Ahad, 2 Februari 2014

Kek Buah Kukus Diana

Salam pagi semua.. Dah lama sebenarnya Cik t berhasrat nak buat kek kukus ni. Alhamdulillah termakbul juga hajat akhirnya. Setelah Cik t mencari- cari akhirnya terpikat dengan resepi sumbangan dari Diana. Copy resepi pula dari dapur kak Noor Masri. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang hebat ni.  Memang tidak dapat digambarkan kenikmatan yang amat sangat ketika menikmati kek buah ni. Dan yang amat menduga kesabaran ialah apabila terpaksa menunggu kek ni disimpan semalaman . Kalau ikutkan Cik t, mahu aje terus dipotong setelah kek sejuk.

Apabila tiba waktunya, setelah sehari berperang nafsu untuk memotong kek ni, entah bila Cik t pun tak perasan, sedar-sedar kek dah tinggal suku. Haah....betul ke aku sorang yang habiskan semua kek tadi ? Eh, macam tak percaya pun ada. Bila dah pulun sakan kek tu, barulah terasa sayang nak habiskan. Terpaksalah makan sikit-sikit. Tak sampai hati rasanya nak habiskan kek yang sedap nih. Tu lah masa tadi makan tak ingat.. Bagi teman-teman nak merasai keenakannya silalah mencubanya. Jika dilihat dari resepi, membuat kek ni tidaklah sesukar mana sebenarnya. Yang penting fahami step-step membuatnya, insyallah akan berjaya. Selamat mencuba.


mewah dengan mixfruit dan kekacang...Uummmpp





Bahan-bahannya:

500 g tepung gandum
100 g gula halus - letak 90g jer
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
250 g buah-buahan campuran
250 g kismis hitam
50 g kepingan badam (almond flake) disangai
50 g walnut-dicincang dan disangai
50 g biji bunga matahari -disangai
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla

1 3/4 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil




Cara-caranya:


1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 500 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan