Khamis, 14 November 2013

Si Baldu Merah

Salam hormat..menawan sungguh si baldu merah ni telan air liur dibuatnya.Bila tengok kegebuan kek hasil tangan sis hasue dan bermacam versi kek ni dicuba membuatkan hati ni terpanggil untuk mencuba juga.
Dah lama juga sebenarnya mengintai resepi ni,masa dok baca tu rasa cam leceh je nak buat kek ni.Tapi bila da try,mudah je rupanya,rasanya pun memikat selera.Maksudnya bole try lagilah lain kali.Copy resepi Kek Baldu Merah ni dari blog sis hasue. Memang gebu kek yang dihasilkan . Minta diizin ya sis.Dan kredit juga untuk tuan tanah, kak zai..







Buat kek ni masa zaman tak berblogging lagi,tak terpikir la pulak masa tu nak amek gambar bila kek dah di dipotong.Ruginya rasa,tengok bahagian luar aje lah ye.



hasil keras tangan ku..hehee




 Red Velvet Cake
Sumber: Kak Zai@Teratak Impian
Rujukan/Copy:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - kak zai guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
500gram blueberry filling

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk


Topping:
30biji coklat feraro-tak letak

Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan