Isnin, 26 Mei 2014

Kari Ikan Tongkol Dua Rempah

Salam semua, banyak sungguh entri tertunggak Cik t ni... Bila ada sedikit masa sebegini barulah dapat peluang memasukkan seberapa banyak entri yang dapat. Tarikh pada gambar pun sudah cukup untuk menunjukkan kelewatan :-).. Sebenarnye dah lama juga lah tekak ni ngidam nak makan kari. Alhamdulillah dapat juga menikmatinya. Kali ni Cik t menggunakan campuran rempah kari ikan bersama dengan rempah kari daging. Seperti biasa Cik t tidak menggunakan santan jika membuat kari ikan.. Bagi yang ingin merasai kari dari hasil campuran dua rempah ini bolehlah mencubanya..Serius sedap pada tekak Cik t..hee. Selamat mencuba...




Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan tongkol hitam
3 biji bawang putih  
2 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 peket rempah kari ikan-adabi
1 peket rempah kari daging pedas-babas
sedikit asam jawa
1 liter air
1/2 sudu halba campur
1/2 sudu jintan manis
5 biji cili akar
1 biji cili merah
sayur bendir secukupnya
tomata ceri
garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Cuci bersih ikan. Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun kari, halba campur, jintan manis dan bahan tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan pula rempah kari. Tuang sedikit air agar rempah tidak mudah hangus. Kacau rata. Tumis hingga garing. Jika hendak membancuh rempah dengan sedikit air pun ok juga.
  4. Setelah garing tuangkan air asam jawa. Masukkan pula kepala ikan. Masukkan juga sayur bendir, tomato ceri dan cili akar. Kacau dan biarkan sebentar.
  5. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kepekatan kuah mengikut selera masing-masing.
  6.  Letakkan cili merah yang telah dibelah dua. Biarkan mendidih sebentar. Padam api
Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan