Rabu, 8 Oktober 2014

Bingka Labu

Salam kembali..dah terlanjur ada kelapangan malam ni Cik T nak masukkan entri ketiga pula..Jika ditangguh tangguh lagi alamat makin banyak la gambar yang terperam kat dalam pendrive tu nanti...Kali ni nak kongsi resepi bingka labu yang lembut dan cukup terasa lemak manisnya. Jom tengok resepi..







Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum

2 s/besar tepung jagung
2 cawan labu lecek
2 biji telur
1 cawan gula
1 3/4 cawan santan
2 sudu besar butter/ minyak sapi
1 s/teh esen vanila
secubit garam
sedikit bijan

Caranya:

  1. Bersihkan labu. Rebus empuk. Setelah empuk toskan airnya.
  2. Lecek labu hancur. Boleh juga jika hendak menggunakan pengisar makanan.
  3. Setelah siap,pukul gula bersama telur dengan menggunakan whisk sebentar.
  4. Masukkan tepung tepung,minyak sapi,santan,esen vanila dan garam. Kacau sebati.
  5. Apabila adunan telah sebati campurkan labu yang telah dilecek bersama.
  6. Kacau dan tuang dalam acuan yang telah digriskan dengan mentega.
  7. Tabur bijan..Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 1jam dengan menggunakan suhu 200c atau mengikut kepanasan oven masing masing.
  8. Cucuk bingka menggunakan lidi. Jika tiada lagi tepung yang melekat padanya bolehlah diangkat.
  9. Potong kuih apabila telah betul betul sejuk..

Koktail Kastard

Salam buat semua.. entri ke dua Cik T setelah sekian lama tak mengupdate blog.. Da lama sangat rasanya tak jenguk blog ni. Apa yang sibuk sangat pun tak tau la..
Ok lah tak nak buang masa kali ni Cik T nak kongsikan resepi Koktail Kastard yang menjadi salah satu hidangan kegemaran keluarga kami.. Makan setelah disejukkan terasa nikmatnya...
Kepada yang ingin mencuba sila silalah ya....









Bahan tepung:
2 cawan tepung kastard
8 cawan air+ santan
1 tin jagung ala cream
2 helai daun pandan
2 sudu besar gula

Bahan kuah:
2 tin susu cair
2 litter air
1/2 tin susu pekat
5 s/b tepung kastard
1 s/t perasa vanila
1 tin buahan koktail
gula secukup rasa

Caranya mudah saja:
  1. Ambil sebiji periuk, masukkan tepung kastard, air,santan pekat dan daun pandan.
  2. Masak bahan-bahan tadi di atas api sederhana. Kacau sentiasa agar tepung tidak bergentel.
  3. Apabila adunan menjadi sedikit likat masukkan jagung tin dan gula.
  4. Kacau lagi hingga adunan tepung kelihatan berkilat.
  5. Padamkan api. Tuang ke dalam bekas yang sesuai.
  6. Biarkan sejuk.
Cara menyediakan kuah:
  1. Campurkan semua bahan ke dalam sebiji periuk.
  2. Kacau menggunakan api perlahan hingga adunan mendidih.
  3. Matikan api. Apabila sejuk bolehlah dihidangkan bersama kastard tadi.
  4. Koktail ni sedap dimakan sejuk.

Kek Coklat Super Lembap Tanpa Telur


Assalammualaikum...heeiii...macam-macamlah dugaan waktu Cik T nak masukkan entri ni.. Itulah akibatnya kalau dah lama sangat tak menjengah ke blog sendiri,semuanya jadi lupa. Bukan tak rindu,bukan tak ingat nak masukkan entri,tapi banyak sangat halangannya..Sibuknya pun ngalahkan PM..ngeee.. Setelah berkali-kali tertunda waktunya dan akhirnya hari ni berjaya juga Cik T menjengah ke dapur kecilku ini...

Sebenarnya banyak lagi hasil air tangan yang dapat Cik T sediakan sepanjang waktu pertapaan Cik T tempoh hari..tapi bagi permulaan ni Cik t nak kongsikan resepi kek coklat yang sangat mudah..Itu pun kerana resepinya boleh dicopy dari dapur pemilik asalnya.. Terima kasih kepada Kak dayang.. kerana sudi berkongsi resepi yang sangat sedap ni. Cik t minta izin copy dan dikongsikan pula disini. Kalau terasa nak makan kek coklat resepi ini lah yang menjadi pilihan utama Cik T pertama kerana bahan-bahannya mudah disediakan kedua dan paling utama adalah kerana cara penyediaannya pun sangatlah mudah..tak perlu mixer bagai...Cik T memang suka sanggat buat kek cenggini.. : )





 Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.