Jumaat, 30 Januari 2015

Kerepek ngaku@arrow head

     Assalamualaikum..dah berapa hari ni asyik tengok kawan kawan dok tayang kerepek ngaku je.. Tak bole jadi, nak kena cuba juga ni. Pagi tadi pergilah Cik T mencari ngaku. Alhamdulillah ada rezki,jumpa juga di Econsave.
    Inilah baru pertama kali Cik T merasa kerepek ni. Ngaku ni biasanya akan muncul dengan banyaknya apabila tiba  perayaan Tahun Baru Cina. Sibuk kaum cina membeli untuk membuat persiapan perayaan mereka,kita pun sama sibuk memilih nak buat kerepek. Lemak rasa kerepek ngaku ni. Kalau nak rasa silalah buat sendiri.Heee...Buat ngonyel ngoyel sambil duduk depan tv pun ok juga.
   
Apa yang perlu:
Ngaku secukupnya
Sedikit majerin
Air garam- ikut kadar kemasinan yang diingini
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1.Kupas ngaku. Jangan dibuang jambul yang ada pada buah ngaku. Jika dibuang akan menyukarkan semasa proses menyagat nanti.  Bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak. Parut ngaku dalam anggaran untuk sekali digoreng. Jika dibiarkan terlalu lama setelah diparut akan menyebabkan ngaku melekat sesama sendiri.
3. Pada permulaan,gunakan api perlahan. Kacau agar kerepek masak sekata.
4. Apabila nampak kerepek sudah sedikit kecut ,kuatkan sedikit api dan ceduk sesudu air garam. Biarkan ia masak sambil sentiasa dikacau.
5. Setelah kerepek kelihatan hampir garing masukkan kurang lebih sesudu marjerin.
6. Kacau sebati. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

    Selamat menikmati kerepek ngaku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan