Rabu, 18 Mac 2015

Udang Sanggul

Jom menyanggul udang..sedapnye udang ni..tapi nak buat memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membuatnye.. Nak makan sedapkan kena seksa la sikit. Tapi hasilnye cukup berbaloi... Jom sapa nak cuba....

Udang secukupnya
Kulit popia bersaiz besar- digunting memanjang selebar 1 cm.
Tepung gandum untuk menyalut udang-sebagai ejan pelekat
Garam


-Bersihkan udang. Kopek kulit tapi tinggalkan sedikit dibahagian ekornya.
-Setelah siap gaul garam secukup rasa.
-Ambil seekor celup kedalam tepung yang dibancuh cair.
- Balut udang dengan kulit popia sesempurnanya.
- Goreng keperangan. Angkat dan toskan.

Karipap pusing

Salam dipetang hari.. Dah lama sebanar nye berhajat nak buat karipap pusing ni. Hinggalah petang kelmari tertunai juga hajat dihati..  Google punya google,terjumpalah resepi dari umah kak yatie.Resepi asal dari Shiela..tq kakak2 berdua..

BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin

CARA-CARA: 
1.Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. 2.Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)

CARA-CARA Untuk doh B :

1.panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. 


2.Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.


3.Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. 

4.Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

CARA MEMBUAT NYA:
1.Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . 


2.Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis.

3.Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. 

4.Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut. 


5.Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja.

6.Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya... 

7.Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...

BAHAN INTI:
8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada ayam atau daging di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu serbuk cili/cili kisar
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA
1.Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak. 

3.Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak

4.Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.