiga bahagian. Satu bahagian dicampur serbuk coklat. Dua bahagian lagi dicampur dengan esen pisang terlebih dahulu kemudian bahagikan kepada dua bahagian lagi. Satu bahagian berwarna merah jambu dan satu lagi biarkan warna asal.
5. Masukkan dalam loyang yang disapu dengan mentega dan ditabur tepung.
6. Bakar 180c atau mengikut kepanasan oven masing-masing selama 50mnt. Gunakan api bawah sahaja.
7.Cucuk dengan lidi. Kalau tiada tepung yang melekit pada lidi dah masak ler tu.
8. Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan