Oleh kerana sudah berkali -kali anak bujang dan anak dara meminta untuk membuka biskut tu, Cik t pun terpaksalah merajinkan juga tangan ni untuk menggekekkan biskut tu sebelum habis dingap anak-anak. Nak dapat biskut macam ni lagi entah bila lagi agaknya...
Bagi yang duduk disemenanjung ni, mungkin sukar untuk mencari biskut cheese cam ni. Jika tiada boleh juga digantikan dengan biskut lain yang dikira sesuai seperti yang pernah Cik t buat sebelum ni. Jom cuci mata tengok hasil sebelum ini disini.
biskut cheese yang digunakan |
A
250 gram creamcheese
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar air
B
1 cawan milo
1/2 cawan mentega
1/2 cawan susu pekat
Sedikit coklat masakan-lebih kurang sebesar saiz kotak mancis.
biskut keju secukupnya.
Cara caranya:
- Alaskan loyang atau bekas yang sesuai dengan plastik bersih.
- Satukan kesemua bahan A, pukul kembang, ketepikan
- Menggunakan api kecil,kacau semua bahan B menjadi larut.
- Setelah semua bahan larut dan menjadi sedikit pekat,matikan api.
- Ambil biskut dan susun diatas loyang. Cedok sedikit aduanan coklat. Sapu rata diatas permukaan biskut.
- Susun lagi biskut diatas lapisan coklat,sapukan pula adunan cheese tadi. Bagi memudahkan kerja,Cik t masukkan adunan cheese ke dalam paiping beg dan picitkan diantara ruang biskut dan sedikit diatas permukaan biskut. Kemudian ratakan dengan sudu.
- Ulang langkah 4 dan 5 hingga habis.
- Tutup loyang dan simpan didalam peti sejuk semalaman.