Khamis, 31 Oktober 2013

Napoh@ Pelanduk Black Paper

Resepi ni diambil dari dapur sis dayangjack ..Minta halal ya sis. Cuma diubah sikit mengikut selera kami sekeluarga..Betol kata sis memang sedaap resepi ni. Rugi kalau x cuba.saya pon dah berbagai versi mencuba resepi ni.versi daging lembu,daging rusa dan kali ni versi daging napoh pula..Memang best

Bahan-bahan:

500g daging napoh dipotong kecil-rebus empuk.
3 s/besar sos lada hitam
1 s/besar kicap pekat
1 labu bawang besar-guna bawang kuning
2 ulas bawang putih
1 cm halia-saya guna 2 inci
5-6  biji cili padi
sedikit kicap manis
hirisan capsicum secukupnya
sedikit perahan jus lemon-x letak
sedikit daun sup-x letak
2 biji kentang-potong wedges-saya tambah
-saya gandakan penggunaan bahan-bahan kerana resepi asal menggunakan 200g daging.

Cara-cara
1. Perap daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 30 minit.
2. Tumis halia bawang putih dan bawang besar hingga wangi.masukkan cili padi. Kacau lagi.
3. Masukkan daging yang sudah diperap dan sedikit air.Kacau dan biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan kicap manis dan daun sup.-bubuh garam jika perlu.
5. Masukkan capsicum dan jus lemon.
6. Kacau sebati.padamkan api.

Ahad, 27 Oktober 2013

Daging Goreng Kunyit

Makan bersama nasi puith..


Yang diperlukan..
400g daging
3 inci halia
3 ulas bawang kecil
4-5 biji bawang kecil
garam
serbuk kunyit
 4-5 tangkai kacang panjang
air rebusan daging

Cara nak masak
1. Hiris nipis daging. Cuci dan rebus. Setelah empuk tos dan gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit. Biarkan 30mnt.
2. Hiris halia,bawang putih dan bawang merah.
3. Panaskan kuali tuangkan sedikit minyak.goreng daging tadi sebentar. Setelah agak garing masukkan pula bahan hiris tadi.
4. Kacau hingga bahan hiris menjadi layu. Masukkan pula kacang panjang yg telah dipatah2kan.masukkan sedikit air rebusan daging tadi. Jgn terlalu basah.kacau hingga sayur kacang masak. Perasakan dengan garam. Siap.
5. Apa tungu lagi...makan le. Nti sejuk da tak sedap..

Kuih Bakar Daging Resepi Warisan


Menu tradisi keluarga. Suka buat kuih ni sebab gerenti licin pinggan setiap kali  membuat.
Kalau bagi kat jiran2 pula ada yang kata 'macam pizza la kuih ni'.. Kira bole dikategorikan sebagai pizza melayu la ni. Hehee. Bagi penggemar daging bole la mencubanya.. Jom layan resepi.


Bahan inti :
300g daging dipotong kiub-kecil2
2 bj bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 s/besar serbuk kari
    sedikit air

1. Tumbuk bawang kecil,bawang putih dan halia lumat. Tumis hingga naik bau.
2. Masukan rempah kari.tumis hingga pecah minyak. Masukan pula daging. Kacau sebati.biar seketika.
3. Masukkan sedikit air. Masak hingga daging empuk dan kering sedikit. Ketepikan.

Adunan tepung:
tepung gandum
1 biji kelapa
6 biji telo
1 s/besar jintan manis-rendam seketika
garam

1. Masukkan tepung,telo,garam dan juga santan dari sebiji kelapa tadi ke dalam blender.agak2 la ye tepung tu jgn terlalu banyak. Masukkan dalam 2 cawan dulu. Jika cair tambah sedikit lagi. Buat kuih ni memang tak pernah sukat. Maklumla kuih orang2 lama,campak2 je jadi. Magikkan.
2. Setelah adunan sebati tuang dalam mangkuk dan masukkan jintan manis yg direndam seketika tadi. Kacau sabati.
3. Satu jug blender adunan tepung diatas dapat menghasilkan 3 biji kuih.

Bahan untuk tabur atas kuih:
daun sup
daun bawang
cili merah
hiris kesemua bahan

Cara menyediakan kuih:
1. Panaskan minyak dalam acuan kuih bingka. Agak2 minyak dapat meneggelami adunan tepung tadi. Eh,satu lagi nak pesan jangan lupa alaskan acuan dengan besi pengalas yang sedia ada tu. Untuk mengelakkan kuih cepat hangit.
2. Setelah minyak panas, tuang adunan tepung tadi. Agak2 lah
jgn terlalu tebal/nipis.
3. Sudukan inti tadi mengelilinggi kuih mengikut selera.
4. Tabur daun sup/bawang. Tak lupa juga cili merah tadi.setelah siap tutup acuan menggunakan penutupnya sendiri.
5. Masak api sederhana. Kurang lebih 7-8 minit atau hingga bahagian bawahnya sedikit garing.
6. Dengan kemahiran dan bakat yang ada dengan menggunakan 2 batang sudip angkat dan keluarkan kuih dengan cermat. Takut terpatah 2 da x jadi cam pizza. ^-^..

7. Letak atas pinggan yang dialas dengan tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Selamat mencuba.......

Laksam

Menu febret anak-anak....


Bahan tepung:
1 bungkus tepung beras
2 s/b tepung gandum
air secukupnya

Bahan kuah:
7-8 ekor ikan sardin
1.5 liter santan
4-5biji bawang kecil
1/2 inci halia
1s/b lada hitam
4 keping asam keping
garam secukup rasa


Jom masak..

Bahan tepung:
1.Panas kukusan.sapu tudung periuk@loyang dengan minyak masak.
2.Bancuh tepung cair dengan air secukupnya.kacau sebati.
3.Masukkan tudung periuk@loyang tadi ke dalam periuk kukusan.
4.Tuang sedikit adunan ke atas tudung periuk.kukus hingga masak.
5.Setelah masak gulung tepung tadi.ulang hingga habis.

Bahan kuah::
1.Rebus ikan bersama 2 keping asam dan sedikit garam hingga masak. Air jgn terlalu banyak.
2.Asingkan tulang.setelah siap tumbuk isi ikan bersama bawang,halia dan lada hitam.
3.Masukkan ke dalam periuk.masukan juga santan dan baki 2 keping asam tadi.
4.Perasakan dengan garam.masak hingga mendidih.

Sambal lada kering:
10 tangkai lada kering direndam
1biji bawang kecil
1inci belacan

Cara2
Tumbuk semua bahan lumat. Siap sudah..

Ulam-ulaman:
timun -potong dadu kecil
kubis                      }
kacang panjang      }hiris
sedikit daun kesum }

Potong semua ulam-ulaman tadi.Sedia dihidang.Seedaaapppp.....






Rabu, 9 Oktober 2013

Agar-Agar Milo Cheese

Sebut je agar2 memang menjadi febret kami sekeluarga. yang paling mendapat sambutan tentulah agar2 milo. Bila terasa je nak buat agar2 terfikir la nak buat sedikit kelainan dari biasa. Tengah dok berkhayal sorang2 tu tiba2 teringat pulak cheese yang terperap kat frezer tu. Maka terjadi agar2 milo cheese yang sedap sangat ni (bagi kami la ^_^).  Masa nak buat tu takut juga lapisan keju tu tak menggeras.. Dah dipotong Alhamdulillah... berjaya juga experimen kali ni...hehee.  Kalau nak rasa kesedapannya kene la rajinkan diri ke dapur.


Agar-Agar Milo Cheese 
Adunan cheese:
1 s/b agar2 serbuk
1/2 cwn gula
5 keping keju 
300ml air
1tin susu cair

1. Masak agar2 bersama 300ml air.
2. Dalam bekas lain cairkan keju bersama susu cair menggunakan api perlahan.
3. Apabila agar2 sudah larut masukkan gula. Masukkan juga adunan keju tadi.
4. Kacau sebentar. Padamkan api.
5. Tuang atas adunan milo tadi.

Adunan milo:
2 s/b agar2 serbuk
1 1/2 cwn milo         
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
400ml santan pekat
1 liter air

Jom masak..
1. Masak agar2 bersama 1 liter air.
2. Apabila agar2 sudah larut,masukkan santan,milo,gula& susu pekat.- Masak api perlahan.
3 .Setelah adunan mendidih tutup api dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian dituang ke dalam loyang.apabila permukaan atas menjadi sedikit mengeras,perlahan-lahan       tuangkan adunan keju.(kat atas ni kes x sabar la tu yang jadi cam tu)
5. Ulang cara yang sama pada baki adunan milo tadi. Pastikan adunan milo panas supaya dapat melekat             dengan adunan cheese.

Isnin, 7 Oktober 2013

Kek Marbel Lembut Harum

Salam kenalan semua. Entri pertama ni Cik t nak kongsi resepi kek marbel yang sangat lembut dan semestinyalah sangat sedap. Sebut je kek marbel teringat zaman kanak-kanak dulu. Ini lah kek yg menjadi kegemaran kami. Hingga sekarang masih  terbau lagi aroma kek yang dibakar emak. Penggunaan esen pisang yang membuatkannya sunguh istimewa. Uuummm...sedapnya....Jom tengok resepi.
                              
  
Bahan-bahan:
2 cawan tepung   
1 1/2 cawan gula pasir yang dimesin halus-saya kurangkan 2 sd besar
1 1/2 cawan mentega
1/4 cawan mentega dicairkan-boleh juga diganti dengan minyak 
2 s/b susu pekat
2 s/b air
6 biji telur
1 s/t baking powder
1 s/t esen vanila
2-3 titik esen pisang
pewarna-ikut kegemaran


Jom buat..
1. Putar mentega & gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur 1 per 1. Setelah sebati masukan susu pekat,air dan esen. Putar lagi 3-4 minit lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.(step yang ni saya guna tangan je). Bila sudah siap putar menggunakan mixer dengan kelajuan paling rendah selama 1-2 minit.
4. Kacau sebati. Bahagikan mengikut warna pilihan.
5. Masukkan dalam loyang yang disapu dengan mentega dan ditabur tepung.
6. Bakar 180c atau mengikut kepanasan oven masing2 50mnt. Guna api bawah sahaja.
7.Cucuk dengan lidi. Kalau tiada lagi tepung yang melekit dah masak ler tu.

p/s klu disimpan semalaman lagi sedap. Lebih terasa kelembapannya. Selamat mencuba..