Khamis, 6 Februari 2014

Kek Marbel Sri Kenyalang

Assalamualaikum, Cik t menggelar kek marbel sri kenyalang ini bagi memudahkan Cik t membezakan antara kek-kek marbel yang pernah Cik t buat. Ada sebabnyaa Cik t memberi panggilan begini kerana resepi kali ini Cik t ada menambah sedikit bahan sampingan seperti horlicks,sekaya,susu pekat dan serbuk santan yang kebiasaaannya bahan-bahan itu ada digunakan dalam adunan kek lapis.

Kerap juga Cik t menggunakan resepi ini jika terasa ingin menikmati kek marbel. Hasil keknya lembut dan lembab. Ditambah lagi dengan aroma esen pisang yang harum menambahkan lagi perasaan tidak sabar untuk menikmatinya. Amat memenuhi selera kami sekeluarga. Jika ada yang ingin merasai kelazatannya Cik t sertakan resepinya disini..Selamat mencuba.









Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum     )
1 sudu teh baking powder  ) ayak bersama
1 1/2 cawan majerin
1 cawan gula pasir dimesin halus
6 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar sekaya
2 sudu besar horlicks
1 sudu teh esen vanila
2-3 titik esen pisang
1 bungkus serbuk santan

Cara-caranya:
  1. Putar mentega dan gula hingga betul2 kembang.
  2. Masukkan sebiji telur.putar hingga betul2 sebati baru masukkan sebiji lagi. Ulang hingga habis.
  3. Masukkan pula susu dan esen vanila. Putar sebentar. Masukkan pula sekaya dan horlicks. putar sebati.
  4. Setelah sebati cedok sedikit2 tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Putar perlahan.
  5. Masukkan pula santan serbuk. Adun sebati.
  6. Bahagi mengikut warna pilihan.
  7. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega dan ditabur tepung. Alas acuan dengan kertas.
  8. Bakar 180c selama 50 minit menggunakan api bawah. Cucuk ngan lidi kalau tak masak lagi,tambahkan sedikit masa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan