Jumaat, 17 Januari 2014

Laksa

Assalammualaikum...siapa suka makan laksa? Pasti ramai yang angkat tangan dirumah tu kan. Kalau ternampak semangkuk laksa pasti telan air liur dibuatnya. Ditambah lagi dengan aromanya. Uummm...

Membuatnya tidaklah sesukar mana. Tetapi memerlukan sedikit kerajinan untuk mengasingkan isi ikan dari tulangnya. Kalau tak rajin tak dapat makanlah jawapnya. Tapi ni pun kira katagori tak rajinlah ni sebab  laksanya tunjuk je kat kedai. Sebenarnya ada juga google2 resepi untuk membuat laksa sendiri. Tapi belum ada kesempatan untuk mencubanya. Insyallah di lain hari kot. Jom tengok bahan yang diperlukan untuk membuat kuah.



Bahan kuah:

sekilo ikan kembung
sedikit lada kering +/- 10 tangkai
dua biji bawang besar
1-2 batang serai
sebatang bunga kantan
sedikit daun kesum
satu inci belacan
asam keping
garam

Sebungkus laksa direbus hingga lembut.



Cara-cara:
  1. Bersihkan ikan dan cuci bersih.rebus hingga masak. Tos ikan dan simpan airnya.
  2. Setelah sejuk,asingkan isi dari tulangnya.
  3. Masukkan bawang besar,lada kering dan belacan. Kisar lumat dengan menggunakan air rebusan ikan yang telah sejuk. Ambil isi ikan yang telah siap tadi,masukkan juga kedalam blender dan kisar sebentar.
  4. Tuang ke dalam periuk.
  5. Tulang ikan tadi jangan dibuang. Masukkan dalam blender, tambahkan sedikit air. Kisar hingga tulang menjadi sedikit hancur. Tapis airnya dan campurkan ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  6. Hiris halus bunga kantan. Campurkan juga kedalam periuk tadi. Tidak lupa juga serai yang dititik, daun kesum dan asam keping.
  7. Tambah sedikit air. Akan mendapat kurang lebih 2 1/2 liter kuah. Perasakan dengan garam.
  8. Masak hingga mendidih.

Bahan ulam:

sebatang timun
sebiji bawang besar
cili padi secukupnya
beberapa biji limau
telur rebus
  • Hiris timun,bawang besar dan cili padi. Taburkan diatas laksa yang telah dimasukkan ke dalam mangkuk. Letakkan juga telur dan limau yang telah dipotong dua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan