Rabu, 28 Mei 2014

Kuih Puteri Ayu

Selamat pagi semua..Pagi-pagi gini kalau dapat 3-4 ketul kuih puteri ayu buat sarapan memang sedap. Cik t buat kuih ni petang semalam. Kira minum petang merangkap sarapan pagilah ni. Orang tak rajin ginilah caranya. Heheee...
Cik t ambil dan copy resepi kuih ni dari dapur Kak Yatie yang sangat rajin tu. Kagum ngan kerajinan Kak Yatie ni. Kalau nak cari apa-apa resepi terutama resepi kuih Cik t suka rujuk ke dapur beliau. Jomlah ke dapur beliau jika ingin melihat kuih puteri ayu yang pelbagai warna dan rasa. Izinkan saya kongsi resepinya disini pula ya.



 Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )
  • 4 biji telor 
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran
Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
INTI KELAPA - 
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

TERIMA KASIH KAK YATIE...

Perfect' Kek Marbel

Kek marbel lagi...tapi kali ni lain sikit cara penyediaannye..Cik T menggunakan telur yang telah disejukkan terlebih dahulu. Cam tu lah jadi kalau dah namanya hantu kek marbel ni, macam-macam cara nak dicubanya. Walaupun menggunakan telur yang telah sejuk, kek yang dihasilkan molek saja kejadiannya. Dan dari pemerhatian Cik T hasil kek marbel kali ni lebih halus tekturnya..lembut je terasa bila masuk ke dalam mulut...uUmmm sedap... Cik t memang suka kek segini. Memang menepati citarasa anak tekak ni.. Bagi yang nak merasa silakan lah ya mencuba sendiri..



Bahan- bahan:
2 cawan tepung        } ayak
1 s/t baking powder} bersama
1 3/4 cawan mentega
6 biji telur-sejuk dari peti ais
1 1/4 cawan gula pasir- kisar halus
2 s/b susu pekat
1 s/t esen vanila
2-3 titik esen pisang
2 s/b serbuk koko




Cara cara:
1. Putar mentega & gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur 1 per 1. Setelah sebati masukan susu pekat dan esen vanila. Putar lagi 3-4 mnt.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Setelah siap, putar adunan selama 1-2 minit menggunakan kelajuan paling rendah.
4. Bahagikan  tiga bahagian. Satu bahagian dicampur serbuk coklat. Dua bahagian lagi dicampur dengan esen pisang terlebih dahulu kemudian bahagikan kepada dua bahagian lagi. Satu bahagian berwarna merah jambu dan satu lagi biarkan warna asal.
5. Masukkan dalam loyang yang disapu dengan mentega dan ditabur tepung.
6. Bakar 180c atau mengikut kepanasan oven masing-masing selama 50mnt. Gunakan api bawah sahaja.
7.Cucuk dengan lidi. Kalau tiada tepung yang melekit pada lidi dah masak ler tu.
8. Selamat mencuba...

Masak Lemak Siput Sedut Sama Nanas

Hari Sabtu yang lepas semperna menyambut kedatangan kakak ipar Cik t dari Johor Cik t telah memilih untuk menghidangkan masak lemak cili padi bersama nanas. Walaupun dirumah kami jarang memilih menu masak lemak sebagai hidangan tetapi entah macam mana pula boleh terfikir waktu itu untuk memilih hidangan ini untuk menjamu mereka. Tapi alhamdulillah...walaupun idea nak masak lemak siput ni datang mengejut, tetap berselera Cik T tengok masing- masing menyedut seekor demi seekor siput dari dalam mangkuk.. Memang sodap masakan orang nogori ni...






Bahan bahan:
2 bungkus siput sedut
1 biji kelapa- perah2 kali santannya
segenggam cili padi
sebiji bawang besar
5 inci halia
3 batang serai
Sebiji nanas
Garam secukup rasa

Caranya:

  1. Bersihkan siput. potong bahagian belakangnya. Cara yang lebih mudah gunakan playar atau playar kakaktua kepit dibahagian belakangnya. Cara begini lebih mesra alam sikit :-). lebih cepat,mudah dan bersih. 
  2. Dah siap, cuci bersih sekali lagi siput. Tos dan ketepikan. Jangan lupa tutup ya. Nanti siput tu explor satu umah pulak :-D.
  3. Buang kulit nanas. Potong kecil.
  4. Tumbuk cili padi,bawang besar dan kunyit hidup hingga lumat.
  5. Setelah siap masukkan siput,serai yang telah dititik dan bahan tumbuk kedalam periuk. Masak atas api sederhana. Biarkan air siput dan nanas kering. Kalau tak buat gini nanti takut kuahnya kuat berbau hanyir siputnya.
  6. Setelah airnya kering, masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  7. Masak hingga mendidih menggunakan api kecil dan sentiasa dikacau.
  8. Siap untuk dihidang..

Selasa, 27 Mei 2014

Nasi Ayam Rasa Saya...

Salam 1 Malaysia semua.. Sudah masuk dua kali dalam seminggu ni Cik t membuat nasi ayam.. Masa buat itu hari rasa cam tak puas makan pula. Tu yang Cik t balas dendam buat lagi sekali tu.
Jom layan resepi...



Penyediaan ayam:
  • Seekor ayam dipotong empat dan dibersihkan.
  • Setelah itu campakkan 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang diketuk. Rebus kurang lebih 5-10 minit api sederhana. 
  • Biarkan ayam masak tapi jangan terlalu lama. Agak agak nampak da masak tu angkat dan toskan.
  • Perap ayam bersama sedikit gula melaka dan sos tiram. Jika mahu lebih mudah gunakan saja kicap abc.
  • Perap dalam 1/2 jam.
  • Setelah itu goreng ayam dalam minyak yang banyak. Jangan goreng ayam terlalu lama untuk menggelakkan ayam menjadi keras. Cukup sekadar menggelapkan bahagian luarnya sahaja.
  • Baki bahan perapan ayam jangan dibuang, gunakan sewaku membuat kuah kicap nanti.
Bahan nasi:
3 cawan beras
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia -diketuk
3 batang serai -diketuk
2 helai daun pandan -disimpul
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 ketul kiub ayam
1 cawan air rebusan ayam-yg selebihnya tambah air biasa
Sedikit mentega dan minyak masak.

Caranya:
  1. Cuci bersih beras. masukkan 1 cawan air rebusan ayam dan tambah air biasa. Sukat seperti masak nasi biasa.
  2. Dalam kuali panaskan minyak.masukkan mentega. Apabila panas, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  3. Tumiskan juga halia, serai yang diketuk dan daun pandan yang disimpul.
  4. Apabila bahan tumis garing padam api dan curahkan semuanya ke dalam periuk nasi.
  5. Setelah siap, masukkan juga serbuk kayu manis,kiub ayam dan garam.
  6. Biarkan masak.
Sup ayam: 
2 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih   }dimayang
Air rebusan ayam
1inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 kiub ayam
Daun bawang/ sup secukupnya

Caranya:
  1. Didihkan air rebusan ayam.
  2. Tambahkan 1 inci kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang.
  3. Masukkan juga 1/2 ketul kuib ayam.
  4. Perasakan dengan garam, padam api.
  5. Apabila hendak makan tabur daun sup dan daun bawang.
Kuah cili:
5-6 biji cili merah
3-4 biji cili padi
1/4 inci halia
1 ulas bawang putih
Garam gula secukup rasa

Cara- cara:
  1. Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar.
  2. Kisar hancur dan sesuaikan mengikut citarasa.
Kuah kicap: 
  • Ambil bahan perap ayam tadi tambahkan 3-4 sudu besar sos tiram.
  • Masak semua bahan atas api.
  • Sesuaikan mengikut rasa. Siap.
  • Selamat mencuba..seeedaappp...

Isnin, 26 Mei 2014

Kari Ikan Tongkol Dua Rempah

Salam semua, banyak sungguh entri tertunggak Cik t ni... Bila ada sedikit masa sebegini barulah dapat peluang memasukkan seberapa banyak entri yang dapat. Tarikh pada gambar pun sudah cukup untuk menunjukkan kelewatan :-).. Sebenarnye dah lama juga lah tekak ni ngidam nak makan kari. Alhamdulillah dapat juga menikmatinya. Kali ni Cik t menggunakan campuran rempah kari ikan bersama dengan rempah kari daging. Seperti biasa Cik t tidak menggunakan santan jika membuat kari ikan.. Bagi yang ingin merasai kari dari hasil campuran dua rempah ini bolehlah mencubanya..Serius sedap pada tekak Cik t..hee. Selamat mencuba...




Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan tongkol hitam
3 biji bawang putih  
2 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 peket rempah kari ikan-adabi
1 peket rempah kari daging pedas-babas
sedikit asam jawa
1 liter air
1/2 sudu halba campur
1/2 sudu jintan manis
5 biji cili akar
1 biji cili merah
sayur bendir secukupnya
tomata ceri
garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Cuci bersih ikan. Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun kari, halba campur, jintan manis dan bahan tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan pula rempah kari. Tuang sedikit air agar rempah tidak mudah hangus. Kacau rata. Tumis hingga garing. Jika hendak membancuh rempah dengan sedikit air pun ok juga.
  4. Setelah garing tuangkan air asam jawa. Masukkan pula kepala ikan. Masukkan juga sayur bendir, tomato ceri dan cili akar. Kacau dan biarkan sebentar.
  5. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kepekatan kuah mengikut selera masing-masing.
  6.  Letakkan cili merah yang telah dibelah dua. Biarkan mendidih sebentar. Padam api
Selamat mencuba....

Nasi Lemak Sama Stik Pelanduk dan Sos Black Paper

Salam sayang dipagi hari..semperna cuti Wesak minggu lepas berkesempatan Cik t menyediakan hidangan nasi lemak bersama dengan stik pelanduk beserta sos black papernye sekali. Alhamdulilah sedap sekali gabungan kedua-dua hidangan ini. Pada awalnya bercadang nak goreng kunyit saja daging pelanduk tu. Entah macam agaknye timbul pula idea untuk membuat stik. Walaupun kelam kabut sedikit kerana mengejar masa siap juga hidangan hari tu..

Lama juga Cik t simpan pelanduk ni,menunggu masa yang sesuai untuk dimasak..Hampir 2 bulan juga la Cik t menyimpannya. Bersemparna dengan kepulangan suami tersayang dari Jordan Cik t pun mengambil kesempatan untuk memasaknya. Walaupun telah lama disimpan, rasa kemanisan dagingnye masih terasa seperti daging baru..Alhamdulilah sedap sangat!!!

Resepi nasi lemak Cik t seperti biasa saja dan bagi resepi stik pelanduk juga pernah Cik t masukkan dulu disini dahulu. Tapi Cik t copykan lagi disini..






Bahan perap:
2 keping paha kancil
4 s/besar sos tiram
1 s/besar soscili/tomato
1 s/besar lada hitam biji@ 4 s/besar sos lada hitam
1 s/kecil sos perasa meggi-x letak pon x pe
2 ulas bawang putih

Jom buat..
1. Cuci bersih dan tos daging.
2. Campurkan semua bahan dlam satu bekas.
3. Masukkan daging rusa dan perap paling kurang 1/2 jam.
4. Panaskan pan pembakar.renjiskan sedikit minyak. Setelah panas masukkan daging yang diperap tadi. Tutup pan pembakar. Masak kurang lebih 15mnt. Balik-balikkan.
5. Setelah masak hidang bersama sos lada hitam. 

Sos lada hitam:
2 s/besar butter
2 s/besar tepung gandum
2-3 cawan susu segar
segenggam lada hitam-tumbuk kasar
2 s/besar hirisan cendawan butang
2 s/besar kicap pekat
seketul kiub ayam
garam

Cara-cara:
1. Cairkan butter dalam periuk.setelah cair masukkan tepung.
2. Apabila kelihatan sudah berbuih masukkan susu,lada hitam,cendawan,kiub ayam,kicap pekat dan garam.
3. Kacau pekat. Matikan api.

Roti Kentang

Kali pertama cuba buat roti kentang..Alhamdulillah menjadi walaupun tak segebu roti yang Che Mat Gebu hasilkan. Hasilnya segebu panggilan namanya.Jika ingin melihat hasilnya silalah kedapur beliau .. Cik t copy resepi dari dapur beliau. Harap Che Mat halalkan ya!!
Bagi yang teringin nak mencuba tu silalah ya. Pas ni da tak payah nak beli kat shoping lagi. Buat sendiri makan panas-panas lagi sedap...



 Bahan Doh :-)                                                                                                                                            
3/4 ca135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)

60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...
TERIMA KASIH CHE  MAT....