Sabtu, 11 Januari 2014

Aiskrim

Salam sejahtera. Bersiaran lagi. Di masa ada kelapangan ni lah nak postkan entri sebanyak yang boleh. Banyak juga entri yang dah tertunggak. Yang potong Q pun ade. Cam ne tu?? Kali ni cik t nak kongsi resepi  membuat ais krim. Lepas ni tak payah dah nak beli aiskrim kat kedai lagi. Buat sendiri ni lagi banyak kelebihannya..yang pertama kebersihannya,status halalnya dah kompomlah. Kedua modal sikit tapi hasilnya berganda. Satu adunan ni dapat menghasilkan tiga mangkuk besar aiskrim yang biasa jual  kat kedai tu. Dan yang ketiga bole buat pelbagai perisa pilihan. Ikut teragak nak perisa ape, boh je.Yang penting seedappp.

Resepi dicedok(guna scop aiskrim tau *_*) dari dapur hanafzuan dan katanya resepi asal dari rakan fb beliau. Tak kira lah siapa pun tuan empunya resepi ni kredit untuk beliau dan terima kasih kerana berkongsi resepi yang marbeles ni. Semoga berlipat kali ganda lagi ilmu yang akan diperolehi dan bole dikongsikan lagi..hihee..Meh tengok resepi.


tabur coklat rice sebelum dihidang...Uummm

Bahan-bahannya:
sebiji telur
satu tin susu pekat(505g)
satu tin air suam
1/2 tin susu segar
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar overlate
pewarna - saya tak letak
perisa pilihan - saya guna:
coklat =serbuk coklat
strawberi = strawberi emulco
jagung = perisa minuman Double Lion

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan kedalam mangkuk besar.- Adunan akan naik berkali ganda.
  2. Pukul hingga kembang, pekat, likat dan gebu. Kurang lebih 15-20 minit.
  3. Bahagi mengikut warna dan perisa pilihan.
  4. Masukkan dalam bekas dan bekukan semalaman.
  5. Setalah membeku bolehlah dinikmati mengikut serela masing-masing.Selamat mencuba.

adunan yang telah kembang

Dua versi,berperisa coklat,strawberi dan jagung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan