Khamis, 31 Oktober 2013

Napoh@ Pelanduk Black Paper

Resepi ni diambil dari dapur sis dayangjack ..Minta halal ya sis. Cuma diubah sikit mengikut selera kami sekeluarga..Betol kata sis memang sedaap resepi ni. Rugi kalau x cuba.saya pon dah berbagai versi mencuba resepi ni.versi daging lembu,daging rusa dan kali ni versi daging napoh pula..Memang best

Bahan-bahan:

500g daging napoh dipotong kecil-rebus empuk.
3 s/besar sos lada hitam
1 s/besar kicap pekat
1 labu bawang besar-guna bawang kuning
2 ulas bawang putih
1 cm halia-saya guna 2 inci
5-6  biji cili padi
sedikit kicap manis
hirisan capsicum secukupnya
sedikit perahan jus lemon-x letak
sedikit daun sup-x letak
2 biji kentang-potong wedges-saya tambah
-saya gandakan penggunaan bahan-bahan kerana resepi asal menggunakan 200g daging.

Cara-cara
1. Perap daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 30 minit.
2. Tumis halia bawang putih dan bawang besar hingga wangi.masukkan cili padi. Kacau lagi.
3. Masukkan daging yang sudah diperap dan sedikit air.Kacau dan biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan kicap manis dan daun sup.-bubuh garam jika perlu.
5. Masukkan capsicum dan jus lemon.
6. Kacau sebati.padamkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan