Ahad, 26 Januari 2014

Kari Kepala Ikan Merah Tanpa Santan


Salam pagi semua..Hari ni makan kari. Sebelum-sebelum ni ada juga ternampak ramai senior blogger kita tayang Kari Ikan Gaya Goa mereka seperti kak yatie, che mat dan ramai lagi. Terasa juga ingin mencuba tetapi mungkin belum sampai auranya kot untuk Cik t mencuba. Aik!!! nak masak pon guna aura ke?? Atau pon en.M yang banyak sangat dalam badan tu. Hee..

Jadi disebabkan auranya tak sampai lagi, Cik t pun masak je la kari kepala ikan tanpa santan ni. Memang jaranglah kalau Cik t masak kari ikan letak santan. Nak jaga kesihatan lah kononnya.. Tapi kari yang dimasak tu haruslah pekat,sebab cik abang saya suka kari yang pekat kuahnya. Dan lagi satu kepala ikan tu tak maw dibelah. Kurang terasa katanya kalau sudah dibelah dua. Buat kuahnya lebih-lebih nanti boleh cicah dengan roti. Kan sedap tu...






Bahan-bahannya:
seketul kepala ikan merah
4 sudu besar rempah kari ikan
4 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 s/besar cili kering yang telah dikisar
satu s/kecil halba campur
1/2 cwn air asam jawa
4-5 biji terung
2 biji cili merah
2 tangkai daun kari



Cara-caranya:
  1. Cuci bersih kepala ikan. Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun kari, halba campur dan bahan tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan pula rempah kari dan cili mesin. Tuang sedikit air agar rempah tidak mudah hangus. Kacau rata. Tumis hingga garing.
  4. Setelah garing tuangkan air asam jawa. Masukkan juga sayur terung. Kacau dan biarkan sebentar.
  5. Masukkan pula kepala ikan. Tambahkan sedikit air. Kepekatan kuah mengikut selera masing-masing.
  6.  Letakkan cili merah yang telah dibelah dua. Biarkan mendidih. Padam api
Selamat mencuba....

Khamis, 23 Januari 2014

Aiskrim Potong Kacang Merah

Ais kacang..Ais kacang..Ais kacang...Sapa mau ais kacang... huhuhuu...Tapi ini bukanlah ais kacang macam zaman dulu-dulu. Ais yang dikisar dan ditabur kacang tanah tumbuk tu. Ini adalah aiskrim potong kacang merah. Masa mula-mula dapat idea nak buat aiskrim ni, ada juga terfikir nak ke rakyat kat dalam rumah Cik t ni makan aiskrim tu nanti. Takut juga kalau dah buat nanti tak ada pula orang yang nak menghabiskannya. Dan akhirnya, Cik t lah juga yang jadi tong kitar semula lagi.. Aaarrrggh tak rela.

Alhamdulillah, setelah keesokan harinya, aiskrim pun telah mengeras, bukan main laju lagi tangan anak-anak mencedok aiskrim masukkan ke dalam cawan. " Mama buat aiskrim potong ke?? Sedaplah aiskrim ni mama,macam beli dekat kedai. Nanti mama buat lagi ea.." Komen yang sangat membina dari anak dara Cik t. Hehehee.. apalagi, dengar saja komen dari anak dara tu,berbunga-bungalah hati Cik t. Terus berkata dalam hati "ade can nak buat lagi lepas nih.." *-*) Ok la tak mo cerita panjang jom lihat resepi. Kalau nak tengok versi tiga rasa, jagung,coklat dan strawberi jemputlah ke sini.






Bahan-bahannya:

A
sebiji telur
satu tin susu pekat(505g)
satu tin air suam
1/2 tin susu segar
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar overlate

B
250 gram kacang merah
sepeket serbuk santan
:


Cara-caranya:
  1. Rebus kacang merah hingga lembut dan kering airnya.-seperti hendak membuat kuih rengas/kasturi
  2. Satukan semua bahan A kedalam mangkuk besar.- Adunan akan naik berkali ganda.
  3. Pukul hingga kembang, pekat, likat dan gebu. Kurang lebih 15-20 minit.
  4. Masukkan kacang merah yang telah direbus empuk dan serbuk santan. Putar lagi hingga sebati.
  5. Cedok dan masukkan dalam bekas dan bekukan semalaman.
  6. Setalah membeku bolehlah dinikmati mengikut serela masing-masing.Selamat mencuba.

Selasa, 21 Januari 2014

Sambal Pencicah

Menu yang simpel tapi kalau dah mula makan tak boleh nak berhenti rasanya.. Duduk-duduk sambil bersembang dapat pula sepiring sambal pencicah bersama jambu batu atau mangga muda,lagi rancaklah dibuatnya. Lagi pedas,lagi laju tangan menyuap..




Bahan-bahan:
10-15 tangkai cili kering -
5-6 sudu besar gula
sedikit belacan
kicap manis +masin secukupnya


Cara-caranya:
  1. Gunting dan rendam seketika cili kering dalam air panas
  2. Masukkan bahan- bahan lain kecuali kicap ke dalam pengisar kering.
  3. Kisar hingga gula dan cili hancur
  4. Tambahkan sedikit kicap. Bancuh jangan terlalu pekat atau cair.
  5. Dapat disimpan berbulan lamanya.







Nasi Kari Ayam Kampung

Salam hormat, nasi kari yang ke berapa kali pun dah tak sempat Cik t nak kira. Nasi ni dibuat dua minggu lepas, tetapi disebabkan rutin harian yang agak sibuk, tak sempatlah cik t nak entrikan. Tambahan lagi ada si kecil Dhiya,kita belum sempat nak taip jari jemari comel dia yang sampai dulu.

Berbalik pada kisah nasi kari, ini antara hidangan febret keluarga kami. Lepas buat nasi kari ayam kampung ni, minggu berikutnya,Cik t buat pula nasi kari daging untuk menjamu keluarga yang datang ke rumah semperna cuti Maulidur Rasul yang lepas. Licin satu periuk beso ko...hehee. Seronok tengok mereka makan. Masih menggunakan resepi yang sama seperti sebelum ni. Cuma ada sedikit +/- dari segi penggunaan bahan. Bagi penggemar kari bolehlah mencubanya. Rugi jika tidak merasai keenakannya. Selamat mencuba..




kiri: bahan untuk nasi   kanan :bahan untuk kari ayam
bawah : bahan untuk sayur


 Mula-mula sediakan dulu karinya..

Bahan-bahan kari :
seekor ayam- dibersih dan potong kecil2 biji bawang kecil   }2 ulas bawang putih } tumbuk
1 inci halia               }
2 batang serai         } titik
3 sudu besar serbuk kari
1 cawan santan pekat
garam
2 tangkai daun kari
2 inci kayu manis untuk menumis
 bunga lawang

Cara-cara:                                                                                                                                          
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk. Masukkan daun kari, kayu manis dan serai.
  2. Apabila sudah garing,masukkan serbuk kari. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam. Kacau rata,biarkan seketika.
  4. Masukkan santan. Perisakan dengan garam. Masak hingga kari menjadi sedikit kering. Ketepikan.




Bahan nasi pula(periuk 1 liter) :
2 cawan standart beras basmati
sebiji tomato- potong dadu
1/2 biji bawang holand - potong dadu
2 batang serai -titik
2 ulas bawang putih -hiris
1 inci halia  -hiris
2 inci kayu manis
sedikit butter untuk menumis
sedikit garam

Cara memasak..
  1. Basuh beras. Tanak seperti biasa.
  2. Dalam kuali,panaskan butter.Tumis semua bahan hingga layu.
  3. Masukkan dalam periuk nasi tadi.
Cara masukkan kari ayam..
Setelah nasi hampir kering,ceduk kari ayam dan letakkan di bahagian tengah-tengah nasi. Tutup tudung periuk.biarkan hingga masak. Setelah masak biarkan nasi selama setengah jam barulah dikacau rata.
Boleh dihidang bersama telur rebus,papadom dan sayur kegemaran. Tapi kali ni Cik t gantikan telur rebus dengan terubuk masin. Tetap meletop...

Jumaat, 17 Januari 2014

Laksa

Assalammualaikum...siapa suka makan laksa? Pasti ramai yang angkat tangan dirumah tu kan. Kalau ternampak semangkuk laksa pasti telan air liur dibuatnya. Ditambah lagi dengan aromanya. Uummm...

Membuatnya tidaklah sesukar mana. Tetapi memerlukan sedikit kerajinan untuk mengasingkan isi ikan dari tulangnya. Kalau tak rajin tak dapat makanlah jawapnya. Tapi ni pun kira katagori tak rajinlah ni sebab  laksanya tunjuk je kat kedai. Sebenarnya ada juga google2 resepi untuk membuat laksa sendiri. Tapi belum ada kesempatan untuk mencubanya. Insyallah di lain hari kot. Jom tengok bahan yang diperlukan untuk membuat kuah.



Bahan kuah:

sekilo ikan kembung
sedikit lada kering +/- 10 tangkai
dua biji bawang besar
1-2 batang serai
sebatang bunga kantan
sedikit daun kesum
satu inci belacan
asam keping
garam

Sebungkus laksa direbus hingga lembut.



Cara-cara:
  1. Bersihkan ikan dan cuci bersih.rebus hingga masak. Tos ikan dan simpan airnya.
  2. Setelah sejuk,asingkan isi dari tulangnya.
  3. Masukkan bawang besar,lada kering dan belacan. Kisar lumat dengan menggunakan air rebusan ikan yang telah sejuk. Ambil isi ikan yang telah siap tadi,masukkan juga kedalam blender dan kisar sebentar.
  4. Tuang ke dalam periuk.
  5. Tulang ikan tadi jangan dibuang. Masukkan dalam blender, tambahkan sedikit air. Kisar hingga tulang menjadi sedikit hancur. Tapis airnya dan campurkan ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  6. Hiris halus bunga kantan. Campurkan juga kedalam periuk tadi. Tidak lupa juga serai yang dititik, daun kesum dan asam keping.
  7. Tambah sedikit air. Akan mendapat kurang lebih 2 1/2 liter kuah. Perasakan dengan garam.
  8. Masak hingga mendidih.

Bahan ulam:

sebatang timun
sebiji bawang besar
cili padi secukupnya
beberapa biji limau
telur rebus
  • Hiris timun,bawang besar dan cili padi. Taburkan diatas laksa yang telah dimasukkan ke dalam mangkuk. Letakkan juga telur dan limau yang telah dipotong dua.

Ahad, 12 Januari 2014

Kek Marbel Strawberi Coklat

Salam pagi semua. Da sarapan ke belum..? Aik kek marbel lagi?? Mintak maaf ya,Cik t ni memang peminat setia kek marbel. Kalau nampak kek marbel tapi tak dapat rasa, meleleh ayaq lioq dibuatnya. Boleh jadi kes ni, balik rumah terus bancuh kek dibuatnya. Mungkin sudah sebati dengan hidangan ini. Maklumlah  sejak dari kecil lagi inilah kek kami.

Ada juga versi lain yang pernah Cik t buat,kek ni,yang ni dan  juga yang ini. Sudi-sudilah intai disana juga ya. Paling kurang sebulan wajib sekali buat. Kadang-kadang tu habis baru je kek yang dibuat, terus bancuh lagi sebijik.biasanya kalau buat pun tidaklah kami sefamili saja yang menggadap kek tu sampai habis, beri pada jiran-jiran juga. Di kejiranan kami ni,boleh dikatakan Cik t lah toke kek marbel.... Ehh!!!ye ke?? Kih..kih..kih.. Jomlah tengok resepi.



Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum     )
1 sudu teh baking powder  ) ayak bersama
2 cawan majerin - kalau nak kurangkan 1 3/4 pun ok juga
1 1/4 cawan gula pasir dimesin halus
6 biji telur
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar serbuk coklat
sedikit strwaberi emulco



Cara mengadun..
  1. Putar mentega dan gula hingga betul2 kembang.
  2. Masukkan sebiji telur. Putar hingga betul2 sebati baru masukkan sebiji lagi. Ulang hingga habis.
  3. Masukkan pula susu dan esen vanila. Putar sebentar.
  4. Setelah sebati cedok sedikit2 tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Putar perlahan.(guna tangan aje pon ok).
  5. Bahagi dua bahagia. Tambahkan serbuk coklat satu bahagia dan strwaberi emulco satu bahagian lagi.
  6. Kacau sebati dan masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega dan ditabur tepung. marbelkan mengikut citarasa
  7. Bakar 180c selama 50 minit menggunakan api bawah. Cucuk ngan lidi kalau tak masak lagi,tambahkan sedikit masa lagi.

Sabtu, 11 Januari 2014

Aiskrim

Salam sejahtera. Bersiaran lagi. Di masa ada kelapangan ni lah nak postkan entri sebanyak yang boleh. Banyak juga entri yang dah tertunggak. Yang potong Q pun ade. Cam ne tu?? Kali ni cik t nak kongsi resepi  membuat ais krim. Lepas ni tak payah dah nak beli aiskrim kat kedai lagi. Buat sendiri ni lagi banyak kelebihannya..yang pertama kebersihannya,status halalnya dah kompomlah. Kedua modal sikit tapi hasilnya berganda. Satu adunan ni dapat menghasilkan tiga mangkuk besar aiskrim yang biasa jual  kat kedai tu. Dan yang ketiga bole buat pelbagai perisa pilihan. Ikut teragak nak perisa ape, boh je.Yang penting seedappp.

Resepi dicedok(guna scop aiskrim tau *_*) dari dapur hanafzuan dan katanya resepi asal dari rakan fb beliau. Tak kira lah siapa pun tuan empunya resepi ni kredit untuk beliau dan terima kasih kerana berkongsi resepi yang marbeles ni. Semoga berlipat kali ganda lagi ilmu yang akan diperolehi dan bole dikongsikan lagi..hihee..Meh tengok resepi.


tabur coklat rice sebelum dihidang...Uummm

Bahan-bahannya:
sebiji telur
satu tin susu pekat(505g)
satu tin air suam
1/2 tin susu segar
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar overlate
pewarna - saya tak letak
perisa pilihan - saya guna:
coklat =serbuk coklat
strawberi = strawberi emulco
jagung = perisa minuman Double Lion

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan kedalam mangkuk besar.- Adunan akan naik berkali ganda.
  2. Pukul hingga kembang, pekat, likat dan gebu. Kurang lebih 15-20 minit.
  3. Bahagi mengikut warna dan perisa pilihan.
  4. Masukkan dalam bekas dan bekukan semalaman.
  5. Setalah membeku bolehlah dinikmati mengikut serela masing-masing.Selamat mencuba.

adunan yang telah kembang

Dua versi,berperisa coklat,strawberi dan jagung

Bingka Kacang Hijau

Salam hormat semua. Petang2 gini kalau dapat sepotong kuih bingka kacang hijau ni bersama secawan teh panas alagkah nikmatnya. Cuba bayangkan.. a'..a'..a'..aaa...', ada yang dah tertelan air liur tu.  Kalau gitu kena la rajin2kan diri ke dapur ya. Kalau ngadap laptop je alamatnya dapat tengok gambar je la.

Cik t buat kuih ni petang semalam. Lepas awal2 pagi lagi dah ternampak kak yatie kita tayang kuih bingka kacang hijau ni. Tak baik tau kak,buat meleleh air liur je. Tu yang terus je terasa nak buat. Kebetulan pula memang dah dua tiga hari ni dok pikir apalah nak dibuat dengan kacang hijau baki dari projek sains sekolah anak bujang tu. Biasalah eksperiment yang paling tip top dari dulu sampailah sekarang,semai pokok tauge.

Bagi yang nak merasa keenakan kuih ni, rajin-rajinlah ke dapur ya. Dan tak sangka pula kali ni mendapat sambutan dari suami dan anak-anak. Kalau sebelum-sebelum ni tukang buatlah yang jadi mangsa kena perabis. Resepi dari dapur popular, kak yatie. Untuk gambar yang lebih menggiurkan,jemput-jemputlah ke dapur beliau. Pasti anda pun akan tergoda. Minta diizin copy resepi ya kak dan terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap sangat  nih. Cuma ada sedikit perubahan iaitu saya guna loyang 8x8 agar kuih lebih tinggi dan tidak menggunakan perisa pandan tetapi masukkan 2-3 helai daun pandan ketika mengacau pekat kuih. Selamat mencuba.



Bahan-Bahan- (loyang 9x9 inci atau acuan pecah 8)

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • 2 cawan kacang hijau yg telah di rebus- (bahagi dua)
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kcng hijau dan kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan 1 cwn kacang hijau yg tidak di kisar tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Khamis, 9 Januari 2014

Sarawak 2013

Sepanjang masa berada dikampung,banyak juga la menu yang sempat cik t siapkan. Tapi yang ni saja sempat cik t rakamkan. Walaupun pulang bercuti,rutin memasak tetap tidak dapat ditinggalkan. Mungkin sudah sebati dengan diri kita. Atau mungkin juga itulah kelebihan seorang yang bergelar wanita. Walau dimana jua berada dapur pasti akan berasap..
Sambal sosej

Ni lah ikan bulu. Kalau kat semenanjung ni tak taw la kat mana boleh jumpa. Goreng garing2 sedaapp..

Kari ikan lajong bersama terung asam..


Special nih...ikan toman a.k.a ikan haruan masak sambal goreng

Katagori lauk warisan...acar rebung

Yang ni biasa je,sayur bening labu manis
\
Cangkuk a.k.a pucuk manis antara sayur wajib ada

 Kat semenanjung ni,kalau namanya ketupat tentulah berisi beras,tapi kalau kat Sarawak isinya adalah beras pulut dan dimasak bersama santan. Yang disebelahnya tu pula adalah kelupis. Dari pulut juga. Walau pun sama bahannya tapi masing2 mempunyai rasa yang tersendiri. Dua2 sedap..

bersama redang ayam kampung

dah duduk dikampung,makan pun ayam kampunglah

yang ni ayam bandar..ayam goreng salut tepung..walaupun bahan membuat tepungnya apa yang ade didapur je,sedap juga.tapi tak la sesedap ayam kfc tu..kikiki..
Kepak ayam masak sos

Nasi ayam sup dayak. Sempat juga buat nasi ayam.. Tapi yang specialnya supnya lah

Ni lah rupa daun sup dayak. Popular di Sarawak

Nasi goreng original kampung. Kat kampung cili yang tengah posing maut tu dipanggil 'cabik hantu'. pedasnya tak payah cakaplah..Sebab tulah diberi gelaran camtu..kesian cili tu

Kek marbel

Kek ubi kayu pink kale..

Pertama kali buat aiskrim..menggerutu sikit permukaanya..Biasalah frist trial. Lepas ni dah tak payah nak beli aiskrim. Buat sendiri je.

Kek karamel pun ade.tapi karamelnya lembik sedikit,tu yang comot tepinya. Tersalah resepi hehe..

Kuih puteri ayu...guna je acuan yang ada..

Yang ni kelakar sikit..sekali pandang da macam rupa cokies monster dalam sesame street pun ade.buat apam soda tapi paper cupnya tak ade. Ginilah jadinya..senyum pon macam tak iklas je


 Second batch..sebab sambutan hangat semalam, buat lagi esoknya. Kali ni sempurnalah sikit kejadiannya. Da tak de paper cup,buku tulis anak buah yang masih kosonglah jadi mangsa. Lagipunkan da akhir tahun. Tapi tetap tak maw senyum. Last2..
 buka je penutup kukusan yang terakhir, nilah satu-satunya peserlah tunggal yang tersenyum gembira..jadilah


Kuih warisan..kuih jala. Kalau kat sini kurang lebih macam kuih karaslah.

Roti ni memanglah tak buat sendiri,tapi saja nak tunjuk. Mula-mula bila ternampak je roti ni tak tergambar perasaannya. Seronoknya macam nampak jongkong emas.almaklum lah,sebelum2 ni memang tak pernah ade pun roti gardenia ni di Sarawak. Tapi bila pandang je harganya,terkejut 'mak' tengok roti krim gardenia yang harganya kalau kat sini sebungkus baru 70sen kat sana harganya 1.80..ish..ish..kira orang jadi kayalah kalau makan roti ni kat sana. Jadi hargailah roti gardenia disini. Jangan membazir sesuka hati.

 Antara kenangan masa pulang bercuti 2013..Seronok dapat memasak dan menghidang makanan untuk semua sambil melihat kerenah dan telatah anak2 buah membesar. Sebenarnya banyak lagi menu yang hendak dihidangkan. Apakan daya pulang bercuti pun tak lama. Insyallah ada umur panjang dapat berjumpa lagi.