Rabu, 28 Mei 2014

Kuih Puteri Ayu

Selamat pagi semua..Pagi-pagi gini kalau dapat 3-4 ketul kuih puteri ayu buat sarapan memang sedap. Cik t buat kuih ni petang semalam. Kira minum petang merangkap sarapan pagilah ni. Orang tak rajin ginilah caranya. Heheee...
Cik t ambil dan copy resepi kuih ni dari dapur Kak Yatie yang sangat rajin tu. Kagum ngan kerajinan Kak Yatie ni. Kalau nak cari apa-apa resepi terutama resepi kuih Cik t suka rujuk ke dapur beliau. Jomlah ke dapur beliau jika ingin melihat kuih puteri ayu yang pelbagai warna dan rasa. Izinkan saya kongsi resepinya disini pula ya.



 Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )
  • 4 biji telor 
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran
Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
INTI KELAPA - 
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

TERIMA KASIH KAK YATIE...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan