Isnin, 4 November 2013

Kancil Panggang

Salah satu menu wajib bila ada daging best macam ni..

Bahan perap:
2 keping paha kancil
4 s/besar sos tiram
1 s/besar soscili/tomato
1 s/besar lada hitam biji@ 4 s/besar sos lada hitam
1 s/kecil sos perasa meggi-x letak pon x pe
2 ulas bawang putih

Jom buat..
1. Cuci bersih dan tos daging.
2. Campurkan semua bahan dlam satu bekas.
3. Masukkan daging rusa dan perap paling kurang 1/2 jam.
4. Panaskan pan pembakar.renjiskan sedikit minyak. Setelah panas masukkan daging yang diperap tadi. Tutup pan pembakar. Masak kurang lebih 15mnt. Balik-balikkan.
5. Setelah masak hidang bersama sos lada hitam.


Resepi sos lada hitam dan coslow ni pon amek dari intenet juga. Tapi dah tak ingat sapa tuan tanahnya. Minta halal ya.

Sos lada hitam:
2 s/besar butter
2 s/besar tepung gandum
2-3 cawan susu segar
segenggam lada hitam-tumbuk kasar
2 s/besar hirisan cendawan butang
2 s/besar kicap pekat
seketul kiub ayam
garam

Cara-cara:
1. Cairkan butter dalam periuk.setelah cair masukkan tepung.
2. Apabila kelihatan sudah berbuih masukkan susu,lada hitam,cendawan,kiub ayam,kicap pekat dan garam.
3. Kacau pekat.matikan api.


Coslow:
200g kubis
1 bj bawang besar
1/2 batang carrot
4 s/besar mayonis
1 s/kecil cuka
sedikit garam/gula

Cara-cara
1. Potong kubis menjadi segi empat kecil. Cincang lobak merah.
2. Apabila siap campurkan  semua bahan -bahan lain.gaul sebati.
3. Simpan dalam frezer 1 jam sebelum di hidang





Tiada ulasan:

Catat Ulasan