Khamis, 7 November 2013

Nasi Kari Daging

Buatnya dah lama tapi baru dapat masuk entri. Resepi baru yang memikat selera kami sekeluarga.tambah2 lagi anak bujang yang menggemari nasi yang berperisa macam nih. Buat hari ni esok dia tanya lagi 'masak nasi kuning lagi ke..'.ayoo pengsan la kalau hari2 kari. Sebelum2 ni selalu juga buat nasi beriani,tapi bila dah cuba saja resepi ni da tak payah susah2 nak buat nasi beriani.mudah sikit nasi kari ni. Rasa lebih kurang saja. Jom layan...

Mula-mula sediakan dulu karinya..

Bahan-bahan kari :
3-400gram daging- didadu -potong jangan terlalu kecil-rebus empuk
4 biji bawang kecil   }
2 ulas bawang putih } tumbuk
1 inci halia               }
1 batang serai         } titik
3 sudu besar serbuk kari
1 cawan santan
garam
2 tangkai daun kari
2 inci kayu manis untuk menumis

Cara-cara..

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk.masukkan daun kari, kayu manis dan serai.
  2. Apabila telah garing,masukkan serbuk kari.tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan daging yang telah direbus empuk. Kacau rata,biarkan seketika.
  4. mMsukkan santan. Perisakan dengan garam. Masak hingga kari menjadi sedikit kering. Ketepikan.
Bahan nasi pula(periuk 1 liter) :
2 cawan standart beras basmati
sebiji tomato potong dadu
sebatang serai-titik
2 inci kayu manis
sedikit butter untuk menumis
sedikit garam

Cara memasak..

  1. Basuh beras. Tanak seperti biasa.
  2. Dalam kuali,panaskan butter. Tumis semua bahan hingga layu.
  3. Masukkan dalam periuk nasi tadi.
Cara masukkan kari daging..
Setelah nasi hampir kering,ceduk kari daging dan letakkan di bahagian tengah-tengah nasi. Tutup tudung periuk. Biarkan masak.

Setelah nasi masak bolehlah dihidang bersama telur rebus yang telah digoreng,papadom dan sayur kegemaran. Cik t hidangkan bersama pucuk paku goreng cili.

Pucuk paku goreng cili :
2 ikat pucuk paku
3-4 biji cili merah*
5-6 biji cili padi*
2 sudu besar ikan bilis*
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
garam

Caranya..

  1. Tumbuk semua bahan *  lumat.
  2. Tumis garing.masukkan sayur pucuk paku. Perisakan dengan garam.
  3. Kacau hingga masak.










































Tiada ulasan:

Catat Ulasan