Selasa, 27 Mei 2014

Nasi Ayam Rasa Saya...

Salam 1 Malaysia semua.. Sudah masuk dua kali dalam seminggu ni Cik t membuat nasi ayam.. Masa buat itu hari rasa cam tak puas makan pula. Tu yang Cik t balas dendam buat lagi sekali tu.
Jom layan resepi...



Penyediaan ayam:
  • Seekor ayam dipotong empat dan dibersihkan.
  • Setelah itu campakkan 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang diketuk. Rebus kurang lebih 5-10 minit api sederhana. 
  • Biarkan ayam masak tapi jangan terlalu lama. Agak agak nampak da masak tu angkat dan toskan.
  • Perap ayam bersama sedikit gula melaka dan sos tiram. Jika mahu lebih mudah gunakan saja kicap abc.
  • Perap dalam 1/2 jam.
  • Setelah itu goreng ayam dalam minyak yang banyak. Jangan goreng ayam terlalu lama untuk menggelakkan ayam menjadi keras. Cukup sekadar menggelapkan bahagian luarnya sahaja.
  • Baki bahan perapan ayam jangan dibuang, gunakan sewaku membuat kuah kicap nanti.
Bahan nasi:
3 cawan beras
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia -diketuk
3 batang serai -diketuk
2 helai daun pandan -disimpul
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 ketul kiub ayam
1 cawan air rebusan ayam-yg selebihnya tambah air biasa
Sedikit mentega dan minyak masak.

Caranya:
  1. Cuci bersih beras. masukkan 1 cawan air rebusan ayam dan tambah air biasa. Sukat seperti masak nasi biasa.
  2. Dalam kuali panaskan minyak.masukkan mentega. Apabila panas, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  3. Tumiskan juga halia, serai yang diketuk dan daun pandan yang disimpul.
  4. Apabila bahan tumis garing padam api dan curahkan semuanya ke dalam periuk nasi.
  5. Setelah siap, masukkan juga serbuk kayu manis,kiub ayam dan garam.
  6. Biarkan masak.
Sup ayam: 
2 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih   }dimayang
Air rebusan ayam
1inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 kiub ayam
Daun bawang/ sup secukupnya

Caranya:
  1. Didihkan air rebusan ayam.
  2. Tambahkan 1 inci kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang.
  3. Masukkan juga 1/2 ketul kuib ayam.
  4. Perasakan dengan garam, padam api.
  5. Apabila hendak makan tabur daun sup dan daun bawang.
Kuah cili:
5-6 biji cili merah
3-4 biji cili padi
1/4 inci halia
1 ulas bawang putih
Garam gula secukup rasa

Cara- cara:
  1. Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar.
  2. Kisar hancur dan sesuaikan mengikut citarasa.
Kuah kicap: 
  • Ambil bahan perap ayam tadi tambahkan 3-4 sudu besar sos tiram.
  • Masak semua bahan atas api.
  • Sesuaikan mengikut rasa. Siap.
  • Selamat mencuba..seeedaappp...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan