Isnin, 1 Disember 2014

Apam Susu

Salam semua,sana sini dok menggila apam susu..Cik t pon apalagi tak nak  juga ketinggalan dari mencuba resepi  yang mudah ni.. Kalau nak diikutkan resepinya lebih kurang sama saja macam apam polkadot yang pernah meletup satu ketika dulu.. Cuma untuk resepi ini, susu pekat digunakan bagi menggantikan susu cair. X boleh nak cerita banyak, ni pon curi curi masa pegang handfone nak update blog. Sapa yang nak rasa jom cuba...
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 s/d kecil baking powder
1 s/d besar ovellate
1 s/d kecil esen vanila
4 biji telur
4 s/d besar susu pekat
4 s/d besar minyak~  Cik t guna sunflower oil
Pewarna pilihan
Caranya:
1. Panaskan kukusan. Balut tudung periuk dengan kain bersih. Sapu acuan dengan minyak agar tidak melekat.
2. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
3. Putar telur dan gula hingga kembang dan gebu. Setelah kembang masukkan ovallate dan putar lagi hingga kembang dan putih.
4. Setelah siap masukkan tepung sikit-sikit dan kacau menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
5. Bahagi mengikut pewarna pilihan.
6. Masukkan dalam loyang. Kukus 45 minit menggunakan api sederhana. (Untuk ingatan Cik T sendiri, jika kukus menggunakan dapur induction kukus apam pada tahap 800w).
7. Selamat mencuba... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan