Isnin, 7 Oktober 2013

Kek Marbel Lembut Harum

Salam kenalan semua. Entri pertama ni Cik t nak kongsi resepi kek marbel yang sangat lembut dan semestinyalah sangat sedap. Sebut je kek marbel teringat zaman kanak-kanak dulu. Ini lah kek yg menjadi kegemaran kami. Hingga sekarang masih  terbau lagi aroma kek yang dibakar emak. Penggunaan esen pisang yang membuatkannya sunguh istimewa. Uuummm...sedapnya....Jom tengok resepi.
                              
  
Bahan-bahan:
2 cawan tepung   
1 1/2 cawan gula pasir yang dimesin halus-saya kurangkan 2 sd besar
1 1/2 cawan mentega
1/4 cawan mentega dicairkan-boleh juga diganti dengan minyak 
2 s/b susu pekat
2 s/b air
6 biji telur
1 s/t baking powder
1 s/t esen vanila
2-3 titik esen pisang
pewarna-ikut kegemaran


Jom buat..
1. Putar mentega & gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur 1 per 1. Setelah sebati masukan susu pekat,air dan esen. Putar lagi 3-4 minit lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.(step yang ni saya guna tangan je). Bila sudah siap putar menggunakan mixer dengan kelajuan paling rendah selama 1-2 minit.
4. Kacau sebati. Bahagikan mengikut warna pilihan.
5. Masukkan dalam loyang yang disapu dengan mentega dan ditabur tepung.
6. Bakar 180c atau mengikut kepanasan oven masing2 50mnt. Guna api bawah sahaja.
7.Cucuk dengan lidi. Kalau tiada lagi tepung yang melekit dah masak ler tu.

p/s klu disimpan semalaman lagi sedap. Lebih terasa kelembapannya. Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan