Assalamualaikum salam dihujung minggu..dah lama sebenarnya menyimpan hajat nak buat kek minyak ni. Tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah dapat juga Cik t siapkannya semalam. Tak sangka pula si kecil diya anak dara Cik t yang paling kecil begitu menggemarinya..Insyallah jika ada kesempatan mama akan buat lagi untukmu sayang.. Terima kasih juga kepada kak azlita masam manis yang menjadi tempat rujukan dan resepi yang telah cik t copy disini..
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna
Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.