Jumaat, 25 September 2015

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum...buat cheese kek Cik T  hari ni...dah lama sebenarnya nak mencuba,simpan resepi pon da bertahun2..akhirnya menjadi juga hari ni. Kek yang memang sangat sedap,tapi bila teringat cheese tu...eeerrrr tak sanggup rasa nak makan.. Macam biasa Cik T ambil resepi dari dapur kak yatie,blog yang menjadi pilihan utama apabila ingin mencari sesuatu resepi..suka sangat tengok hasil tangan beliau..

Bahan-bahan :
(loyang 4 segi 8 inci)
150gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
150 gm gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
1 sudu teh esen vanila- Cik T tambah
Pewarna dan pandan paste secukupnya- Cik T tambah

Cara-cara :
1.Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2.Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3.Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.  4.Gaul sebati semuanya.
5.Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
6.Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
7.Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
8.Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. Kalau tak hias pun takpe.

UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan