Sabtu, 20 Disember 2014

Ikan Parang Goreng Cili Sama Peria

Salam pagi,menu tengah hari semalam tapi pagi ni baru dapat dimasukkan. Sekali sekala makan simple simple gini sedap juga..kena pula makan dengan nasi panas.. Angkat terus periuk nasi letak kat sebelah. Garenti tak perasan 1/2 periuk dah licin.. Tak caya cubalah buat. Lagi satu menu ni pun amatlah sesuai bagi yang tak berapa nak rajin cam Cik T ni. Masak ikan sekali dengan sayur. Haa...mudahkan. Masa pun jimat. Tak nak cuba ke??
   `
Ikan:
2 kerat ikan parang dibersihkan dan dibelah dua.
Gaul garam dan kunyit . Goreng ikan hingga garing.
Sayur:
2 biji peria dibelah dua. Buang bijinya dan dipotong kecil. Rebus hingga empuk. Toskan airnya.
Bahan lain:
5 biji cili merah
5 biji cili padi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam dan serbuk perasa jika mahu
Caranya:
1. Tumbuk lumat semua bahan diatas. Setelah itu, tumis hingga garing.
2. Setelah garing masukkan sayur peria. Kacau sebentar. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Ambil ikan parang yang telah siap digoreng tadi campurkan dan gaul rata.
4. Padam api dan siap untuk dihidang. Sedapppp....                                                      
   

Isnin, 1 Disember 2014

Apam Susu

Salam semua,sana sini dok menggila apam susu..Cik t pon apalagi tak nak  juga ketinggalan dari mencuba resepi  yang mudah ni.. Kalau nak diikutkan resepinya lebih kurang sama saja macam apam polkadot yang pernah meletup satu ketika dulu.. Cuma untuk resepi ini, susu pekat digunakan bagi menggantikan susu cair. X boleh nak cerita banyak, ni pon curi curi masa pegang handfone nak update blog. Sapa yang nak rasa jom cuba...
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 s/d kecil baking powder
1 s/d besar ovellate
1 s/d kecil esen vanila
4 biji telur
4 s/d besar susu pekat
4 s/d besar minyak~  Cik t guna sunflower oil
Pewarna pilihan
Caranya:
1. Panaskan kukusan. Balut tudung periuk dengan kain bersih. Sapu acuan dengan minyak agar tidak melekat.
2. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
3. Putar telur dan gula hingga kembang dan gebu. Setelah kembang masukkan ovallate dan putar lagi hingga kembang dan putih.
4. Setelah siap masukkan tepung sikit-sikit dan kacau menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
5. Bahagi mengikut pewarna pilihan.
6. Masukkan dalam loyang. Kukus 45 minit menggunakan api sederhana. (Untuk ingatan Cik T sendiri, jika kukus menggunakan dapur induction kukus apam pada tahap 800w).
7. Selamat mencuba... :-)