Sabtu, 11 Januari 2014

Bingka Kacang Hijau

Salam hormat semua. Petang2 gini kalau dapat sepotong kuih bingka kacang hijau ni bersama secawan teh panas alagkah nikmatnya. Cuba bayangkan.. a'..a'..a'..aaa...', ada yang dah tertelan air liur tu.  Kalau gitu kena la rajin2kan diri ke dapur ya. Kalau ngadap laptop je alamatnya dapat tengok gambar je la.

Cik t buat kuih ni petang semalam. Lepas awal2 pagi lagi dah ternampak kak yatie kita tayang kuih bingka kacang hijau ni. Tak baik tau kak,buat meleleh air liur je. Tu yang terus je terasa nak buat. Kebetulan pula memang dah dua tiga hari ni dok pikir apalah nak dibuat dengan kacang hijau baki dari projek sains sekolah anak bujang tu. Biasalah eksperiment yang paling tip top dari dulu sampailah sekarang,semai pokok tauge.

Bagi yang nak merasa keenakan kuih ni, rajin-rajinlah ke dapur ya. Dan tak sangka pula kali ni mendapat sambutan dari suami dan anak-anak. Kalau sebelum-sebelum ni tukang buatlah yang jadi mangsa kena perabis. Resepi dari dapur popular, kak yatie. Untuk gambar yang lebih menggiurkan,jemput-jemputlah ke dapur beliau. Pasti anda pun akan tergoda. Minta diizin copy resepi ya kak dan terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap sangat  nih. Cuma ada sedikit perubahan iaitu saya guna loyang 8x8 agar kuih lebih tinggi dan tidak menggunakan perisa pandan tetapi masukkan 2-3 helai daun pandan ketika mengacau pekat kuih. Selamat mencuba.



Bahan-Bahan- (loyang 9x9 inci atau acuan pecah 8)

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • 2 cawan kacang hijau yg telah di rebus- (bahagi dua)
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kcng hijau dan kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan 1 cwn kacang hijau yg tidak di kisar tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan