Jumaat, 21 Ogos 2015

Kek Lapis Evergreen Cheese

Assalamualaikum..hari ni nk postkan balik resepi yang Cik t pon tak perasan entah bila terpost.. Buka blog tadi baru perasan rupanya resepi tu x complete lg..maaf ya kalau ada sesiapa yang dah terbaca sebelum ni.
Resepi dari kak dayang jack..tapi copy dari blog hasue...tq all...

Bahan-bahan :
Loyang 8" x 8"
10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla
150g cream cheese- Cik t tambah

Cara -cara :
1.Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
2.Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
3.Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. 4.Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla.
5.Kacau hingga betul-betul sebati. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. 6.Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
7.Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas).
8.Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
9.Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Untuk membuat lapis evergreen cheese :
Ambil dalam 2 senduk adunan yang telah siap putar dengan 150g cream cheese hingga sebati.
Masukkan dalam plastik bag paip berselang seli dengan adunan asal.
Rujuk gambar diatas.

Cara-cara menyimpan kek :
Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan